Selasa, September 27, 2011

School trip..

kawan2 yuya..

Yuya ada lawatan sekolah khas untuk pengawas. Exam dah habis dan cikgu tak masuk kelas....makanya, anak-anak murid semua horey-horey! Cerita pasai cikgu tak masuk kelas ni pun aku seronok cerita berulang-ulang...Bukan pasai apa, dulu-dulu kalau Mat Ali lawan boxing kat tv, tak kira la dengan sapa pun, waima Joe Frazier ka, Joe Bugner ka, dan kena pulak waktu tu waktu kelas, maka kelas akan riuh rendah sebab cikgu semua tak masuk mengajar. Depa akan penuh kat bilik tv dok tengok boxing! Hahahahahah sumpah aku tak tipu!

Scene 1
Yang ni berlaku masa aku masih di kindergarten kat brown garden. Cikgu pompuan tu comey. Tu yang aku sangat rajin pi tadika walaupun gurubesar dia yang jugak merangkap tokey kedai runcit sebelah tadika, tersangatlah garang.! Satu hari tu cikgu yang comey tu announce yang kami ada lawatan ke akuarium. Fuyoo...seminggu aku dok cerita kat arwah mama. Dia boring gila...pagi, petang, siang, malam aku tanya benda yang serupa...
."mama, nak pi akuarium boleh?".
 (*)Aku rasa waktu tu kalau mama waras, mahu dia menjerit sorang-sorang kat tengah padang depan rumah aku! Finally selepas 432X aku ulang benda yang sama selama seminggu, mama dengan pasrah merelakan pemergian aku.......aku naik bas dengan botol air selipang kat dada dan duduk dikerusi bersebelahan dengan Suriati (budak penang)! Hahahahahahahah...

2 hari lepas, Marina yang masih lagi selsema dan batuk khiang...khiang... datang jumpa aku kat dapur. Dia tanya dengan muka kesian...
"papa, swimming itte mo iii?"|
(papa....nak pi swimming boleh?)


depa di putrajaya

Scene 2
Masa aku sekolah menengah dan sewaktu aku cuti sekolah, aku balik ke alor setar. Kawan baik aku dari dulu sampai sekarang, si Munir ni rajinlah dok mai rumah aku dan aku kerumah Munir melepak sampai kena perambat balik sebab dah buat rumah orang macam rumah sendiri! Dalam banyak-banyak cuti penggal, ada satu cuti tu yang Munir organise kan kumpulan pengakap Kolej Sultan Abdul Hamid dia pergi camping kat satu pulau, somewhere in kedah. Aku dah lupa nama pulau tu. Aku cakap kat Munir yang aku tak minat nak pergi. Lagi pun trip tu selama 3 hari 2 malam. Pasti melelahkan aku. Tapi Munir ni sorang yang kuat semangat. 236X dia ajak aku dan bila dia sebut Girl Guide dari Convent pun ikut sama, aku melompat dan cakap....
",,,laaa.....awat tak habaq awai-awai..."
Munir sengih kat aku. Aku kenai sangat "sengih boya" dia tu! Kami horey-horey naik 2 bot ikan dan aku duduk sebelah Mashitah (budak aloq staq)! Hahahahahahahah.....

yuya ada style...dia yang ambik gambar ni. Aku jugak patut dapat credit sebab ini kamera aku....(aunty bagi pinjam 5 tahun sudah!)

Scene 3
Masa aku kat ITM di Dungun pulak, kami selalu ada trip ke Kuala Trengganu untuk menjayakan function-function diraja. Pi pagi dan balik malam lepas function. Part ni aku cukup tak tahan. Sebab bas masa tu bukannya ada air-cond. Encik Khamis (lecturer aku) selalu letak nama aku dulu dalam senarai walaupun dia tahu akulah yang paling malas dalam dunia bila ada trip yang jauh macam tu. Kat dungun tak ada pulak function yang macam ni. Sekali-sekala kami akan dapat jemputan dari Kerteh sebab SPBYDA sekarang dan pada masa tu selalu dok main golf kat Kerteh.....dan pernah aku tergolek depan Tuanku masa serve orange kat Tuanku lepas Tuanku main golf! Hahahahahah.....Anyway, Dan dalam banyak-banyak trip yang macam tu, seronok jugak aku bila dapat duduk sebelah Norizan (budak kl) ataupun Baizura (budak perak)! Hahahahahahahah.......


salah satu sudut pameran

Scene 4
Masa aku kat Switzerland, aku masih lagi mengikuti trip-trip yang dikelolakan oleh pihak sekolah. Banyak tempat kami melawat. Ini termasuklah tempat membuat cheese, ladang anggur, kilang jus anggur yang diperam, istana-istana lama, hotel-hotel bertaraf dunia seperti Baur-au-Lac dan sebagainya. Seronok aku bila sampai kat kilang cheese sebab tempatnya sangat cantik, bersih tapi cuma bau cheese saja yang agak kuat. Kalau kita biasa tengok di supermarket sejenis cheese yang bernama Gruyere, ini adalah merupakan sebuah pekan kecil di Switzerland. Ada castle ataupun didalam bahasa perancis dipanggil chateau. Disinilah Gruyere Cheese di buat. Aku sendiri berdiri sebelah pakcik tukang buat cheese tu tahun 94 dulu. Pakcik tu tak kenal aku tapi aku masih ingat nama pakcik yang bernama Pierre tu! I wonder where Pierre Andre came from?!@#. Bila aku balik ke bilik aku akan adalah 1-2 orang kawan-kawan melayu aku yang dok mai melepak kat bilik dengan harapan satgi aku masak nasi dan at least goreng teloq! Anyway, dalam salah satu conversations tu, ada sorang budak ni tanya kat aku....dalam senyuman puaka, aku jawab......."Nina (budak finland) sat next to me.....and she's FINNISH". Muka depa berkerut blurr! Hahahahahahah.....

18 ulasan:

Lady Windsor berkata...

Isk! Isk! Isk! Hebat la uncle, nina, masyitah, suriati...lagi sapa arrr....seronok lah citer uncle ni...btw I still remember the one yg uncle cari gigi palsu tok arab yg tertinggal atas meja kat dining hall di mekah..u told me before...hihi...ingat?

Uncle berkata...

Salam Lady Windsor.
OMG! You still remember cerita gigi palsu tu? Hahahahahah....it was "CLASSIC". Dan gambar gigi tu pun Uncle masukkan dalam entry! That was 2 years ago! Hahahahahahah......so, how's work? Busy sesangat la tuh!

Leesa Liisa berkata...

hi uncle,

last week i nampak u kat ampang point...hehehe...segan nak tegur takut silap org....tapi betul tak u ada pegi sana last week....?

Uncle berkata...

Salam Alicia. Mungkin betul sebab Uncle selalu ke sana untuk beli DVD selain daripada aunty yang akan ke Guardian. Budak2 suka cari game dan cari McD. Next time Alicia tolong tegur Uncle. Jangan malu sebab Uncle ni cepat lupa dan tak ingat orang! (cliche...cliche...)

Lady Windsor berkata...

Uncle, yeah busy tahap cipan..miahaha! Tu yang teringat macam2 nak makan..specially mandy rice..

azieazah berkata...

Merata hala UNCLE berjalan, mencari dan dicari, menghimpit dan mengepit, las las sangkut tang Jepun! terer!

Kalu part lawatan skolah, memang best! Saya pernah melawat KL masa darjah 6, dok tang asrama sekolah Menengah Maxwell. Ada hantu youuuuuu! hahahaha

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

baca citer uncle buatkan KN senyum2 sensorang ni :))

wehhh...KN masihhhh ingat citer gigi pelesu tu...hihihihi

Uncle berkata...

Salam LW.
Ishhh, kalau lapaq, kat kat sebelah pagaq tu ada mamak juai pasemborrrr.....pekena 2 pinggan, lega la sat!!! Muahahahahahahah!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Uncle memang suka berkawan tapi kalau nak cerita pasai kawan jantan, mungkin tak seseronok kawan pompuan...pasai tu lebih kat pompuan dari jantan! Hahahaha

Uncle berkata...

Salam KN.
Saya pon suka cerita Haji Palsu tu.....penat gila kami cari...habeh tong sampah kami terbalikkan! Last2 jumpa....kuasa Tuhan di bumi Mekah!

Lady Windsor berkata...

Uncle, esok (khamis)mai la kita pekena pasemboqq mamak tu sama cendoi pulutt naaa....hik!

Uncle berkata...

Salam LW.
Habaq mai pukoi berapa...Uncle celapak pi dengan CHARLIE DAVIDSON!!!

Tanpa Nama berkata...

Uncle,

Norizan, Baizura, mashitah, Nina la.....

On behalf of Aunty, "Hang jangan nak kelentong!!"..he..he

XSdarian

kucingorengemok berkata...

suriati mcm nama budak heroin dalam buku azizi hj abdullah... kalau tak salah budak penang jugak... kawan uncle rupanya ;)

Uncle berkata...

Salam Tanpa Nama @ XSdarian.

Thanks!

Uncle berkata...

Salam KOG.
Ya ka? Tak perasan pulak...btw, dia duduk kat brown garden, penang dan kalau tak salah rumah dia dekat dengan padang permainan yakni tempat bas no 77 (kaler hitam) dok kona tu.....

Nek Rock berkata...

Cakpong Uncle:)

Oppss intro gambar2 kawan Yuya, rupa2nya dah kena kelentong, citer pasal Uncle dedolu nak ngorat..kekekekee

Uncle berkata...

Salam NR.
Apa yang kelentongnya?!@#

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...