Rabu, April 01, 2009

Kerenah guest.

(satu sudut suite, tempat lepak lepas makan)

(aku yang tak tahu nak buat apa)

(ni pun aku yang tak tahu nak buat apa jugak!)

Macam yang aku cakap semalam, ada VIP dari Tunisia yang akan sampai nanti. Jadi sementara aku pergi check bilik tu untuk study layout untuk dia makan, aku sempatlah ambik gambar dari tingkat 20 tu. Maka gambar-gambar semalam tu actually aku ambik dari bilik tu lah. Bilik James Bond tu, 2007. Bilik tu sebenarnya connecting room. Bilik tidur kat sebelah lagi. Harga dia dah sampai ribu-ribu dah tu. Takpalah...depa ada duit...kita ni yang tak dak duit, dapat ambik gambar pun jadilah...posing maut tu!

Hari tu ada yang bertanya kat aku apa beza dia nasi mandi dengan nasi kabsah? Sebenarnya nasi Kabsah tu is actually Saudi punya traditional food lah...Tapi kalau kat Bahrain atau Kuwait dia panggil "Magboos". Beras pakai basmati. Dia campurkan banyak rempah-ratus. Memang sedap. Kat UAE pun macam tu jugak tapi dia panggil "Machboos". Manakala Mandi pulak datang dari Hadramaut, Yemen. Lauk mandi ni dia buat dari kambing atau ayam. Selalunya kambing sini tak sempat besar sebab dah kena sembelih buat lauk masa umur 2 tahun. Sebab tu daging dia lembut dan juicy. Aku tak tahu nak cakap apa juicy tu dalam bahasa kita. Buruk bunyi dia!

Hari ni aku masih boleh bertahan sebab tak berapa busy. Breakfast baru 600. Pergh 600kalau kat KL memang dah tergolek-golek aku dibuatnya. Mana dengan staff yang ciput, 12 orang nak jaga 600! Jacket aku pun boleh perah! Aku teringat masa kat Vogue Cafe dulu, ada lawyer datang breakfast. Budak aku yang baru seminggu kerja tertumpahkan kopi kat jacket dia, pergh dia maki hamun nya kami. Aku kena panggil. Dengan muka senget sebelah dia maki aku pulak. Apa nak buat, kerja aku! Aku cakap don't worry, tu pun lepas aku apologise berlori-lori...aku ambik jacket dia, aku hantar speed dry clean kat laundry, aku sendiri hantar kat opis dia dengan jacket kat tangan...dia senyum cakap terimakasih kat aku dan finally, dia apologise kat aku. He's such a gentleman.

Ada sekali tu pulak masa settlement credit card, cashier aku tersalah charge dia double. Tu pun satu hal...the next day aku hantar 1kg cake kat office dia. Aku sendiri yang hantar, naik van hotel. Takkanlah aku nak naik motor aku tu! Dia pun cakap terimakasih kat aku. Then ada satu lagi guest kat Renaissance KL, dekat 8 tahun aku jaga dia, anak dia dari baby sampai dah masuk sekolah. Selang 2 minggu mesti datang makan kat tempat aku. Masa aku cakap aku nak resign dari situ, banyak kali dia suruh aku tangguh dulu plan aku. Finally masa aku last day, dia sanggup drive dari Damansara datang kat hotel semata-mata nak bagi present kat aku. Apa dia bagi? 2 helai kemeja lengan panjang Charles Jourdan, satu biru satu kelabu tahi anjing...sampai sekarang aku pakai lagi!

11 ulasan:

ayub berkata...

aslmkum wrwb. a'fwan. plan ke Makkah 13/4- 6/5 selepas di Madinah selama seminggu. Mohon sgt2 rate terbaik buat kami 3 sekeluarga.Hotel masih buka?
jzkk.

Uncle berkata...

Dear Ayub.
Terimakasih kerana menghubungi saya melalui blog ini. Berkenaan dengan rate, saya harap Ayub dapat hubungi saya melalui e-mail di shahrir_a29@hotmail.com dan nanti saya akan bagitahu berapa ratenya. Harapan saya agar Ayub sekeluarga mendapat rahmat sekeluarga dari perjalanan umrah ini. Salam.

Uncle

Kuey san berkata...

Uncle,

Nasi Mandi tu nama khas ke?
ingat kan 'mandi' = bath tuh.
hahah~

VIP suite tuh kalo staff rate pun xkan Uncle x pass kot.

;P

Uncle berkata...

yes kuey, it's a nama khas. kalau mandi bath tu memang kacau bilaulah...heh3...btw, there's a place in UK by the name of Bath. My God...they have a very good rugby team!

Uncle

Tanpa Nama berkata...

Uncle, nanti tunjuk gambar nasi mandi tu, curiouslah nak tengok rupe.

CT Payung

btw, CT Payung not equal CT Tanjung,
Payung and Tanjung totally not the same spelling, hehehe...

Uncle berkata...

Dear CT Tanjung.
1000 apologies. Uncle confused! Ramai CT ada. Norhaliza pun CT jugak...Pasai gambaq nasi mandi tu takdak masalah...kalau gambaq tengah mandi, hah yang tu kacau! (just kidding)

Uncle

CATZ berkata...

Assalammualaikum..
jumpa blog ni masa blogwalking..
interesting ... nice blog..
keep writing...

catz miow-miow

Uncle berkata...

Dear Catz.
Thanks for blogcrawling...will definitely write more!

Uncle

siti tanjung berkata...

uncle, ct payung tu wasnt me.,munkin sum other followers

im always siti tanjung.btw, citer uncle mmg ada nilai moral tersendiri..what u give u get back.Allah yubarik fik

Uncle berkata...

That's what i believe too! Kerja mesti jujur, ikhlas, tak iri hati dan tak dengki. InsyAllah perjalanan dipermudahkan...

Uncle berkata...

That's what i believe too! Kerja mesti jujur, ikhlas, tak iri hati dan tak dengki. InsyAllah perjalanan dipermudahkan...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...