Isnin, Julai 14, 2008

Gardening



Tiba-tiba masa kat KL tempohari aku jadi rajin untuk bercucuk-tanam. Ini bukan disebabkan harga petrol naik, sebab yang aku tanam bukannya sayur tapi pokok-pokok bunga. Aku suka tengok kalau laman aku berwarna-warni. Ceria la sikit.. Jadi ada satu hari tu aku pergi ke Sg Buluh bersama-sama Mama dan Kak Lit. Aku tak beli banyak cuma 4 anak pokok yang setiap satunya berharga RM2.50. Balik saja kat rumah terus semangat nak menggali lubang. Lepas seminggu tak elok-elok jugak. Kemudian ada satu gardener kat apartment kami bagitahu yang tanah aku korek tu tak cukup dalam....alamak, so aku suruh dia yang buat balik. Hasilnya, lepas 2 hari saja saja pokok tu dah berbunga. Hah lega, tengoklah sendiri hasilnya...

Pokok-pokok yang aku beli tu takkan tahan lama. Mungkin 2-3 bulan saja, lepas ni mungkin mati. Aku bukannya pandai sangat, nak letak baja apa pun tak tau! Hentam sajalah labu!!!!!

Tiada ulasan:

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...