Isnin, Julai 28, 2008

Dalca di Mekah?


Satu pagi aku pergi office. Tiba-tiba Chef dari Morocco bawak makanan sikit untuk dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan setugas. Rupanya macam biskut kering dan sedikit disaluti gula. Nama dia aku dah lupa tapi macam nilah rupanya. Aku makan sekeping tapi sebelum tu aku letak dulu atas pinggan then letak secawan teh. Bagi real sikit. Ni lah hasil yang tak seberapa tu. Rasanya memang macam biskut kering...hah3!

Office aku kat atas masih dalam pembinaan. Dinding belum cat dan pintu belum pasang. Frame pintu dah ada. Location is very strategic. Betul2 tepi main lift dan bersebelahan dengan Asian Restaurant. Secluded sikit..Macam "depan masjid, kanan mini market" (Nombor 5 Persiaran 1 - rancangan radio tahun 70-an). Executive Chef aku dari Egypt. Tiap-tiap hari bagi aku pening kepala. "Ana fenin lah..." Takpa..kita tengok dulu macamana dia organise tapi lately ni aku pulak bagi dia fenin...aku mintak menu cycle, aku mintak kitchen hygiene program etc...kalut dia talipon sana-sini.

Staff aku ramai yang mixed. Ada Bangladesh, Pakistan, Afghanistan dll. Kadang-kadang aku rasa macam duduk kat atas gunung di Afghanistan! Jangan kena tembak sudahlah..nanti aku cerita pasal staff aku. Memang seronok bercampur macam ni. Dalcha....dalcha....

Tiada ulasan:

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...