Rabu, Januari 14, 2009

Jangan lupa belajar!




Tiap-tiap hari lepas makan malam, aku mesti suruh anak-anak aku belajar. Aku dah buatkan jadual untuk belajar. Tak lah lama sangat, cuma satu jam saja setiap malam, Isnin sampai Jumaat. Sabtu dan Ahad boleh relax sikit. Pagi keluar breakfast dan jalan-jalan kemudian petang pulak boleh main bola. Aku akan duduk sekali kat meja untuk monitor apa yang depa belajar dan aku jugak akan turut mengajar pelajaran-pelajaran yang sepatutnya. Oleh sebab anak-anak aku waktu siangnya dah penuh dengan kelas, so waktu belajar dari 8.00 - 9.00 malam memang satu sessi yang sungguh liat untuk dihabiskan..menguap sampai berpuluh-puluh kali. Especially Yuya tu! Kesian pun kesian jugak tapi nak buat macamana? Aku taklah pulun sangat dari sekarang sebab takut nanti habis "steam"...macam aku dululah...masa sekolah rendah pergh....belajar macam tak ingat dunia. Malam dari 8 sampai 11 malam mesti baca buku. Tu masa sekolah rendahlah...tapi bila dah masuk sekolah menengah pulak, aku jadi slow sikit nak belajar. Tiba-tiba rasa macam nak main aje....tu yang aku main tu.....untuk anak-anak aku, aku nak build kan slow momentum supaya peak dia nanti sampai pada masa-masa yang betul...UPSR ka....PMR ka...SPM ka...STPM ka...masa aku kecik dulu, peak tu tak pernah-pernah sampai....heran sungguh. Heh3...

Gambar satu tu, Yuya dah boring buat Pemahaman....asyik-asyik menguap...dah tinggal lagi 2 baris, dia dah tak ada energy dan mood nak continue. Bila aku buat sekali dengan Yuya, dapat jugak dia habiskan semua. Terus Yuya masuk tidur. Penat sungguh dia. Malam tadi Yuya nangis sebab kad lapuran sekolah ugama yang Ustad Din tanya, tak ada kat dia. Orang lain semuanya ada..penat aku pujuk dia malam tadi. Pagi ni Yuya takut kena marah dengan Ustad Din. So aku cakap, takpa, aku ikut sekali pergi sekolah. Sampai kat sekolah, aku terus jumpa Ustad Din kat bilik Guru. Bila aku tanya Ustad Din pasal buku lapuran yang hilang tu, tiba-tiba Ustazah tahun lepas masa darjah satu yang duduk betul-betul depan Ustad Din cakap ada kat dia lagi. Ustazah tak kasi lagi kat Ustad. Berapa jauh Ustad dengan Ustazah duduk kat bilik guru tu? They are facing each other with a distance of only 1 foot away!!!!! Grrrr....bila Yuya dengar jawapan macam tu dari Ustazah, dia lega dan terus senyum. Laju masuk kelas balik...

Abang pulak subject dah mula susah. Aku faham...bukan setakat faham saja, aku dah mula risau ni sebab kalau aku takde nanti, sapa nak tengokkan Abang belajar dan ajar?Wakana tak boleh mengajar...Macamana Wakana nak mengajar Bahasa Malaysia kat Abang? Kalau nak hantar tuition, tak awal sangat ke? Aku ingatkan nak hantar tuition tahun depan...so kalau ada cikgu-cikgu atau para psychologist yang ada dok baca tu tolonglah kasi input sikit yea...

8 ulasan:

vimmiyasmin berkata...

Uncle
kalo suruh study mmg sesapa pun menguap BERATU RATUS kali! he he he
Cuba tengok wayang ke main game ke!
Sampai dah nak masuk subuh pun ON lagik!
Tapi tuh la kan.Kalo tak paksa dorang study mcm tuh dari sekarang mmg susah kemudian hari!

Saya dulu pulak ajar kakak angkat Mrs Hiroshi Bahasa Malaysia kat SuCasa Apartment.
Susah betul!! Hari2 dia pulak ajar saya buat chesse cake lahh n mcm mcm lagi resepi kek!

Uncle berkata...

Dear Vimmy

Memang betul tu. Especially kalau main bola...tak ingat dunia lagi dah. Maybe sama macam Uncle dulu-dulu kot!
Eh Hiroshi tu ada lagi ke? Patut lah Vimmy pandai masak! Uncle cuma pandai rasa. Pandailah jugak.....

Uncle

Alicia berkata...

alala...tomeynye....bebudak biasa la...

PINATBATE berkata...

suka tengok gambar baby girl bersongkok tu...hehehehe...comel jer..

Uncle berkata...

Dear Alicia.
Memang comel. Macamanalah Uncle nanti kalau tak nampak muka dia setahun! Ngeri....ngeri...

Uncle

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Marina ada banyak aksi menarik...ala...budak-budak perempuan semuanya macam tu....

Uncle

vimmiyasmin berkata...

Uncle
Mr & Mrs Hiroshi dah balik Jepun. saya dah terhilang alamat rumah dia.Dulu Mr Hiroshi GM kat Bank Of Tokyo.
Masa besday saya paling best.Dia belanja makan kat Restoran Jepun kat Equatorial Jln Sultan Ismail.
Camner nak cari dia ntah laaaa.

Uncle berkata...

Alamak, ruginya....sama lah dengan Uncle. Hilang address one Japanese Pilot yang bawak Uncle pergi tengok sumo kat Tokyo dulu...sayangnya...

Uncle

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 3

( semua ini adalah diambil dari entry FB saya ) Seperti yg diberitahu, saya mencuri sedikit waktu utk ke Songkhla. Sebuah bandar keci...