Rabu, Januari 07, 2009

Nostalgianya...






Macam yang aku cakap hari tu, semalam hari Selasa aku ada appointment dengan guest lama aku masa kat Renaissance KL dulu. Encik Hamzah dengan Makcik Embun.Kena pulak anak sulung dia senior aku kat Seremban dulu. What a small world! So lepas buat kerja-kerja yang sepatutnya aku buat, aku balik rumah, salin baju then cepat-cepat usung Wakana pergi lunch. Aku ingat aku dah sampai awal, rupa-rupanya Encik Hamzah lagi awal...malunya aku!

Aku terjumpa staff lama -lama aku. Dari security guard, doorman, bellman, steward kat dapur, chef, manager, semuanya masih ingat kat aku. Mana tak ingat, aku kat situ dari opening tahun 1996 sampai 2006! Habis satu hotel dah aku kerja (F&B la). Semuanya masih macam dulu. Tak berubah...meja aku kat belakang restaurant pun ada lagi. Notice board pun serupa. Si Suraya dari kecik molek dah jadi berlipat ganda. Dari muda sampai dah beranak-pinak. Yang sorang lagi si June, dari anak dara kerja dengan aku, sampai kahwin, dapat anak dan anak pun dah masuk darjah satu! Kami kat situ memang macam satu family besar. Waiter aku kat Japanese Restaurant pun dah jadi Supervisor kalau tak silap aku. Baguslah macam tu. Kerja baik-baik na......nanti kalau ada rezeki boleh jumpa lagi...

Encik Hamzah ni aku kenal dah lebih 10 tahun. Bukan aku saja kenal, satu hotel dah kenal sampai ke GM sekali. Kalau datang makan dah tak payah order, cappuchino akan sampai automatic, then Chef Kenny akan prepare Grilled Salmon secukup rasa kat Encik Hamzah dengan Makcik Embun. Memang sihat-walafiat. Kalau tengok gambar memang awet muda. Encik Hamzah dah 71 tahun dan Makcik Embun pun lebih kurang. Aku teringin nak jadi macam depa. Anak-anak semua dah kahwin so Makcik tak payah nak susah-susah masak. Seminggu 2 kali makan kat RKL, hari Selasa dan Khamis for the past 11 years! Hari-hari lain depa pergi makan kat tempat lain. Bahagianya....dulu Encik Hamzah kerja dengan UN so memang banyak berjalanlah depa ni...sekarang cucu-cucu pun dah besar....apa lagi nak buat selain daripada amal-ibadat.

Lay out kat Vogue Cafe tak banyak berubah dari masa aku kat situ. Aku jadi manager kat situ lebih kurang 7 tahun. Memang lama. Semua guests aku kenal dari orang biasa sampailah ke VIP. Kadang-kadang depa pulak yang belanja aku makan! Heh3...carpet tak tukar, kerusi dan meja pun tak tukar lagi. Supervisor aku ada 3 orang dan semua masih kat situ. Abidin, Nurbi dengan si Thiru. Bagus depa ni...semalam aku tengok Nurbi sendiri yang angkat tray besar clear ke belakang. Macam dulu lagi...keep it up! Nombor meja pun tak tukar jugak. So kami duduk kat table 61 lagi macam tahun 96! Food variety as usual is always good. Presentation is also good. Semuanya prepared in small portion. Banyak kelebihan kalau prepare small portion ni, food is always new and fresh and besides that quality is all the time maintained! Sekarang manager kat situ si Sonnie. Dia ni pun 2X5 macam aku jugak dari opening sampai lah sekarang ada lagi kat situ. Sonnie ni pun nomad jugak, berpindah-randah! Dia nilah yang sama-sama dengan aku masa kami buat openign kat JW Marriott Jakarta dulu dan sorang lagi si Hamidi. Latest news about Hamidi, he's the new GM for Sibu Resort in Johor. Katanya newly renovated with 120 rooms. Congratulations Di, watch out because i'll be going there! Heh3....

6 ulasan:

vimmiyasmin berkata...

Salam Uncle
Esok ada Kuliah Maghrib by Prof MKI. Surai Insaniah Ampang. Saya tak tau kat mana. Jom kita pegi nak tak?

vimmiyasmin berkata...

Salam Uncle
Esok ada Kuliah Maghrib by Prof MKI. Surai Insaniah Ampang. Saya tak tau kat mana. Jom kita pegi nak tak?

vimmiyasmin berkata...

Uncle
my number 016 3411273 kalo unlce nak pegi laa.

cikgu zainab berkata...

Wah Uncle,
Dah tukar warna nampak!

Uncle berkata...

Dear Vimmy.
Thanks for inviting but unfortunately I will not be able to attend sebab ada hal sikit. Jaga mama sebab mama tak sihat. InsyAllah next time...

Uncle

Uncle berkata...

Dear Kak Nab.
Ala...sekali-sekala kena tukar selera....heh3....

Uncle

Reunion

Awal 20an Tak putus-putus 'reunion' datang dan pergi. Seperti yang selalu berlaku, sewaktu aku lepas sekolah/universiti dulu, top...