Khamis, April 30, 2009

Masa muda-muda

(bomba saudi kat tepi ajyad hospital)

(orang ramai dok kerumun tengok)

(kat sini pun orang ramai jugak)

Ini bukan kes hati terbakar lagi dah ni. Dak Li talipon bagitahu yang sebelah hotel kami terbakar. Huh? Terbakar? Biar betul ni. Aku pun jengok keluar tingkap, memang nampak terbakar. Kena pulak waktu tu orang tengah keluar dari sembahyang Asar. Maka berkerumun lah semua kat tepi hotel sambil menyenap gambar (menyenap? Ada ka ni?) Kalaulah cikgu Habibah baca apa yang aku tulis ni, memang sah dia bagi penampar kat aku. Cikgu Habibah ni pun sorang yang teramatlah ganas orangnya. Ada sekali tu aku tak pergi kelas petang cikgu Habibah. Dia mengajar BM. Instead of pergi kelas BM, aku dah pergi tengok bola ke tengok ragbi kalau tak silap aku. Pergh...menyinga cikgu Bibah kat aku. Habis kena marah. Aku ingat kelas sebelah pun dengar kot...Lepas tu aku terpikir, eh takkan tengok bola pun salah? Heh3.....

Ada sekali tu pulak masa tengah makan kat dining hall ada pulak budak buat announcement cakap aku ada phone call. Pergh berlari aku pergi kat talipon tepi kantin tu. Bila aku angkat, ada suara budak perempuan. Aik...sapa pulak ni? Dia kata, "..ni shahrir kan...I nak kenal dengan you boleh?" Eh biar betul ni? Sebab dalam kategori handsome, akulah yang paling tak handsome tapi kalau dalam kategori tak handsome, akulah yang paling handsome! Depa lah kata...aku tak kata! So aku pun layanlah budak tu sembang. Yang hairannya, bukan aku sorang yang dapat call macam tu. Rupa-rupanya ada lah dekat 20 orang dapat call yang sama...heh3...kelakar sungguh! Last-last sekali aku perasan orang yang sama dok tunggu call kat situ berhari-hari. Bila aku tanya, semua description pasal suara budak perempuan tu serupa....heh3...

Salah satu bar kat Seremban yang aku selalu lalu tapi tak pernah masuk ialah "Bar Susu" kat tepi traffic light. Aku lupa nama apa jalan tu tapi tepi Supermarket (Apam atau Kudo mungkin ingat kot nama jalan tu). Tiap-tiap kali aku lalu kat situ mesti naluri budak lelaki aku tertanya-tanya apa ada kat dalam? Tingkap dia gelap. Ada 2-3 kali jugak aku tekapkan tangan sambil tengok kat dalam, isy...tak nampak jugak...curious ni.....kadang-kadang ada nampak apek keluar masuk kat bar tu. Pergh topik bar susu tu terus menjadi bualan hangat antara budak-budak geng aku kat sekolah. Ada yang kata nak pergi malam nanti lah nak tengok, ada yang kata mesti ada something kat situlah, macam-macam speculation ada. Kepala otak budak-budak umur 16 tahun dah fikir macam-macam yang pelik....macam-macam imagination dah keluar. Boleh dikatakan tiap-tiap malam minggu mesti ada yang nak pergi "Bar Susu" tu. Tapi macam biasalah...sampai kesudah asyik bercerita saja tapi tak pernah pergi. Ni memang macam cerita The Famous Five at the Milk Bar by Enid Blyton ni. So semalam, masa aku tengah go through buku Food and Beverage Service Training Manual aku, written by Sudhir Andrews by Tata Mc Graw Hill, aku terbaca satu topik. "What is a Milk Bar?". Kat dalam buku tu dia cakap....."it is an informal and quick service restaurant, the bar may have a counter for self service and specialises in snacks, soda fountain specialties, ice-creams etc. The decor is relatively inexpensive!" La.....itu saja ka? Ingatkan apa.......

2 ulasan:

citer-citer berkata...

salam uncle...

what happened with the fire..look like landslide..

Uncle berkata...

Dear citer-citer.
Actually tanah yang nampak macam runtuh tu sebenarnya depa korek tapi tak buat benteng lagi! Memang betul depa dok tengok api! Kecik je..takde kemalangan jiwa pun...kena pulak time tu orang keluar Haram lepas Asar, tu yang nampak gempak tu!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...