Sabtu, Januari 10, 2009

Tomoe Restaurant





Hari ni aku makan macam badak sumbu! Wakana mimpi yang kalau dia tak belanja aku makan, MAS akan cancel semua flight ke Jepun tahun ni....so sebab takut tak dapat balik cuti sekolah bulan 6 nanti, tiba-tiba dia ajak aku makan kat Tomoe. Horey! Aku pun sebab dah lama tak makan kat Japanese Restaurant selain dari Sagano (aku dah hafal menu dia), apalagi, terus kata ok! Macam hari-hari sebelum ni jugak, pukul 5 pagi, aku dah jadi aktif macam nyamuk aedes...jalan pergi balik pergi balik kat dalam rumah, buat kopi secewen, tengok TV. Pagi keluar pergi beli newspaper sampai towkay kedai dah siap tunggu dengan newspaper. Heh3....that's what you call "customer service". Thank you aaah Ah So....

Breakfast Wakana buat French Toast. Aku telan 2 keping. Simpan perut untuk lunch nanti. Pukul 11 aku pergi rumah Kak Anne dulu lepak sekejap tengok laptop. Dalam pukul 12.30 tengahari, aku pun pecut pergi Tomoe kat Subang Jaya. Sampai kat situ, parking tak ada. Tunggu kejap then hostess dia keluar dan bagi reserved parking kat aku. Heh3...rupa-rupanya Wakana dah buat booking! La awat tak habaq? Hit straight to the table. Aku order ayam cheese set yang datang sekali dengan miso, pickle, gohan, tonkatsu sauce, kudamono dan atatakai ocha. Abang order sashimi set, yuya order sushi set dan Wakana order Unagi set. Portioning was just right for me. Abang dengan Yuya makan tak habis, then siap tapau lagi. Sekarang aku makan kat Japanese Restaurant. 5 tahun lepas aku masih dok kerja kat Japanese Restaurant lagi...first time kerja kat situ. Memang gelabah habis..nama semua pelik-pelik walaupun aku memang dah ada basic Japanese tapi nak ingat menu yang lebih 200 items tu memang makan masa jugak. Balik mengigau pun sebut set lunch! Yang letih kerja Japanese Restaurant ni sebab kena kerja split shift. Aduh memang 11am-11pm kerja aku. Then organise lagi special dinner lah etc...masa tu competitor aku Shangri-la, Prince, Nikko. Then waitress dia serve aku ocha, aku pun teringat masa kat PJ Hilton tahun 1987 masa kat Paya Serai, kadang-kadang aku kena jugak tolong Japanese Restaurant dia kalau busy. So kerja aku masa tu.....tuang ocha!

Hari ni aku baca article kat Harian Metro (kalau tak silap aku) berkenaan dengan kerja part time. So dia mentionlah part time waiter lah...part time room boy lah...bila baca balik semua tu, teringat aku masa mula-mula aku kerja dulu. Aku start dengan Room Boy kat Shangri-la Penang, Magazine Road.....then PJ Hilton pulak aku start dengan Buss Boy dekat Paya Serai. Semua tu pengalaman....pengalaman ni semualah yang akan menguatkan kita. Aku tak pernah malu. Aku pernah kerja jadi Ice Cream Dispenser dengan Swensen Ice Cream, Damansara Jaya then Cleaner kat Baskin Robbins Section 14. And even until now, I still go to my office riding my bike!

4 ulasan:

PINATBATE berkata...

mak aihh..abang dah lebih tinggi dari mak dia!berapa umur abang uncle?

Uncle berkata...

Dear Pinat.

Oh yes he has out grown the mother. And maybe soon I will be the next victim! He is 10 going to 11 on 31/1/09

Uncle

vimmiyasmin berkata...

unlce
buatlah n3 pasal food kat rumah plak!
he he he !!

Uncle berkata...

Dear Vimmy.

That's a brilliant idea. Tak terfikir pulak nak buat entry pasal lauk kat rumah, sebab lauk kat rumah selalunya simple sangat! Heh3...but will do!

Uncle

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...