Khamis, Jun 18, 2009

Yang tak dirancang..

(lotfi dan rakan kat bilik aku)

(lotfi, rashid dan asnawi kat bilik aku jugak)

(bukti penghantaran dari Azam....pun kat bilik aku)

(azam dengan senyum manja pun kat bilik aku jugak!)

Pertemuan hari ni memang tak dirancang langsung. Ramai aku jumpa orang hari ni. Masa aku tengah dok sibuk dengan guest yang tengah dok buat settlement, tiba-tiba aku dapat call dari sorang yang memang dah agak lama menetap kat Mekah. Nur Azam tiba-tiba call aku. Azam bawak serunding ikan dengan dodol bagi kat aku. Dia kesian sebab aku duduk sorang-sorang kat sini. Tak cukup makan....Thanks Azam. Serunding tu aku akan makan secubit demi secubit. Cukuplah sorang makan, seminggu sekali pulak tu..mahu sampai Ramadan nanti kot boleh tahan. Ikan bilis kan ada lagi, hari tu pun makan secubit jugak!. Dok cakap pasal cubit ni aku teringat kat mama masa aku umur 5 tahun dulu. Aku geng mama dan mama geng aku. Mana-mana mama pergi dia akan usung aku sekali dan mana-mana aku pergi, aku akan usung mama sekali. Heh3...mama ada geng nama Mak An. Duduk kat Brown Garden jugak tapi 2 deret belakang rumah aku. Selalunya kalau mama hantar lauk kat arwah bapak aku yang masa tu ada kat Pulau Jerejak, on the way back mesti berhenti kat rumah Mak An ni. Part ni aku letih......sebab Mak An tak sebaya aku. Kadang-kadang mama terlupa yang aku ada, mahu dia bersembang sampai 2 jam. Untuk budak yang paling baik dalam dunia macam aku, mana boleh duduk diam lama-lama. Aku cuit-cuit gelas atas meja, aku cuit-cuit sudu atas meja pulak, mama sembang lagi...aku cuit-cuit balang kuih atas meja pulak, mama sembang lagi. Ish...tak ada response langsung. Aku cuit-cuit tangan mama pulak, mama jeling kat aku. Pergh...ngeri! Aku cuit-cuit lagi gelas dengan balang kuih sambil kepala aku dah terlentok atas meja. Kaki goyang-goyang sebab tak sampai lantai. Cuit sana cuit sini, last-last pedepang!!!!!! Jatuh berderai gelas sarbat dengan balang kuih Mak An. Mama cubit tangan aku, mama cubit paha aku...mama cubit lagi, cubit lagi, cubit lagi......ahhhh.....balik rumah aku tengok dah lebam habis lengan dengan paha aku. Malam tu masa tertidur aku tersedar mama tengah sapu minyak angin kat lengan dengan paha aku! Sayang jugak Mama kat aku.

Sebelum Zohor Azam tunjukkan aku hotel Abeer kat belakang Hilton. Reason is, IQ dah sampai Mekah dari Madinah. IQ ni pulak classmate aku dari form 1 sampailah form 5. Kalau periksa dulu IQ lah yang selalu top 5 manakala aku pulak bottom 5! Heh3....aku masih ikut Carlos Spencer (All Blacks Legend ni) cakap, aku ni tergolong dalam kategori "late bloomers", lambat kembang gitu....kelas....anyway, IQ ni seminggu ada kat sini, jadi nanti sempatlah aku cerita pasal dia.

Masa aku tengah balik ke hotel, aku ternampak 3 orang budak-budak Malaysia dengan camera panjang-panjang dok melepak kat tepi Pharmacy. Ada Lotfi@Kamitaken@Waseem, ada Rashid dan ada Asnawi. Lotfi ni selalu jugak aku masuk blog dia. Pun menggunakan bahasa yang simple dan cerita-cerita simple yang diolah dengan sangat baik sekali. Selain daripada tu depa ada camera yang bagi aku dah masuk category "tercanggih". Aku tanya berapa harga? Depa jawab 7000 ja.....huh? 7000? Boleh balik KL aku ni....Aku bawak depa naik atas sebab nak ambik gambar. Aku tak sabar nak tengok result dari camera 7000 tu. Memang kalah lah camera auta focus aku ni...so to Lotfi, Rashid and Asnawi, nanti jangan lupa hantar gambar tu kat aku. Boleh buat modal masuk blog.

Aku seronok bila jumpa adik-adik kat Mekah ni. Ni pun nostalgia jugak. Dulu masa cuti sekolah penggal ke-3 dah nak start, budak-budak form 5 kena stay sebab nak ambik SPM. Jadi masa tu kami ramai-ramai akan round satu block jumpa senior-senior yang dah nak periksa tu, wish them good luck.....dan dalam masa yang sama dapatlah souvenir dari senior aku. Selalunya souvenir yang aku dapat, kain pelikat yang depa dah tak mahu pakai. Alahai....then dapat songkok lusuh depa....alahai....tak pun buku-buku cerita lama ataupun buku teks yang dah koyak-rabak...jadilah.....hormat senior lagi tu!

So, to Azam, Lotfi, Asnawi dan Rashid, thank you very much for visiting dan kalau free, anytime, just call. Kalau terjumpa kat mana-mana, tolonglah tegur sebab kadang-kadang Uncle tak ingat....Tun ada cakap dulu, "Uncle Mudah Lupa!..."

10 ulasan:

cikgu zainab berkata...

Alahai Uncle...pandai betul tulis kisah benar tu...kena cubit-cubitan. Aunty tak pernah ke cubit uncle masa dok cintan-cintun dulu..he3!!

kucingorengemok berkata...

wah lotfi jln² visit uncle dgn gaya budak bujang ye, hehe... everytime baca uncle tulis kamera "auta fokus" tu saya ketawa guling² hehehe

Uncle berkata...

Dear KN.
Memang blue black bila balik dari rumah Mak An tu...eh aunty takde pulak cubit-cubitan....heh3...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Yang auta focus tu lah yang ambik gambar merata-rata tempat. Senang pulak tu nak menyelit kat poket ke sejadah ke...memang boleh dipercayai dan disukai ramai!

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

hahhaa. cepatnya uncle upload. wah. memang sangat teruja semalam. dan masih lagi teruja. Kali terakhir saya dapat tonton kaabah dari tingkat atas adalah di istana raja ketika mengadap tuanku mizan yang datang pada bulan puasa. Masa tu, masih pakai kamera point n shoot sony dsch1. Selepas memiliki dslr nih, saya bercita2 jugak nak mengsnap gambar kaabah dari atas, tapi rasanya harapn itu akan terkubur buat selama-lamanya. Alhamdulillah, Allah mengtakdirkan kami bertemu uncle secara tiba-tiba dan memang tidak dirancang. Oleh itu, selayaknya ucapan terima kasih saya ucapkan buat uncle yang telah menambahkan koleksi peribadi masjidilharam saya. Alhamdulillah. sedang bikin new entri nih.

-betullah kata uncle, reflect kuat sangat sebab ada 2 orang pakai baju warna putih semalam. Orang dah pesan suruh pakai warna itam, dia pegi pakai warna putih jugak. adoi.. Lainkali kita jumpa lagi.

Nur Azam berkata...

dah agak, mesti entry hari nie. Aisey kali ni gambar dah masuk blog uncle la...sib baik sekali entry dgn si kamitaken. Anyway, so glad to see you and hope to see you again (padahal tak susah mana pun...gi je hotel uncle). Nie kalau ajak berstory uncle and pak abu mesti bergelas2 teh tarik tak habis haha...

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Uncle pun tumpang seronok bila Uncle dapat seronokkan orang. You're such a nice chap. Keep the style all the time. Belajar rajin2 dan enjoy rajin2. Mesti selaras..bila Lotfi dah berjaya lebih lagi nanti, selalulah ingat2kan masa susah dan kawan-kawan. Tu penting. Then, kalau Lotfi tak puas ambik gambar sebab ada reflection penyamun kat belakang, bagitahu Uncle, kita organise lagi sekali. Anytime, you have my number! Take care and regards to your family..

Uncle berkata...

Dear Nur Azam.
Uncle ni banyak cerita dan kalau kena topik takkan habis...tu lah masalahnya. Selalu kalau ada sidang TT dengan IQ dan batch mates lain, Uncle selalu balik pukul 3 pagi dari Pelita Ampang Point tu. Aunty pun dah faham. Tu yang Uncle enjoy tu. Kalau tak faham pun aunty akan buat2 faham jugak! Heh3...maklumlah..."boys to men..." Umur dah 41 tahun tapi jiwaraga masih 21!

siti tanjung berkata...

uiks,, bapak waseem lawat uncle ka..
dia tak bwk anak dia skali ka?? model mekah tu waseem..alaaa...

Uncle berkata...

Dear Siti.
Taklah...dia datang dengan mission possible, nak ambik gambar....tukar yang datang dgn kawan tu.

Rancanglah...

Buat-buat busy!         Pada minggu ini aku sempat bertemu dengan seorang anak muda cekal yang dah aku ikuti perkembangannya selama beb...