Selasa, Januari 27, 2009

CNY

(Starbucks KLCC yang kat luar tu)

(Tengah mengadap lake)

(Marina doa supaya cepat besar, dapat tolong Papa!)

(Aku happy!!!!!)

Chinese New Year ni aku nak mengucapkan selamat tahun baru kepada kawan-kawan aku yang celebrate. Pada yang tak celebrate, since kita duduk di Malaysia dan bercampur-aduk semua bangsa dari kecik sampailah besar, aku nak ucapkan selamat tahun baru jugak. Tak kira....janji puas.....Macam yang aku cerita dulu, masa kecik, best friend aku Stephen Yap. Apa yang kami makan mesti kami share sama-sama. Dia makan dia kasi aku, aku makan, aku kasi dia...pasal best friend dan "naive", Stephen offer daging salai dia kat aku satu pagi tu...mmmmm...

Masa time sekolah menengah, cikgu aku nama Philip Lim. Dia mengajar English aku kat Set B. Tiap-tiap minggu kena baca novel then buat summary. Macam-macam aku baca. Treasure Island lah...Bagus Philip Lim ni...pasal dialah aku dapat cakap orang putih. Heh3....Then masa aku kat sana dulu, classmate aku nama Mathew Yap. Baik sungguh budak Singapore ni. Hormatkan orang dan selalu panggil aku Abang. Mathew ni kaki baca buku...aku pulak opposite, belek-belek je oklah...dalam class aku duduk belakaaaang sekali dengan budak German sorang. Nama dia Karin Schmidt (Aunty dah jumpa si Karin ni dulu, so ok lah...). Mathew ni semuanya bagus. Otak bagus, selalu tolong orang dan baru-baru ni aku baca dalam Alphorn (our alumni mag), Mathew dah dapat Phd. So my dear Mathew now is known as Dr. Mathew Yap and he's still there in Bouveret....teaching!

Ada neighbour aku kat satu floor atas ni pun celebrate CNY jugak. Semalam dia stop kereta aku dan bagi angpow kat anak-anak aku. Malam pulak dia datang bagi limau. Seronok berjiran macam ni...aunty kat atas tu is a nice old lady. Very caring and concern about her neighbours well being...ada satu hari masa aku mula-mula balik hari tu, aku lepak kat luar @ balcony. Aunty atas keluar dan mula sembang dengan aku. Habis semua cerita yang the last 7 months masa aku takde semua dia cerita. Sekarang ni ada banyak kucing la..pokok dah naik eloklah....cili yang aku tanam dulu pedas lah, cerita anak-anak kat rumahlah, sampai aku punya top floor neighbour bercerai pun dia cerita! "Shaley aaaahhhh, you tau ka, masa you tak ada hoh....itu atas sekali punya neighbour hoh, sulah celai wooooo!" "Aiya.....aunty aaahhh, itu cerita saya tak mau dengar la...., eh how's your health now?" Aku tukar topik cepat-cepat! Lepas 20 minit, dia mula balik cerita yang sama......

Masa kerja pun aku ada ramai kawan dari kaum Tionghua. Seronok berkawan ni....then mainly supplier kat hotel pun depa jugak. Jadi, since kita ni hidup dalam satu negara yang berbilang kaum, mestilah kita hormat-menghormati, tolong-menolong antara satu sama lain. So pada semua kawan-kawan aku dan jugak bukan kawan-kawan aku, this entry is a tribute to those of you out there who are celebrating this auspicious day and may god bless you.....Gong Xi Fa Chai!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dear Uncle

Boycot Starbuck Boycot Israel

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...