Selasa, Julai 15, 2008

Mama


Masa aku di KL tempohari, mama tak berapa sihat. Aku faham sebab usia mama dahpun menjangkau ke 70 tahun. Mama sakit belakang, kencing manis, dan mata mama dah tak berapa nampak. Sayu kalau tengok mama dalam keadaan yang macam tu. Dulu mamalah sorang yang sangat energetic. Berlari kesana-sini dengan Volswagen biru muda BP4538. Mama banyak berjasa pada kami terutamanya aku.

Sebelum aku balik kesini mama ada kata yang dia nak buat cataract operation. Kami adik-beradik setuju sangat dengan keputusan mama. Apa yang baik untuk mama, baiklah untuk kami sekeluarga. Operation tak mengambil masa yang lama cuma 20 minit dengan laser dan lepas satu jam kat "day ward" terus discharged. Alhamdulillah semua ok. Mintak-mintak mama sembuhlah dengan cepat. Tak ada apa yang aku mampu buat kecuali berdoa lepas sembahyang didepan Kaabah memohon rahmatNya semoga mama cepat sembuh dan kembali ceria macam dulu.

Gambar yang diattachkan kat atas, ialah gambar mama sehari lepas operation dan sebelum berjumpa Dr. Baljit kat Ampang Putri. Kadang-kadangf terfikir jugak bila aku dah berumur 70 tahun nanti adakah anak-anak aku akan menjaga aku? Aku tak berharap tapi apa yang aku mampu buat untuk mama, insyAllah akan aku buat demi untuk membalas jasa mama yang dah berpuluh tahun menjaga kami sekeluarga.....Amin....

Tiada ulasan:

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...