Ahad, Julai 20, 2008

Mekah Dalam Pembinaan



Kedua-dua gambar ni aku ambil dari bilik aku je. Tak larat nak keluar sebab panas sangat. Sekarang ni favourite aku kalau ke masjid ialah, Zohor dan Asar aku ke tingkat 2 dengan Chef Jalil (Moroccan) dan kemudian aku ke atas bumbung untuk bersembahyang Maghrib dan Isyak. Seronok duduk atas bumbung ni sebab boleh nampak Tok Imam dari jarak dekat. Lepas sembahyang waktu saja terus sembahyang jenazah. Tengahari tadi ada sampai 7 kemudian malam ni ada 4 orang. Innalillah hiwa innalillah hi rajiun......orang ramai berkerumun sampai berasak-asak nak angkat mayat ke ambulan. Yang tu aku masih tak sempat nak ambil gambar lagi..

Kalau tengok betul-betul gambar tu, maka ternampaklah kita akan sebelah sana masjid yang kawasannya telah diratakan untuk dinaikkan banyak lagi hotel bertaraf 5 bintang. Yang membanggakan ialah, dipenghujung bukit tu ada pulak twin tower yang macam KLCC tu! Itu ikut perancanganlah. Kita tengok nanti apa jadi.

Sebenarnya aku tak sempat lagi nak explore seluruh kawasan Mekah ni. Tengoklah nanti bila dah sejuk sikit cuacanya insyAllah satu Mekah aku jalan. Sekarang ni temperature siang boleh naik sampai 45C. Memang sah terbakar!

6 ulasan:

Kembara Musafir berkata...

Shahril... will be performing umrah this wknd.... would you be in Mekah? if yes, may be can meet up for a drink or so.... akan calling2 bila sampai nanti...

perantau.timur.tengah berkata...

Salam alaik Uncle,

Amacam life kat Mekah? Berkah sungguh yer.. hari2 dapat solat kat haram.

mungkin satu hari nanti kita leh jumpa kat sana jugak.

kalau datang riyadh habaq la yer.. :)

salam perantau,
azral

Uncle berkata...

Kembara musafir.
Whenever you are here, please give me a call. InsyAllah this Saudi weekend I'll be around. My local number is 0561534344. Building Al Safwah. Tak ade signage lagi but next to Zam2 Tower

Uncle berkata...

Azral.

You're most welcome. La satu opis ka? Syok kami dok bersembang sampai ke pagi! What an evening....

Kembara Musafir berkata...

insyaAllah, akan call... jangkanya sampai Mekah around noon time hari Khamis (from Madinah). lepas buat umrah, akan calling2 ler...

Uncle berkata...

Kembara Musafir.

InsyAllah ada di Mekah kot kalau tak pi Madinah. Semalam pi Jeddah order barang hotel..maklumlah hotel under construction!

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 4

( cerita ini diambil dari FB posting saya minggu lalu ) Pada saat saya sedang menulis/menaip ini, saya berada didalam 'sleeper t...