Khamis, Julai 03, 2008

Exam!


Assalamualaikum.

Dah lama aku tak memasuki blog. Diam tak diam dah hampir 2 bulan aku berada di KL. Banyak kerja yang harus dilakukan. Maksud aku kerja dirumah...bukannya dipejabat. Masa aku balik tempohari, anak-anak aku betul-betul hendak menghadapi peperiksaan penggal pertama. Seperti kedua ibubapa aku dulu, aku yang kini menjadi nervous. Nervous sebab apabila aku bertanyakan anak-anak aku, katanya semua ok. Betul ke ni? Tempoh 2 hari yang aku ada, memang aku drill betul anak-anak aku. Kesian jugak tengok Abang dan Yuya terkebil-kebil mengulangkaji matapelajaran. Sabtu dan Ahad yang berbaki, aku gunakan sepenuh-penuhnya. Hari Isnin selepas bersolat Subuh sekali lagi aku memaksa mereka membuat last minute revision walaupun aku tahu yang itu agak kurang baik bagi mereka kerana hanya akan memberi tekanan yang lebih pada saat-saat akhir. Takpelah.....

Alhamdulillah kedua-duanya ok apabila result diumumkan walaupun aku rasa kalau aku ada kesempatan lagi, mungkin Abang dan Yuya mampu mendapat keputusan yang lebih baik lagi. Result abang naik mendadak dari nombor 25 turun ke nombor 6 keseluruhan manakala Yuya terkedu sebab cuma matapelajaran PAI yang membuatkan markahnya turun, jadi Yuya hanya mendapat nombor 14 walaupun hampir kesemua matapelajarannya mendapat A. PAI dapat C! Walaubagaimanapun, aku faham masalah mereka. Aku cuma tak sempat nak duduk bersama-sama mengulangkaji. Itu saja.....dan kelemahan-kelemahan menjawap dahpun aku huraikan pada Abang dan Yuya....

InsyAllah lepas ni dapat result yang lebih baik. Papa dan Mama sentiasa doakan...pesan Papa dan Mama, selalu-selalulah ulangkaji pelajaran, rajin bertanya, jangan malas, stick to the study roster dan sentiasa berdoa selepas solat! Gambatte Kudasai!

Tiada ulasan:

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...