Jumaat, Januari 16, 2009

Harley Davidson Touring 2009

(Marina tengah tunggu nak naik HD aku)

(Ni jatuh kena langgar budak Afrika kat kedai Tom Yam!)

(Marina tak percaya aku mampu beli HD ni)

(Marina bangga dan tak sabar nak bawak motor)

Masa aku kecik dulu, Arwah Bapak selalu usung aku naik Vespa kat Pulau Jerejak. Sumpah aku tak tipu. Memang aku duduk situ. La ni dah buat Jerejak Resort. Bapak bawak dan aku berdiri kat depan sambil pegang handle. Angin kuat, aku pegang handle kuat, aku gelak pun kuat! Seronok bila Bapak bawak pergi minum kat kantin. Sebelah kantin tu pulak ada bilik recreation. Boleh main ping-pong kat situ. Memang aku selalu menang kalau lawan dengan Bapak walaupun ketinggian aku masa tu cuma sampai takat paras meja ping-pong...aku seronok...Bapak pun seronok....sekarang macam tu lah aku selalu buat bila main dengan anak-anak aku..bagi depa menang, sebab seronok dengar balik cerita depa mengalahkan Papa sampai ke malam tak habis cerita. Tu yang buat aku bahagia sangat bila balik cuti sekali-sekala.

Aku mula bawak motor ni masa aku kerja kat PJ Hilton. Masa tu si Rozek lah yang tiap-tiap hari dok api aku. Last-last aku suruh dia registerkan kat aku. Aku tak pernah bawak motor sebelum tu. Rozek bawak datang hotel kasi kat aku. La...macamana nak bawak balik ni? So Rozek pun ajarlah aku bawak motor kapchai C70 bawah flyover kat depan PJ Hilton tu (sekarang dah jadi carpark). Lepas practise 2 jam, aku pun bawak dan buat U-turn kat depan Syed Restaurant. Aku bawak pelan-pelan sebab tak pandai lagi. Then sampai kat SS 14 aku lega.....then bawak lagi sampai Masjid, aku lega.....sampai kat roundabout Rothmans, aku lega.....bawak lagi sampai kat SS2 aku lega...wah dah pandai la....then aku cilok masuk DJ pulak. Pergh dah terror ni.....sampai kat depan rumah aku pun lock motor siap handle lock lagi...heh3....takut hilang....then aku pun bukak gate. Pergi balik kat motor, start dan masuk gear satu. Koyak minyak.....aku terus pusing-pusing kat situ jugak! Tergolek aku kat atas jalan depan rumah...marka kat depan rumah gelak mengekek-ngekek tengok aku (marka tu pun la ni dah anak 2 ka 3!). Pergh....malunya aku....next day aku nak pergi kerja, aku keluar lepas Subuh dan balik lepas Maghrib. Malu kalau jumpa lagi budak tu. Heh3...in fact last week aku terserempak dgn dia kat depan rumah kakak aku. Dia senyum kat aku tapi aku rasa macam dia senyum perli kat aku pasal tergolek-golek jatuh motor depan dia dulu. Heh3...ni cerita dah dekat 20 tahun ni..

Semalam aku cerita dengan Wakana pasal Harley Davidson yang real, aku cakap, kalaulah dapat, mmmmm memang aku nak bawak dia ronda-ronda then weekend bawak motor tengok anak-anak aku kat University ka hostel ka...just the 2 of us....romantic tu! Tapi Wakana cakap, by the time aku dapat motor tu aku dah 60 tahun. Sakit tulang, sakit lutut, sakit belakang....macam-macam lagi sakit. Nak tongkatkan motor pun dah tak larat! Hai..tak bagi semangat langsung!

Hari ni aku ada banyak activity. Lepas ni bawak Yuya pergi klinik sebab sakit tekak dan demam. Then aku keluar dengan Auntie pergi dating sekejap sementara tunggu Ley Sandjaja sampai kat Westin. Remember Ley yang aku cakap aku tumpang tinggal kat apartment dia di Paris dulu (my previous entry), hah dia sampai pagi ni dari Jakarta. Ley pun aku cerita dulu pasal Lea jeans yang pakai nama dia tu. So Ley sekarang is the owner of Lea Jeans. Lepas jumpa Ley, we'll go for dinner (maybe Madam Kwan kat Pavillion kot, aku tak pernah pergi lagi ni). About 10pm bolehlah hantar Ley balik hotel kot. Then aku terus ke Pelita Ampang Point sebab ada TT session dengan batch 85 aku dan plan on Ansara Rugby 10's that will be held on Saturday and Sunday at Padang Utara. SDAR hantar 3 team. Senior, Super Senior dan Junior team. Aku, macam biasa, sejak lutut kanan terpeleot (ikut cakap Siti Tanjong!) ni, aku boleh tengok ajelah...but to all, watch out yea, ada banyak cerita dan gambar yang aku akan upload nanti. Mesti ganas seganas motor HD aku tu! Heh3...

6 ulasan:

vimmiyasmin berkata...

Unlce

ahad lepak padang utara kat mana tuh? yg depan amcorp mall tuh ke?
he he he
nak g skodeng unlce yg dah pencen lepak tepi padang !!
nak ajak unlcle g mapley makan roti canai kari kambeng!
embekkk embekkkk!!

Kuey-san berkata...

aisehh..

igt kan harley btol2..

(-.-)

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman berkata...

serius, tengok tajuk mmg terbayang HD yang ganas2, ada rambu2 kat handle. Ankel plak, pakai jaket kulit, glove, kasut but itam dan spek itam sambil ada rantai dari poket seluar ikat kat tali pinggang.

skali kuar HD warna merahlaa.. kekeke.. bravo ankel. saya pon tak pandai bawak motor lagi dan takdak lesen motor pon.haha

Uncle berkata...

Dear Vimmy.
Padang Utara yang kat Cobra tu. Kat situ selalulah ada game rugby. Uncle masa training for Selangor team dulu pun kat situ jugak..Mapley? Apa kata kita try Pomley pulak?

Uncle

Uncle berkata...

Dear Kuey.
Uncle ni very positive...itulah art "The Magic of Thinking Big!" Uncle selalu bayangkan HD Touring walaupun naik Honda 125...Kembang hidung-hidung bukan pasal bangga naik motor tapi sebab angin banyak masuk! Heh3...

Uncle

Uncle berkata...

Kamitaken.
Uncle masih ikut pepatah "berhonda-honda dahulu ber Harley-harley kemudian......" Tapi macam yang dok kata lah...by the time dapat, tulang pun dah reput. Pegang pun dok terketaq-ketaq!

Uncle

Rancanglah...

Buat-buat busy!         Pada minggu ini aku sempat bertemu dengan seorang anak muda cekal yang dah aku ikuti perkembangannya selama beb...