Rabu, Jun 24, 2009

Happy Birthday Baby!

(marina dengan basikal pinknya)

(pandai jugak yuya ambik gambar..)

(aunty pulak ambik gambar, eh pandai jugak..)

(happynya dia..)

(alahai baby papa...)

Marina dah masuk umur 3 tahun. Sekejap je masa berlalu. Marina dah dewasa! Dulu masa aunty mengandung, kami semua panic. Bukan panic pasal apa, tapi panic pasal tak tahu jantina lagi. Lepas 3-4 bulan kami pergi jumpa Dr. Jemilah kat APSH lagi sekali. Dia tanya kami nak tahu jantina tak? Kami cakap ok, lepas tu dia check dan check dan check. Confirm perempuan! Aunty punyalah happy tak sangga...sebab ada kawan nanti..boleh sama-sama tukar-tukar lipstick, boleh sama-sama bergossip, dan boleh sama-sama keluar shopping. Memang aunty nak sangat anak perempuan, aku ok je...lelaki ke perempuan ke, dah rezeki, terima sajalah...but deep down, kalau dapat perempuan best jugak. Heh3...

Ada aku cakap dulu, family aku ni celebration sampai berderet-deret tiap-tiap bulan. Tu yang letih tu. Abang birthday bulan satu. Aku birthday bulan dua. Aunty birthday bulan tiga. Wedding anniversary bulan empat. Yuya birthday bulan lima. Marina birthday bulan enam. Adoi...letih tu....masuk bulan tujuh sampai bulan dua belas, simpan duit balik. Kemudian dia ulang balik ikut chorus....PUASSSS.....

Masa aku time sekolah dulu ada jugak buat celebration. Selalunya kami buat kat bilik je. Paling grand pun dapat buat kat store si Doray tu kat tepi padang. Siap sekali tu mintak permission. Kumpul duit sorang sikit, bagitahu kat orang kantin suruh masak mee, nasi lemak ke nasi goreng ke, dengan air sirap. Jangan tak tahu, air sirap tu bancuh kat dalam baldi rendam baju yang warna merah tu. Kelas....siap kacau dengan gayung pergi mandi lagi...heaven! Patut lah sirap malam tu ada rasa-rasa sabun FAB sikit...heh3...kalau tak percaya, tanyalah kat KUDO ke, APAM ke, IQ ke...kalau depa baca ni, mesti dok senyum sorang-sorang ni...siap pasang radio lagi lagu Kembara! Heh3...permission sampai pukul 10.30pm kalau tak silap aku, tapi macam biasa, kami terbabas sampai pukul 11.30pm. Kena jerit sikit dengan warden, berterabur lari balik bilik tinggalkan baldi sirap warna merah tu...esok pagi Doray dah bising. Doray tu Quarter Master kami. Rupa dia tak berubah dari tahun 1981 sampailah last sekali aku jumpa tahun 2008. Sumpah aku tak tipu!

Hari tu ada celebration "shici, go, san" kat Jepun. Marina sebab dah umur 3 tahun, jadi dia pun dah boleh celebrate. Aunty pakaikan dia kimono@yukata warna pink, katanya.....alahai cair hati aku...aunty cakap comel gila! Aku tak sabar nak tengok gambar tu. Gambar tak siap lagi. Kalau siap nanti, atok akan kirim dari Jepun dan aunty akan scan bagi kat aku. Memang sah aku gantung kat tepi dinding nanti....alahai...anak Papa...dah besar kamu yea....dah pandai nyanyi lagu Aizat yea!

20 ulasan:

Nek Rock berkata...

yooo marina dear,

Happy Birthday cutie pie!!

psstt marina dapat basikal eh:)

eeh uncle, cucu nek pun lebih kurang marina gak, dia in oct 3 yrs:))

nampak gaya 15-20 yrs lagi boleh lah uncle bermenantu ya, lalalallaa

cikgu zainab berkata...

Uncle,
Happy nampak Marina tu. Happy Birthday girl.

Be a good girl
Lead a good life
Marry a good husband
Be a good wife!

UncleJ berkata...

happy birthday marina!! moga besar jadi anak yg solehah...

lepas ni boleh mintak adik pulak kat papa & mama...hehehe

Azemi Ali berkata...

Salam uncle

Happy birthday Marina. Sebaya dengan anak saya yang ke 3 juga, Amal. Cuma dia birthday bulan 7.

Dapat basikal pink ke hadiah birthday?

taj berkata...

salam,

mmg comey anak papa tuh... sukran dah besar dah...
jadi pencetus semangat buat papa utk kerja lebih kuat lagi...papa kena kuat tau..:)

cerita pasal air sirap, teringat masa zaman muda2 dulu duk main volleyball, Taj ditugaskan buat air sirap utk player...
tgh2 dok membuat air sirap satu baldi dah siap campur ais, kira sedaplah... tiba2 terjatuh pulak si tuala yg dipakai buat lap peluh ke dlm baldi air sirap tu tapi sempatjuga buang kluar tuala tu... mengelabah jugak, masa dah suntuk tapi lantaklah dah tak ada stok lain...
belasah ajer kasi players semua minum... nasib baik team kita org menang straight set... kira berkat air sirap tuala peluh... hehhe

Uncle berkata...

Dear NR.

20 tahun lagi? What a brilliant idea....hantaran mesti COACH....so, tak jadilah nak order, tunggu je lah 20 tahun lagi...heh3...

Uncle berkata...

Dear KN.

Memang kelas puisi tu....ala-ala Madonna pun ada, ala-ala Hang Li Poh pun ada...ala-ala Long pun ada!

Uncle berkata...

Dear Uncle J.
Huhh? Nak mintak adik? Ingatkan nak mintak gown ka, maxi ka, blouse ka....heh3...

Uncle berkata...

Dear Azemi Ali.
Yes...memang hadiah basikal kaler pink. Kimono aunty beli pun kaler pink...jangan nanti motor Uncle dia suruh cat kaler pink sudahlah....mahu kecoh satu Ampang nanti!

Uncle berkata...

Dear Taj.
Memang Papa tengah kuat semangat lepas tengok gambar tu. Senyum dia.....alahai...rambut mengurai dia...alahai....jantung boleh luruh ni...sungguh tak tipu!

Towel masuk baldi? Tu yang jadi sedap tu....kelakarkan kalau ingat2balik?

Pinatbate berkata...

happy birthday Marina! semuga sihat dan ceria selalu..!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Thanks a lot. Uncle pun sentiasa doakan keluarga Uncle sentiasa sihat-walafiat dan begitu jugaklah pembaca2 blog Uncle yang tak putus2menghantar komen. Thanks again Pinat!

cikgu mas berkata...

happy birthday sweeti,cutey,beauty,bettii,va,va,va tengok senyum yer bukan saje boleh wat papa luruh jantung,luruh rambut sekali,he,he..

uncle ni satu pepatah pujangga pesan Jeneral Anttony kat Cleopatra.."Jagalah anak daramu sehabis baik"...

dilaOHdila berkata...

Happy birthday Marina
alahai cutenya ngan PINKY bicycle diek tuh
celebrated cake lagi
moga marina jadi anak yang solehah
menceriakan suasana yang ceria

Uncle berkata...

Dear Dila.
Itulah harapan semua mak dan bapak. Tapi kesudahannya tak dapat kita ramalkan lagi...masih jauh perjalanan dia...

Uncle berkata...

Dear Cikgu Mas.

Memang boleh luruh jantung dengan rambut. Tapi Uncle lain, rambut hitam tukar jadi putih terus..heh3...dan memang Uncle jaga dia sebaik mungkin. InsyAllah...itu amanah Allah untuk Uncle jaga!

ms.legolas berkata...

Hi Marina Chan..
Otanjobi omedeto..ala kawai nya dia.. happy sungguh dpt hadiah ye..
anak ms.legolas yg kecik sekali Adiputra namanya,April lps 3thn so ada peluang gak la berbesan nampaknya..the best man win.. he3

siti tanjung berkata...

kawaiii...kawaiii...
hepi birthday to Marina Ayumi..
:D
semuga murah rezeki dan hepi slalu mcm ottosan

Uncle berkata...

Dear Ms. Legolas.
Yes...the best man wins....heh3...apa salahnya kalau jodoh...tapi Uncle ni takde duit...hantaran kat aunty pun tak bagi dulu...tu yang angin satu badan tu! Amacam sanggup?

Uncle berkata...

Dear Siti Tanjung.
Memang kawaii pun...like father like daughter! Heh3...

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 6

( cerita ini diambil dari  fb saya, trip 30/9-7/10 ) Hari ni saya sangat berpuas hati kerana rakan yg dah lebih 20 tahun saya tak jumpa ...