(moroccan lounge yang tak siap lagi tu!)
(dengan Professor Kamil dan isteri)
(caramel aku yang jepun cakap, kawaiiiii...)
(mango dan strawberry mousse aku yang, kawaiiiiiii...)
(chocolate mousse aku yang, kawaiiii...)
Gambar first. Ni Moroccan Lounge aku yang tak siap-siap lagi ni...ish...lambat lah pulak. Sebelah tu office aku tahun lepas...barang-barang F&B aku dah sampai, decoration tak sampai lagi. Last week teko, tray, cups dah sampai dari Morocco. Comey-comey semuanya...geram aku tengok. Aku kan suka yang kecik molek! Tapi bila sampai, aku cakap kat orang tu tak cukup. So aku pun order lah lagi. Gambar kat dinding pun tak sampai lagi. Dulu aku dah cakap apa yang aku nak kat dinding tu. Tunggu nanti kalau sampai dan kena dengan apa yang aku nak, aku ambik gambar dan upload lagi.
Aku teringat masa kat JW Marriott Jakarta dulu. Aku sampai sebelum hotel bukak. Masa sampai tu final touch dah start. Tapi barang-barang semua tak sampai lagi. Opening dah dekat dah...launching nanti Megawati Sukarnoputri nak sampai. Alamak macamana ni? Malam aku sampai kat hotel tu, dinding semua kosong. Aku terus pergi bilik. Depa bagi bilik kat aku, punyalah besar...bangganya, kembang hidung aku dapat duduk sorang kat bilik tu. Malam tu aku turun bawah, ronda-ronda tengok apa yang patut dan apa yang nak buat esok. Aku balik tidur. Esok pagi masa aku turun nak check restaurant Sailendra (yang kena bom tu), aku terkejut besar. Semua dinding dah penuh dengan potret-potret cantik. Penuh kat dinding depa susun. Wow...cantiknya....then malam sebelum hotel bukak, aku dah susah hati gila sebab pinggan-mangkuk aku semuanya tak sampai lagi. Mak aiii...mati aku ni...esok lunch dah nak bukak pintu. Bunga yang gedebak dah penuh kat lobby sampai beratur kat luar pintu (tempat pengebom parking kereta, tepi Sailendra). Matilah aku esok....malam tu pukul 1 pagi masa nak tidur, aku dapat call yang lori container dah ada kat receiving area tepi jalan penuh dengan pinggan-mangkuk yang baru sampai. Jadi malam tu, kami berkhemah kat bawah untuk check pinggan-pinggan semua. Tak sempat tidur! Terbeliak bijik mata aku sambung kerja!
Gambar nombor 2. Aku bernasib baik sebab terserempak dengan Professor Kamil. Memang terserempak sebab masa tu Professor tengah cari toilet. Professor lalu kat depan office aku. Aku ni pulak yang tersangatlah sopan dan santunnya, bangun dari kerusi, keluar pintu dan tegur. Aku tak kenal lagi tu sebenarnya walaupun Vy (fellow blogger)dah bagitahu yang Prof nak datang. Aku ingatkan guest dari Indonesia ataupun Singapore tengah dok cari restaurant (sorry Prof..) ternampak pulak isteri Prof pakai tudung yang ada tulis "Malaysia" kat belakang. Akupun tunjukkan Prof tempat yang Prof hajatkan. Sembang punya sembang, Prof bagi aku satu buku dengan CD sekali. Alhamdulillah dan terimakasih pada Prof sebab meluangkan masa untuk makan dengan kami....bila datang Mekah, singgahlah lagi...
Gambar nombor 3,4 dan 5. Aku ni cepat boring kalau tengok benda yang serupa berulang-ulang kali. So aku panggil budak-budak pastry aku (4 stooges), pot-pet pot-pet sikit, tunjuk gambar sikit, cerita sikit dalam 45 minit, pot-pet pot-pet lagi, bagitahu recipe sikit, dan hasilnya dapatlah mousse pelbagai flavor dan caramel kecik-kecik tu....esok aku off. Lusa aku nak jumpa depa lagi nak cerita pasal cup cake pulak...sini kalau hari Jumaat, family ramai. Jadi aku nak suruh depa buat cupcakes yang chomey-chomey then letakkan kat buffet ala-ala kids corner gitu! Budak-budak yang besar Marina tu mesti geram gila nanti. Heh3...tengok perangai budak-budak Arab nanti macamana!
Masa aku kat JW Marriott Bangkok dulu, aku suka sangat buffet dia. Simple tapi traditional. Teratur sangat buffet layout dia. Nampak sekata@uniform. Tak ada langsung cacat-cela. Part tu aku jealous...pasal apa depa boleh buat dan aku tak boleh? Geram sungguh! Malam tu nak tidur, mata aku dok klip-pok...klip-pok....tak boleh pejam. Macam biasa kalau aku tak boleh tidur dan tak puas hati, aku turun lagi sekali tengok...malangnya buffet dah tutup sebab dah pukul 3 pagi! Next morning aku jalan pergi Hilton Nai Lert Park ke Regent Hotel (aku dah lupa...) saja-saja nak buat surprise kat kawan aku yang namanya memang lidah akan terbelit kalau nak sebut. Anyway, aku sebut jugak. Nama dia Chanitprapa Menasuta. Ni tak ada kena mengena dengan Somtam ataupun Tom Yam Kung walaupun depa berasal dari Thailand! Nama dia memang tongue twister tapi aku panggil dia APPLE. Jangan tanya pasal apa nama pendek dia APPLE. Aunty pun gelak sakan masa jumpa Apple kat Geneva dulu. Apple kerja kat Sales Department as an Asst. Sales Director after she graduated. Berlari dia turun dari office masa tengah-tengah meeting pagi tu. Kami punya seronok bersembang dan bergambar kat dalam hotel. Maklumlah dah lama tak jumpa lepas kami sama-sama habis belajar dulu! Anyway, kat hotel si Apple ni pun aku tengok presentation dia simple. Nicely decorated and very appetising walaupun aku tak sempat makan.
Kat sini pulak pasal budak-budak aku ni tak dapat pendedahan kat tempat-tempat lain, jadi idea depa memang tak jalan jugak. Penat aku nak cerita satu-satu. Kadang-kadang aku terpikir jugak, depa ni nak kena buat macam "Hell Kitchen" je ni...baru cepat jalan kot.... heh3...
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
18 ulasan:
Amat menarik sekali display tu..KN terliur niii...pandai uncle ajar bdk2 tu wat cam tu..
Dear KN.
Nanti boleh panggil KN lah mengajar buat muffin....
kawaiii kawaii... :D
kawaiii desyou!
Dear Uncle,
Bisa dong!!
Dear KN.
Buat dulu bayar kemudian boleh? 3 X bayar macam PYREX mama dulu..heh3...
salam,
wah,,, tgk jer blog uncle ni, terliur ayaq liuq cik, betul2 mengugatkan iman ...
nampak je.. dah sedap bangat nih, nanti sampai sana nak suh uncle belanja satu..hehe
dpt jugak uncle jumpa prof ye... he look very humble n nice person, taj tak pernahjumpa tapi tak miss follow bolgnyer..
salam,
jumpa blog ni masa blog walking..
interesting blog..
saya dah jadi kipas-susah-mati blog ni..ha-ha-ha.
nampak gambar makanan best2 nih..terliur saja..dan asyik nak tgk lagi..
:)
Dear Taj.
Ala apa lah sangat dengan dessert2 yang ada kat sini. Kat KL lagi berlambak2 ada. Lompat tikam etc....
Oh yes, Prof is a nice person...
Dear Catz.
Thanks for errr...walking. The food is good but unfortunately I don't have the right camera.
If you think that the blog is interesting, continue reading. Thanks a lot!
tq beri maana atachinchi....umie suka sgt dah tau maknanya...
Dear Tanpa Nama@Umiee.
Huh, finally dah dapat meaning dia yea...tapi makna dia tu kena-mengena tak dengan cerita dia? Uncle tak pernah tengok pun siri tu. Aunty yang bagi.
waah.. shahrir. anak2 dpt balik jepun.. which area kat yr wife from? FYI - my grand father is a japanese, who migrated to kota bharu before the japanese occupation. Mgkin i ni sedara jugak kot.. he he he. My uncle used to search for our family there but we got too little information to search around.. Anyway, hope your kids enjoyed themselves in japan ! mabrouk!
Dear RH.
Honto des ka? Aunty is from Tokyo. A place called Gotanda, Shinagawaku. About 10-15 minutes walk to the JR Line. Strategically located. What is your Ojiisan name and which area was he from? Mana tahu adik-beradik masa perang dulu ka!
My kids? Of course horey-horey tak ingat dunia...aunty cakap semalam dia pun horey-horey tak ingat dunia jugak!
ottosan, hapdet hapdet..
Hait2.....konban ne.....
Dear Uncle,
Wat muffin? 3x bayar?? Tunggu jap nak Fikir3...
Aik.....bayar 3 X, pikir pun 3 X ? Amacam kalau tak payah bayar pulak.....heh3...mesti tak payah pikir! Gotcha!!!!!
Catat Ulasan