Jumaat, Jun 12, 2009

Sambung Belajar

(practical class, aku dulu vest biru)

(campus from another angle, belakang tu ada small chapel)

(Logo kebanggaan aku)

(view dari balcony bilik aku pun serupa...)

(mulanya disini...)

Part 1. 9/6 aku berjumpa guest aku yang baru check-in untuk 3 hari 2 malam. Depa orang penting bagi Pusat Pengajian Tinggi Malaysia. The following day, sorang dari 3 orang turun pergi restaurant. Aku tegur dan kami duduk bersembang. Kami minum teh sambil mengadap Haram. Waktu tu baru lepas solat Asar jadi orang takdak kat restaurant. Dia tanya aku, dah berapa lama aku dok buat benda-benda macam ni? Aku cakap tak lama, baru lebih sikit dari 20 tahun. Dia tanya samada aku ada buat benda-benda lain? Aku cakap takdak langsung. All these while inilah satu-satu kerja yang aku suka, aku sayang, dan aku tahu buat dengan terbaik. Ramai orang yang aku dah jaga. Dari orang biasa, orang kenamaan, anak-anak raja, sultan, menteri-menteri, pembesar negara, head of government dan termasuklah pembesar-pembesar dunia aku dah jaga. Jadi bagi aku benda ni dah routine. Cakap saja siapa, insyAllah aku boleh buat. Commitment aku memang 100% kalau tak pun lebih. Dia tanya aku, sampai bila aku nak kerja macam ni? Masa dia tanya tu aku rasa macam ada meriam buluh meletup dalam kepala otak aku! Bergegar sekejap..

Part 2. Setahun sudah aku ada terpikir nak sambung belajar. Apa aku nak buat bila pencen nanti? Aku browse dan browse. Cornell? Hmmm...memang aku teringin sangat tapi mahal nak mampus..even summer program pun aku tak mampu nak buat apalagi kalau full program! Mahu kena jual motor aku nanti..kalau jual moto macamana aku nak pergi marrket nanti? Macamana nak usung Marina dalam bakul? Macamana nak jumpa Apam, Kudo, IQ, Jawer, Dino, JR, Doyan dll nanti? Payah....

Part 3. Bila aku jumpa guest aku ni, aku dah terpikir balik dah nak sambung belajar. Isyh...kacau ni...guest aku ni sokong kalau aku nak sambung belajar. Dia cakap lepas pencen nanti aku boleh mengajar kat mana-mana Hotel School. Brilliant idea. Katanya lagi, pengalaman aku dah cukup untuk aku mengajar. Budak-budak mesti seronok dengar kalau aku campur adukkan pengalaman aku dalam pembelajaran depa. Betul jugak.

Part 4. Aku browse lagi mencari Universiti yang menawarkan program Masters dalam Hospitality tapi tak jumpa. Yang ada cuma MBA ataupun pengkhususan dalam Human Resources yang aku tak minat. Aku cari lagi qualification untuk melayakkan aku mengajar, rata-rata semua nak pakai yang ada Masters. Aku tak kisah Masters ke apa sebab aku rasa aku boleh buat tu semua..

Part 5. Sekarang ni aku dalam dilema sebab aku plan nak masuk bulan January 2010 nanti. Kerja? Kerja aku boleh buat sekali sebab yang aku cari, program yang aku boleh buat online 100%. Jadi yang tu tak ada masalah. Guest yang bersembang dengan aku tu bagi a few options kat aku dan dia cakap semuanya diperakui oleh Kementerian dia. Ahhhh...memang dia bagi carrot kat depan mata aku!

Jadi sekarang ni, aku mintak bantuan kat readers of my blog and other bloggers to give their feedback, samada aku patut sambung atau tak. Kalau ikutkan hati memang aku balik nanti terus nak daftar masuk je....."to study or not to study, that is the question!" ala-ala Shakespeare kat dalam cerita Hamlet!

24 ulasan:

cikgu zainab berkata...

Dear Uncle,
Sambung! For your brighter future..for yourself & for your beloved family.

kucingorengemok berkata...

salam, from reading your blog saya rasa uncle jenis org yg boleh merana kalau duduk tak buat apa2, hehe, so i think i'll vote for: STUDY. tu nanti kalau jadi cikgu betul la prediction saya, uncle akan jadi "pakar motivasi" :)

Uncle berkata...

Dear KN.
At the same time I also want to be with the family. I'm giving another 4-5 years before I plan to work again in KL. Tapi kalau ada offer baik dan bersesuaian, mungkin lagi cepat. Budak2 dok membesar. Kesian kat Aunty sorang2..

Uncle berkata...

Horey....that's 2 votes up! That's actually my plan. Habis kerja hotel, mengajar pulak kat Hotel School la kot....tak kiralah mana2 sampai umur 65 baru duduk diam kat rumah!

cikgu zainab berkata...

Dear Uncle,
I give you a big salute! You deserve all the best in your life. From reading your blog, I assume that you are such a wonderful person. Am I right Uncle? I wish you all the best.

Nek Rock berkata...

yooo uncle dear,

go go go uncle if u think u can do it, buat lah istiharah what is the best for ur good self and family

ehhh uncle kalau jadik cikgu, perghhh mesti anak2 murid tak ponteng kelas nya lahh:))

u can be a teacher an a good motivator for all those youngsters yg tak tahu hala tuju lagi where to start and where to go bila dorang abis skolah, uncle bantai otak dorang tu kasi kaw kaw..ahhahaha

take care n have a nice weekend!!

Uncle berkata...

Dear KN.
Thanks for the comment. Saya cuba jadi terbaik untuk anak-anak dan aunty, jadi terbaik untuk jiran dan orang sekeliling dan cuba terbaik untuk menjadi contoh kepada anak-anak muda yang tak ada hala tuju macam saya dulu...

Uncle berkata...

Horey, that's 3 votes up!....reason for mengajar is, "transfer technology". Kalau tak transfer rasa rugi pulak kat anak-anak muda yang lain...depa kena dibakar semangat untuk merantau dan jadikan kerja sebagai waiter tu sebagai professional career dan bukan sesuatu yang memalukan mak-bapak!

cikgu mas berkata...

dear uncle

from my humble opinion..

study,study,study jgn dok pikir lagi ..angguk jer..tak payah dok geleng-geleng..peeergh uncle jadi cikgu..cikgu mas rasa nk masuk sekolah balik.jadi budak sekolah nak dok meja depan sekali..biar air liur cikgu pun tersembur atas muka..he.he..

dah lah tu dok berdagang..umpama dagang pak malau dagang bertempat,dagang uncle musafir lalu.hu.hu.

tapi saya kt sini nk study gak ..dgn uncle...apa dia.."""dia bagi carrot kat depan mata"""he3 ari2 ada peribahasa baru..hebat cikgu bib ajar yek..cikgu bibah mesti bangga uncle jadi cikgu..go,go,go uncle

ok uncle study

Uncle berkata...

Carrot tu actually adalah perumpamaan Inggeris dalam zaman Abraham Lincoln dulu. Dia kata, kalau gantung carrot kat depan mata keldai, keldai tu akan ikut dan berjalan ke depan selalu sebab teringin nak dapatkan carrot tu! Ada buku-buku motivasi bertajuk carrot ni kat kedai2 i.e. Kinokuniya, MPH, Times etc..buku Uncle nanti cuma akan dijual di Abas Bandung, Melaka! Heh3...

cikgu mas berkata...

ooh lebih kurang orang mengantuk disorongkan bantal lah tu..bagus2,he3..

Kalau ada peribahasa zmn Maharaja Kenji ker,Dinasti Machu ker,Martin Luther,Karl Max,Bismack,Hitler,George Washington,Diponegoro,Sultan Agung,Raden Adjeng Kartini,Sukarno dll,jgn lupa share dgn cheq naa,cheq hari2 tak sabaq nk mengaji peribahasa he,he

ok apa kt Abbas Bandung the first Book Store in Malacca,masa tu MPH pun tak lahir lagi..he3

Uncle berkata...

Nope, you got it wrong this time..bukan orang ngantuk disorongkan bantal. Ni sebenarnya satu perumpamaan errr....carrot tu sebagai "bait" ataupun "umpan" untuk orang tu berusaha lagi untuk maju ke depan. Keldai tu tak tahu yang carrot tu sebenarnya sengaja digantung dan berada betul2 kat depan muka dia. Jadi setiap kali dia nak makan dia kena pergi ke depan, ke depan dan ke depan...jadi, dalam falsafah motivation, Albuquarque pun cakap, gantung jelah carrot tu kat depan.... Tak percaya panjat bukit kat melaka tu, kat tepi lubang orang baling duit tu kan ada batu2 banyak. Batu nombor 4, barisan ke 13 dari atas, ada tulis...heh3...

Uncle berkata...

Nope, you got it wrong this time..bukan orang ngantuk disorongkan bantal. Ni sebenarnya satu perumpamaan errr....carrot tu sebagai "bait" ataupun "umpan" untuk orang tu berusaha lagi untuk maju ke depan. Keldai tu tak tahu yang carrot tu sebenarnya sengaja digantung dan berada betul2 kat depan muka dia. Jadi setiap kali dia nak makan dia kena pergi ke depan, ke depan dan ke depan...jadi, dalam falsafah motivation, Albuquarque pun cakap, gantung jelah carrot tu kat depan.... Tak percaya panjat bukit kat melaka tu, kat tepi lubang orang baling duit tu kan ada batu2 banyak. Batu nombor 4, barisan ke 13 dari atas, ada tulis...heh3...

cikgu mas berkata...

ooh cheq faham bila penerangan tu disertakan dgn pendapat zmn Alfonso de Albuquarqe,ok cuma batu no 4,dekt perigi atas bukit St John tu bukan Alfonso ckp ,,tu motivation zmn Lopez de Squiera zmn dia jumpa Sultan Melaka..kalau ada Laksamana Cheng Ho bagitau pape share dgn cheq naa,cheq dah siap satu buka take nota peribahasa uncle..he3

Uncle berkata...

Eh Lopez dgn Alfonso tu tak sama ke? Heh3...pergh dah ada buku lagi? Kelas.....nanti kalau Uncle teringat Uncle tulis lagi. Ni baru bangun tidur dok mamun lagi ni...

taj berkata...

salam,

better study la bro....
anak2 pun dah pandai, biar uncle lagi pandai dari depa...

study tiada limit... selagi lum tutup mata, study selagi daya...
demi diri sendiri n keluarga...

DEENSetia berkata...

Uncle patut sambung belajar dan ambik master tu, nanti bolehlah saya hantar anak2 saya belajar dengan uncle bila uncle dah jadi lecturer. Kalau hantar budak2 tu dekat uncle, bolehlah nak percaya cikit. Tapi carilah university yang baik2 cikit dan x charge mahal untuk student.

Ilmu yang berguna kita ada ni kena sebarkan pada anak bangsa, kalau tak rugilah kita semua.

Another thing may i suggest Uncle buat satu Kursus intensive. Kalau xnak sambung master pun xapa saya rasa. U just need to set up a company yang provide kursus2 intensive kepada student2 hotel dan seangkatan dengannya. Mungkin boleh attach with Local Univerity or colleage. Macam syarikat persendirian beri ceramah motivasi dll tulah, for example syarikat Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd yang pemiliknya Dr Fadilah Kamsah tu. Disamping itu Uncle boleh buat mcm benda lain lagi, contohnya Kursus “bagaimana nak memikat hati mertuaKU”… gurau aje.

ATAU uncle link dengan TV3 atau ASTO uncle buat program reality tempatan seperti atau lebih kurang program Hell's kitchen, Tapi buat tajuk Uncle's Bomb!!! Biar meletup semuanya, program, curahkan segala pengalaman kat situ. Carilah penerbit atau sponsor...Pengisian program mungkin Uncle boleh buat lagi canggih…

I think lebih kurang macam uncle sambung belajar jugaklah kalau nak materialize benda2 ni semua...

what do you think?

Uncle berkata...

Dear Taj.
Thanks for the kata2 perangsang delima di pagi minggu ni. Actually Uncle kerja hari ni...apa nak buat...ada training la pulak! Betul tu belajar ni tak pernah berkesudahan..actually there was one time Uncle terpikir nak ambik UPSR sama2 abang as calon persendirian. Saja nak cabar abang tahun depan! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Deensetia.
Thanks for supporting. Ni yang Uncle nak. Tambah semangat nak sambung. Anak2 nak belajar dengan Uncle takde hal. First depa kena ada minat. Tak malu pada kerja2 bawahan. Sebab itu semua adalah learning curve. Even ada guest Uncle last week cakap, "Eh Shahrir, whatever you're doing now ni tak dapat ni kalau nak belajar kat sekolah...ni semua through experience ni". Uncle sengih ja...Uncle tak buat apa pun, cuma hantar dia pergi bilik, tiap2 kali jumpa tanya khabar, cakap kat dia kalau ada masalah jgn lupa bagitahu dan hantar dia balik sampai kat pintu kereta. To others it may sound normal, but to me, it's the small touch that will last forever.

Pasal program tu, memang Uncle ada terpikir jugak, tapi soalnya sekarang sponsor dan fulus....yang lain tu Uncle boleh buat! Kalah Chef Ramsey tu! Heh3...

ms.legolas berkata...

Uncle,
thanks for gambar2 dari swiss tu..
mmg mencemburukan tgk gambar tu..
kalau lah dibalikkan waktu, ms. legolas akan pilih bidang yg uncle cebori ni..ia juga mencelik kan ms.legolas now utk buat apa yg ms. legolas impikan supaya no more regret in future..terusla memberi inspirasi pd kami..

ms.legolas berkata...

uncle,
td seblm send sal gambar swiss, ms. legolas dah tulis sal sokongan utk uncle further study..tp rasanya tertekan button 'pranonton'je kut so tak lps mungkin ulasan tu.

so ni ms.legolas nak mnyatakan sokongan penuh utk uncle sambung study..krn selagi diberi nyawa oleh yg Maha Kuasa ,itulah peluang yg diberi oleh Nya utk kita terus berilmu n beramal..

if uncle tak cukup duit, gamaknya kenalah uncle publish buku dulu.. moga2 leh laku cam cite harry porter tu..

tp tak syak lagi buku uncle mesti laku cam goreng pisang..
coz uncle ni ada magic blh buat org seronok nk baca cite uncle.. tgk smp sy pun leh lebih minat n caya pelajaran sejarah yg uncle smpkan drp yg tulis kat dlm buku sejarah tu..camne ni Cikgu Mas..

Sy berjanji akan beli buku uncle lbh drp sebiji utk di hadiahkan kat anak2 buah yg masih remaja n tak tahu hala tuju utk masa dpn..

masa tu kalau uncle offer jd pembantu peribadi pun sy sanggup punya..sy ni mmg suka buat keja2 amal utk anak bangsa..

Uncle berkata...

Terimakasih kerana Ms Legolas menyokong Uncle untuk sambung study. Jadi bertambah semangatlah nak sambung balik.

Uncle ingat nak suruh Fajar Bakti publishkanlah....then boleh jadi school text. Heh3...selalunya cerita kat dalam buku sejarah tu semuanya diceritakan dalam bentuk points. Jadi budak2 pun tambah letih nak baca. Kalau dia buat dalam unsur lain tanpa menukar atau menokok tambah fakta, mungkin seronok kot...Cikgu Mas mesti pandai ni...

siti tanjung berkata...

uncle, sy slalu komen hat last2..adus..keje makin menimbun..tu tak dan tu..
cane2 pon uncle sy vote uncle sambung blajaq jugak!!!!
ganbate kudasai!!! ilmu byk mne kita blaja pon mmg x akan penah abis kan uncle.. :) makin byk lagi benda kena blajaq ada la..
all the best to u uncle. sy sentiasa doakan yg the best utk uncle and femly. uncle tolong picit pipi yuya ek nnt..sy mmg suka budak2 kecit hehe..marina skali..

Uncle berkata...

Dear Siti Tanjung.
Takpalah...last-last pon...orang kata better late than never! heh3...

Thanks for the support. Bertambah semangat Uncle nak belajaq. InsyAllah akan enrol nanti.

Picit pipi Yuya dengan Marina? Tu dah mesti....tiap2 malam dok picit gambaq depa...

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 6

( cerita ini diambil dari  fb saya, trip 30/9-7/10 ) Hari ni saya sangat berpuas hati kerana rakan yg dah lebih 20 tahun saya tak jumpa ...