Khamis, Jun 04, 2009

Tokyo Trip Part 1

(kat luar rumah kot, tengah tunggu bas, aunty tak cakap pulak! Ye ke aku ni?)

(Marina dengan big crab)

(Marina dengan kawan. Anak Yukari)

(anak-anak aku dengan Yukari dan baby dia)

(Marina happy dapat present dari atok)

Atok dengan nenek lah orang yang paling happy dalam dunia. Sebab apa? Ni lah first time atok tengok Marina. Last sekali dulu atok tengok Yuya dan masa tu Yuya baby lagi. Masa Marina lahir, atok tak pergi KL. Yang pergi cuma nenek. Nenek tunggu kat KL sampai aunty bersalin. Tidur dengan Marina, bagi Marina mandi, macam-macam lagilah...seronok aku tengok nenek rapat dengan anak-anak aku. Tak semua orang bernasib baik macam aku...part tu sekali lagi aku bersyukur!

Aunty cakap Marina tak takut bila tengok show Power Rangers. Dia happy sangat. Budak kat sebelah dia pulak yang takut dan ajak mak dia balik rumah...heh3...anak aku! Rumah aunty betul-betul kat tengah Tokyo. Betul-betul depan rumah dia dah ada jalan besar. Sebelah kanan rumah dengan jarak 20 meter, ada tempat tunggu bas. Kalau malas nak tunggu bas, jalan 15 minit dah sampai kat stesen keretapi. Kat sini seronok jalan sebab cuaca tak panas macam kat KL. Kena pulak musim bunga ka, musim luruh ka, memang tak terasa bila berjalan. Sedar-sedar dah ada kat Shinjuku. Masa ni pun aku teringatkan kawan aku si Fendy. Fendy ni dah lama duduk kat Tokyo. Kerja dia memang best. Dia Executive Chef untuk Ambassador Malaysia kat Tokyo. Berkawan pulak dengan aunty. Wah...lagi meriahlah jadinya...ada sekali tu dia jemput kami pergi rumah dia. Kedutaan Malaysia kat Tokyo tu, rumah Duta dalam satu kawasan....rumah Affendy pulak attached dengan rumah duta. Lepas bersoal jawab dengan security, Fendi datang jemput kami kat security check point. Masuk rumah dia, mak aiii....bestnya....since masa tu VIP balik kampung, jadi Fendi pun masak lah untuk kami. Makan rasa macam berkelah kat Ulu Yam punya meriahnya...

Berbalik ke cerita anak-anak aku. Malam ni (tadi pukul 7 malam waktu Tokyo) aunty bawak abang dengan Yuya pergi tengok bola. Kalau tak salah aku, FC Tokyo lawan kot. Alamak J-League la! J-League! Biar betul ni anak-anak aku! Pergh...jealous aku dengar cerita....nanti aku tunggu lapuran dari aunty. Tengok apa dia cerita nanti. Sekarang ni memang lah musim bola kat sana. Bayangkan dulu tahun 70-an kita selalu dok belasah Korea dengan Jepun...ada sorang striker Jepun tu nama dia Kamamoto. Aku ingat lagi...tapi sekarang tengok apa dah jadi? Players kita sebenarnya tak kurang pandai aku rasa, tapi masalahnya tak banyak pendedahan. Tak adventurous langsung..yang ada pun dulu macam Dali Omar, pergi main kat Australia. Selain daripada Dali Omar, kita ada Lim Teong Kim yang merantau pergi Germany dan sekarang dah jadi coach untuk junior professional team. Lim Teong Kim ni dulu main bola dengan abang aku masa kat Melaka dulu. Satu team Piala Rahman dengan Piala Razak Melaka dulu. Sama dengan Isa Jantan, Akob Itam etc. Sempat jugaklah aku tengok abang aku main kat Std Kubu lawan Johor. Anyway, aku cakap kat aunty hari tu kalau ada scout yang nampak talent abang, bawak je lah main kat Jepun....aku tak kisah langsung...ni untuk masa depan dia jugak!

Aunty cakap weather kat sana tengah best ni...tak panas, tak sejuk sangat. Memang nyaman katanya. Pergh, memang aku boleh bayangkan tidur kat futon tu....pakai pulak heater....berendam kat dalam ofuro (kolah berendam).....bliss.....mahu tertidur aku kat dalam ofuro...

Kalau tak salah aku esok aunty bawak semua pergi tengok "Cirque du Soleil" pulak. Ni katanya number one in the world punya circus troupe ni. Nanti kalau aunty hantar gambar, aku post lagi. Ohhhh tidak...............

22 ulasan:

pinatbate berkata...

Beruntungnya anak-anak yg lahir dr dua budaya berbeza..boleh belajar byk perkara..

sedapnya lagu Mekah ni..

kucingorengemok berkata...

bestnya, kalau ada uncle mesti dia org lagi syiohhh... anak² uncle semua tau ckp jepun ke?

cikgu mas berkata...

Dear uncle

aduuh kesian yer uncle tengok anak2 bercuti,kesengsaraan tahap superman tu bukan gaban lagi!!,adoi seronoknyer budak2 tu,,tak payah uncle saya pun jeles sejeles yer...

tu yang kelakar satu lagi tu,keluarlah nama2 orang melaka yer,,Isa Jantan,Akob hitam (aaik macam kenal jer) kt kg saya ni ada Usop keling,Hasan kerbau,Mat baba,Usin Cengkol,macam2 lah..he.he

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

uncle, oleh sebab kita tak berta'aruf lagi, saya nak tanya, aunty asal jepun ker? atau saja2 pergi jalan2?

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Semua anak-anak amat beruntung tapi anak-anak Uncle ada kelebihan dari segi bahasa. Tu satu yang lebihnya....lain2 tu serupa ja..

Uncle berkata...

Dear KOG.
Memang depa boleh tapi malas nak cakap. Tu yang aunty angin sangat tu...anyway aunty try mengajar kat depa tiap2 minggu. Try jelah...malas jugak!

Uncle berkata...

Dear Cikgu Mas.
FYI Akob Itam dengan Isa Jantan memang exist. 2-2 orang tu memang berkaliber dan pernah main bola untuk Malaysia ditahun 80-an. Isa Jantan main centerback manakala Akob Itam main right back. Then ada pulak Lim Teong Kim, Lim Hong Guan dan abang dia Lim Chuan Chin. Abang Uncle main lastman untuk Melaka dulu. Pun tahun 80-an...dia sekolah kat MHS.

Uncle berkata...

Dear Lutfi.
Memang aunty berasal dari Jepun. Lahir, dibesarkan dan bersekolah disana sebelum dilarikan oleh "prince charming" dari malaysia...circa 1996 dulu! Ada cerita pasal tu dalam entry mula2 dulu...FYI, semua cerita kat dalam ni adalah realiti dan bukannya fantasi.....

ms.legolas berkata...

Hi Uncle,
Ms. Legolas muncul lg..lililli
(ni nk lwn trade mark Nek Rock,
btw, Nek Rock ni mnetap di mn ye?)

amboi ms.legolas pun naik urayamashi tgk diorg holiday kat jpn.. last i pergi 3thn lps company hantar but now i dah tak incharge new model so peluang ke sn dah senipis kulit bwg nmpknya.

oh ye pinggan2 pilihan uncle tu mmg cun2..good sense..good sense(ni words by boss selalu guna if keja we all bagus)

taj berkata...

salam uncle,

terubat rindu kat anak2 ye... hai comeyyy that girl... anak sapa la ni...

bila uncle cita pasai Tokyo yg sepoi2 nyaman lu, teringin lak nak ke sana... dan nak jumpa hero Jepun, Takuya Kimura...

Uncle berkata...

Dear Ms. Legolas.
Memang seronok pergi sana. Uncle pun kalau ada kat KL dah terbang sama pergi sana....malangnya...btw, barang2 kat sana tak lah semahal yang dijangkakan...tapi kena tahulah nak beli kat mana. Aunty beli kasut untuk kami sorang sepasang-dua. Harga dia nanti Uncle cerita...mesti terkejut dengar!

Uncle berkata...

Dear Taj.
Ish...anak dara sapa la tu....ooo Taj minat kat Takuya kun yea....sama macam aunty. Budak ni dulu famous sebagai penyanyi tapi sekarang semua dah berlakon termasuk berlakon iklan...Memang famous...semalam uncle baru habis tengok JDrama lakonan Takuya. Tajuk dia Beautiful Life....memang sedih dan best....pi lah cari tengok...syahdu!

UncleJ berkata...

comei anak pompuan hang tu...nasib baik anak lelaki saya tu dah besar, kalau tak boleh berbesan...hehehe

bagus jugak kalau abang tu main kat J-league, sebab hari tu ayah dia cita2 nak nak main rugby dgn NZ, tapi tak kesampaian...

ketam besaq tu bulih makan ka?

taj berkata...

salam,

dah tengok dah, mmg syahdu... huhu

ek, uncle pun leh syahdu syahdan...heheh

Uncle berkata...

Dear Uncle J.
Like father like daughter...memang comey dua-duanya..heh3...saya dulu tak dapat lawan NZ All Blacks dapat lawan dengan Royal NZ Infantry Regiment pun dah masuk hospital. Masa tu main fullback untuk RSC lawan kat padang Utara PJ dalam Cobra 10's Tournament!

Uncle berkata...

Dear Taj.
Uncle ni romantic orangnya.....aunty mesti cebik mulut ni...matilah!

ms.legolas berkata...

beautiful life tu mmg touching..
u all dah tgk PRIDE tak, yg cite dia jd pemain Hokey ais tu,.. alahai I pun peminat setia Takuyakun..lg satu minat tgk drama jpn ni bila watak tu buat sesuatu, begitu bersungguh2, contohnya kalau dia nk belajar bahasa English,sungguh2 n practical di tunjukkan dlm drama tu.. tak cam drama M'sia.. byk cintan je lbh,pastu gaduh2 rebut lelaki..cam pempuan ni tak de benda lain nk fikir..

ada satu jdrama tu, watak tu jd penjual soba/mee je, tp siap bunseki/analysis camne nk buat soba yg sedap, sampai cara kedudukan bdn masa mguli pun di ambil kira..mmg pemikir hebat org jpn ni, tgk ajela cite doremon tu..cam2 alat diorg leh timbul idea..ish pjg lak komen..sorry uncle..

Uncle berkata...

Huh? Pride? Bunyi macam best je...kena cari ni...why don't you try www.mysoju.com

Memang depa dah style macam tu. Very detail in whatever they do. Sebab tu depa suka kalau aunty jahit baju. Sebab very detail....aunty pulak lepas ambik measurement, dia akan lakar tu kat kertas ikut measurement then baru potong. Orang kita selalunya tembak potong terus!

taj berkata...

salam,

cite PRIDE...mmg best,lepeh tu pergi tgk ski ais kat Sunway Pyramid, konon nak feel...
Taj tgk sampai 4 kali, pinjam CD mber, sampai mber... oooi bila ko nak pulangkan CD tu...
hehe nak buat harta lak...

suka betullah ngan si Takuya tu...

dilaOHdila berkata...

salam uncle
cuti skolah ni untie balik kg sna ke? wow bestnya....tentu nenek atok rindu kat anakanak semua....
best disneyland sana
untie mesti rindu ngan parents tuh
dah baper taun agaknya tak balik kg halaman tu erk

Uncle berkata...

Dear Taj.
Uncle dah masuk dalam website tu tapi PRIDE sangkut2 pulak! Ish...takpa nanti Uncle try dulu. Sekarang tengah tengok cerita Star No Koi ala-ala...Notting Hill. Omosyiroi yo...

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Memang betul. Depa balik kampung dan hri ni cuma rest kat rumah sebab dah terlebih jalan...heh3...

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...