Isnin, Januari 19, 2009

Young Guns at it....again!

(manja dari kiri, Kudo, IQ, Uncle, JR, Doyan, Jawer dan Pahlavi while Apam ambik gambar)

(Aku ambik gambar gantikan Apam yang slim tu, duduk kat tempat aku pulak)

Aku dapat sms dan e-mail tersangat penting last few days dari Kudo. Katanya batch 815dah kehausan teh tarik....so kami yang sentiasa ada masa untuk kawan-kawan terus bersetuju dengan cadangan yang bernas tu walaupun selalunya tak ada agenda apa-apa pun selain mengabihkan teh 10-15 cewens...tapi sekali ni ada orang lain yang join sama (sama batch jugak). JR, Doyan dgn Pahlavi...jadi pada malam yang syahdu tu, ada la kami seramai 8 orang buat sessi menggegarkan kat PAP. JR ni dulu President Kelab Fotografi. Ada "dark room" sendiri. Siap ada tempat cuci filem sekali. Pandai ni si JR ni...Semua gambar dia ambil. Belajar pun bagus, SPM 85 1st grade. Next si Doyan, pun super duper jugak budak ni. Tak salah aku salah sorang yang awal pergi US untuk batch aku dan jugak salah sorang yang kahwin awal dalam batch aku. La ni buat business sendiri. Kayo-rayo dah ni....lepas tu ada Pahlavi. Muka ada ala-ala SRK sikit. Eh ye ke? Last year baru habis buat MBA. Bukan dari 85 tak habis-habis belajar, cuma sekarang ni dia seronok nak belajar la pulak! Buat dengan wife sekali. Pergh "Sehati Sejiwa" ni...boleh masuk "Mari Berdansa"...yang lain-lain memang dah kona la kan... tak payah den nak intro lagi eh....samo-samo panjat pagar nengok cito "Flashdance" kek Somban dulu. Maso tu Jennifer Beals cun lagi....ala yang ado lagu "Maniac" tu, yang nari tak ingat dunio tu......heh3...

Sessi yang sungguh menyegarkan dan mendamaikan. Selain dapat menjamu perut, kami jugak menjamu mata yang dah kuyu ala-ala manja....semuanya dapat lesen besar malam tu termasuklah aku sebab Aunty pun selalu dengar cerita pasal budak-budak tak tentu arah ni so dia pun dah terbiasa. Of course Aunty kenal dengan IQ and his wife. Siap pernah pergi rumah lagi...kelas...Topik biasa malam tu selain dari kutuk-mengutuk termasuklah bertanya khabar kawan-kawan yang tak dapat datang dan yang tak pernah datang! Maklumlah semua sibuk dengan agenda tersendiri. Paling awal balik dan paling awal sampai, IQ. Selalu before midnight dah balik budak baik ni...(sekarang baiklah kot, dulu jemuan jugak ni..). Aku jugak yang dah sah tak kenal rumah sama-sama dengan2 lagi penyamun yang tak tentu arah, si Kudo dengan Apam. Sembang sampai pukul 3 pagi! Banyak kami bincang malam tu, dari masalah dalam negara sampailah ke masalah dunia, PBB, Obama, Mugabe, pergh...memang kelas...macam orang kaya-kaya!

Masa nak balik tu, toleh aje kat belakang sekali aku nampak senior aku setahun kat soromban dolu, si Yek! Nama betul macam biasalah memang kami tak kenal langsung. So sembang sekejap dengan Yek, bertanya khabar berita. Yek menurut kata Kudo is an architect now. Wah kelas...bolehlah ajar anak aku lukis-lukis...sekarang ni Marina suka conteng-conteng, mana tahu, besar nanti jadi architect..heh3...bestnya...

6 ulasan:

vimmiyasmin berkata...

Uncle
makk aiii! Lama giler LEPAK !
ha ha ha
Syokkan lepak dgn kengkawan lama!

Saya pun sebulan sekali dapat lepak.....GELAK tak renti2 sampai nak terkucil! Lepak tapi tak lama sebab al maklumlahh...bini org!

Tapi kalo Farid g lepak seminggu sekali ...melampau2 sampai nak kena warning kat sms!! Nyampah tul! Hilang ingatan kot lepak sampai pagi!

Unlce balik kerja nanti ...siannya ..manalah nak lepak Teh Tarik yerk???

cikgu zainab berkata...

Enjoy betul Uncle leh lepak2 dgn geng2 mase muda2 dulu..ya la kan..sekali sekala apa salahnya!

Uncle berkata...

Dear Vimmy.
Kalau nak lepak sama-sama geng ok jangan ada agenda lain sudahlah...sebab tu Uncle kalau nak pergi mana-mana, cakap kat Aunty dulu....so far dia kasi la "re-entry permit" balik...heh3...

Uncle

Uncle berkata...

Dear KN.

Wakana pun kirim salam jugak. Memang seronok gila dapat jumpa at least sebulan sekali....TT Session lah katakan....kalau tak, Pelita kurang RM50 kalau kami takde!

Uncle

dilaOHdila berkata...

sesekali umpa msti gempak nyer kan uncle
hendaknya kawan lama
memang best aaaaaa:-)

Uncle berkata...

Dear Dila.
Mesti lah best gila sebab tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak kawan-kawan yang melalui 5 tahun masa remaja! Seronok betul jumpa dia orang ni. Meriah sangat-sangat...

Uncle

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...