Ahad, Julai 13, 2008

Makkah al Mukarramah


Tak pernah aku terfikir yang aku akan berada di Mekah untuk mencari rezeki. Ini semua kuasa Allah SWT. Dipermudahkan perjalanan aku untuk mencari rezeki disini. Alhamdulillah aku bersyukur walaupun terpaksa meninggalkan keluarga di KL.

Kedua-dua gambar tersebut aku ambil sewaktu hendak bersolat Maghrib diatas bumbung masjid. Sedang sibuk mengambil gambar dan berposing, tiba-tiba datang Polis merampas kamera aku. MasyAllah...panik sekejap. Aku ikut perlahan-lahan polis tadi. Dia pulak pergi tangkap orang lain yang ambil gambar Kaabah macam aku dari atas bumbung. Jadi terpaksalah aku ikut Polis Arab tadi macam orang bodoh....last sekali bila dah nak sampai waktu, barulah dibaginya pada aku dengan pesanan supaya tak ambil gambar lagi sebab takut disalahgunakan katanya. Kelakar jugak kalau ingat-ingatkan balik.

Pemandangan dari atas bumbung sungguh menakjubkan dengan cahaya matahari yang hampir-hampir tenggelam dan pemandangan bangunan-bangunan baru dan lama yang bercampur-aduk. Aku khayal sekejap. Esok pun aku sembahyang ditempat yang sama. Tapi Polis semalam tu dah tak ada. Orang ramai asyik dok ambil gambar...La pulak...tak aci nih...

Tiada ulasan:

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...