Selasa, Julai 22, 2008

Jeddah

Semalam aku ada kat Jeddah almost the whole day. Janji nak pergi pukul 8 pagi tapi last-last bertolak pukul 9. Arab Technology. Mengamuk aku kat Executive Chef aku. Banyak sangat alasan dia...Sampai aku kat Jeddah terus pergi showroom yang dok betul-betul sebelah Proton showroom. Lepas tengok barang dan order apa-apa yang patut aku pergi Proton showroom sekejap.

Masuk kat dalam tu adalah kereta Waja, Gen 2 dan satu lagi yang aku pun dah tak ingat. Belek sana belek sini, aku terpandang kat situ ada 7 orang staff yang macam biasa dok bersembang. Aku tunggu lagi kot-kot depa nak mai tanya aku...hampeh! Depa lagi syok dok bersembang. Langsung tak dilayannya aku walaupun aku pakai ala-ala saudagar minyak dhab! Jarak kami cuma 5 meter saja. Suasana showroom sungguh dull dan sungguh menyedihkan..kalau Pak Lah ka sapa-sapa mai tengok mesti nangis punya. Macam tu lah sedihnya keadaan kat situ.

Lepas 10 minit aku pun keluar dari showroom Proton pergi ke showroom hotel kat sebelah. Ada Bin Shihoun @ Royal Host dan Al Yatch. Amboi depa layan aku.....peh...memang macam saudagar minyak dhab. Final bill tengok2 masyAllah banyaknya. Hah padan muka kat Proton. Geram sungguh aku. Ni geram tak habis lagi ni...

To those top level management people in Proton, please do something....hangpa nak compete dengan GMC, BMW dan lain-lain lagi kat sini. So buatlah business elok-elok. Aku sebenaqnya nak juga drive Malaysian car kat Saudi ni tapi memandangkan depa tu macam mau tak mau buat business, takdak customer service langsung, aku ingat baik tutup sajalah....indah khabar dari rupa. Tak pernah pun tengok Proton kat atas jalan!

Tiada ulasan:

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...