Ahad, Januari 27, 2013

Harapan seorang ayah!

Bersama dengan sponsor bola.

Malam tadi kami diajak oleh sponsor bolasepak untuk menjamu selera di Q Thai bertempat di Waterfront, Ampang. Semua pemain-pemain bolasepak, jurulatih serta para ibubapa juga dijemput sama. Yang surprisenya ialah beberapa orang reporter daripada media tempatan juga dijemput. Semuanya sampai tepat pada waktu yang ditetapkan yakni 8.30 malam walaupun jalan agak sesak selepas hujan seharian! Keceriaan jelas terpancar dimuka para pemain yang jelas amat terharu serta berbesar hati dengan undangan makan malam thai steamboat. Oleh kerana para pemain adalah didalam lingkungan umur 15 tahun, aku jadi takut tengok meja depa yang penuh dengan makanan. Habis licin depa makan. Berulang makan sampai ke jam 11 malam! Aku heran dan terpikir, apakah aku dulu seumur begini juga sama?
Seriously...Marina pandai menjahit!

Marina dah mula menjahit. Satu aktiviti yang bagi aku sungguh "tak masuk akal" bagi seumur anak yang berumur hanya 7 tahun. Aku ingatkan dia main-main bila dia kata dia nak jahit seluarnya yang koyak. Tapi selepas 30 minit dan dia bawak serta tunjukkan seluar tu pada aku, aku dah nak pengsan! Memang dia dah jahit seluar dia yang koyak! Gambar diatas menunjukkan Marina sedang menjahit baju untuk soft toy dia. Dan aku lihat hasilnya, masyAllah....ini kerja orang dewasa ni! Aku sendiri kalau benang tercabut, akan hantar baju tu ke kedai! Marina tekun buat kerja dia. Dia akan masuk bilik belakang, duduk kat meja dan siapkan "assignment" dia. Siap kunci pintu lagi! Malam ni pulak aku tak tahulah apa pulak dia nak buat!

Marina yang tangkap kat KLCC

Bila aku boring, aku akan bawak anak-anak ke KLCC. Bukannya pasal aku suka sangat dengan KLCC tapi nak kesana tak pernahnya aku melalui kesesakan jalanraya. Keluar dari rumah aja aku terus masuk ke "elevated highway" dan lepas 10 minit dah masuk ke dalam parking KLCC. Bukan ka senang namanya? Mana nak dapat kalau aku duduk kat tempat lain! Alhamdulillah walaupun rumah aku tak besar mana, aku selesa dan rumah aku terletak ditempat yang sangat strategik untuk kemana-mana. Err, by the way, aku tak pening kepala nak pikir "payment" yang besar-besar....alhamdulillah...Gambar kat atas tu Marina yang ambik. Waktu jalan kat kolam di KLCC Marina ternampak sekor kucing. Di kejarnya kucing tu sampai letih. Finally dapat jugak dia ambil gambar. Marina puassss! Aku pun puassss!

Aku berbincang dengan orang kuat.

Sewaktu kami dijemput untuk makan malam untuk meraikan kejayaan budak-budak bola VI yang menang semua perlawanan di Bali, niat aku cuma satu...nak jual para pemain bolasepak VI yang malangnya tidak dilihat dan tidak dipandang oleh pihak berwajib. Anak-anak ini adalah material yang boleh diketengahkan keperingkat antarabangsa bagi peringkat umur. Ramai yang dipanggil untuk menjalani latihan bagi pasukan kebangsaan bawah umur 15 tahun tetapi malangnya seorang pun pemain tak dipilih! Pemain-pemain lain yang dibawa oleh coach-coach lain yang kenal rapat dengan pihak pemilihan telah dipanggil untuk bermain di Piala Frenz tempohari. Aku bukannya jealous sebab anak aku tak terpilih tapi pemilihan haruslah dibuat berdasarkan "merit". Kalau abang tak bagus, tak baguslah dia....aku terima! Jadi pertemuan aku pada malam itu adalah untuk meluahkan perasaan para ibubapa pemain dan mencari jalan bagaimana nak mengetengahkan bakat anak-anak ini yang merupakan anak-anak "projek bolasepak" di VI. Anak-anak ini dipilih memasuki tingkatan satu dulu berdasarkan background dan kepakaran masing-masing bermain bolasepak selain daripada pelajaran yang cemerlang. Nah, maka dengan itu, aku melancarkan misi untuk mengetengahkan bakat-bakat mereka diluar negara dengan perbelanjaan para ibubapa....Seperti yang aku nyatakan, selepas ini pertandingan bolasepak ini nanti akan menjadi lebih besar! Harapan aku agar pihak berwajib akan membuka mata dan memberi peluang kepada anak-anak ini untuk menyarung jersi kebangsaan berdasarkan "merit" dan bukannya berdasarkan "who you know!"



Harapan aku agar message aku sampai.

Pelbagai usaha sedang kami rancangkan dan kami utarakan pada malam itu. Gambar diatas menunjukkan aku sedang menyampaikan message aku kepada Dato' yang mendengar dengan kyusyuk lapuran aku. Selepas ini aku akan mengadap orang kuat KBS pulak untuk menyampaikan message yang sama. Aku nak bukan saja budak-budak "projek sukan bolasepak" di VI yang dipandang tetapi juga kesemua "raw talents" yang ada dimerata-rata pelosok negara seperti dikampung-kampung di Sabah, Sarawak, Perlis, Penang, Kelantan dan lain-lain diberikan perhatian! Aku harap agar usaha-usaha kami ini akan beroleh kejayaan! Wish me luck guys! Have a pleasant holiday!

12 ulasan:

ummi_khalish berkata...

semoga makbulnya doa seorang ayh buat anaknya..amin ya rabb...:-)

p.s:malunyer dil dgn marina comel ni...pandai menjahit..pergh...dil sndiri x reti mnjahit...tgn keras...huhuhu...marina2...boleh ajak ummi aisyah n khalish ni?sambil mata kelip2....hihihi...

*uncle sampaikn salam ukhuwah pda auntie dan ank2....dengan lafaz assalamualaikum....ukhuwah fillah dr bumi egypt....:-)

Madam Yana berkata...

Sebab itu, M'sia masih ketinggalan dlm sukan ini.
Anyway, teruskan usaha Uncle..Moga berjaya

Unknown berkata...

singgah sini=)

Carrie-Ma2 berkata...

Salam Uncle,

Bersemangat!

Uncle berkata...

Salam Ummi.
Itu lah pasal...Uncle sendiri pun terkejut ber...(monkey shock! Loose translation...hahahahaha). Tapi itulah harapan seorang ayah yang mahukan perkara terbaik untuk anak-anaknya....sampai tak ada masa dan tak terpikir nak buat benda-benda lain.....apatah lagi perkara-perkara yang dilarang! InsyAllah!

Uncle berkata...

Salam Madam Yana.

Saya sebagai salah seorang ayah yang terlibat berasa sangat sedih dengan scenario ini. This is dangerous to our sports.....kalaulah macam ni, maknanya tak kemanalah kita!

Uncle berkata...

Salam CarrieMa.

Memang bersemngat gila ni...berkobar2 lagi!

Uncle berkata...

Salam Emma.
Dah singgah dan tinggalkan pesanan pon...

rezeki berkata...

salam uncle

moga usaha uncle dan rakan2 lain akan merintis masa depan bg anak2 yg berbakat ni tapi tercicir akibat politiking dlm sukan yg terlalu byk sekarang ni

Uncle berkata...

Salam Rezeki.

Sangat menyedihkan bilamana anak-anak yang diperingkat umur ini pun terjebak sama! Bagaimana sukan kita nak berkembang! Mangsa2nya adalah pemain2 yang betul2 ikhlas nak menyarung jersi kebangsaan....

Tanpa Nama berkata...

Sekolah VI dari dulu sampai sekarang suka curi pemain daripada sekolah lain...sebenarnya pemain bola sekolah VI bukannya bagus sangat...

Uncle berkata...

Tanpa Nama.

Alhamdulillah dan terimakasih Tanpa Nama. Maka sebab "bukannya bagus sangat" lah kita harus berusaha untuk membaguskannya. Terimakasih sekali lagi!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...