Ahad, Jun 14, 2009

Welcome back..

(dengan yukari dan anak dia sanae)

(abang dengan ayam)

(pasangan bahagia, yuya dan kambing)

(marina dan kambing)

(happy family!)

Masa aku tengah dok taip entry ni, anak-anak aku dan aunty tengah tidur kat rumah di ampang. Back to the old house. Home sweet home...dengan perasaan yang sebak sebab terpaksa meninggalkan atok dan nenek kat tokyo. Aunty cakap masa nak balik tadi Yuya nangis sebab terpaksa tiggalkan atok. Sedih sangat dia. The night before, atok bawak Yuya pergi mandi kat "public bath". Yuya happy gila. Abang pulak katanya malu sebab nanti orang nampak.....Yuya pulak tak kisah sebab selalu horey-horey! Macam tulah akrabnya anak-anak aku dengan atok dan nenek kat sana. Aku seronok. Macam ada aku tulis dalam reply aku yang lepas, walaupun kami dari background yang berlainan dari segi bangsa, budaya dan agama, tapi hubungan kekeluargaan tak boleh dipisahkan. Yang tu mesti dipelihara. Depa menghormati pendirian dan kepercayaan aku jadi sudah semestinya aku berbuat yang serupa pada kedua mertua aku.

Bukan senang aku nak dapat kebenaran dari mertua aku dulu. Aku ambil masa bertahun untuk convincekan depa yang niat aku betul-betul tulus dan ikhlas, perasaan masa tu sangat luarbiasa. Tak pernah aku jumpa orang tua mintak kebenaran macam tu. Aku pergi sendiri ke Tokyo. 2-3 hari aku dan aunty berbincang macamana nak approach depa. Pening aku pikir macamana nak cakap nanti. Pasal ni pun ada aku cerita dalam entry-entry aku yang dulu. Mertua aku baik, tak marah, tak herdik, tak halau aku keluar rumah macam cerita Kasim Selamat dulu. Semuanya berjalan dengan lancar. Jadi oleh sebab mertua aku dah amanahkan sorang-sorangnya anak perempuan dia kat aku, jadi sudah semestinyalah aku bertanggungjawab untuk menjaga amanah tu dengan sebaik mungkin.

Perasaan sedih meninggalkan keluarga tersayang tu memanglah ada, kalau takdak perasaan tu, wah....kacau ni...memanglah plastik orang tu. Macam tulah perasaan aku bila nak meninggalkan keluarga aku di KL setiap kali aku pergi mana-mana. Jadi pada anak-anak aku yang sekarang dah balik KL, masa horey-horey dah habis yea...sekarang masa untuk sambung belajar pulak. Result semester lepas pun tak dapat lagi. First week masuk sekolah nanti mesti cikgu bagi result. Jangan buat Papa dengan Mama heart attack sudahlah yea!

21 ulasan:

cikgu mas berkata...

dear uncle

kata Diponegoro masa beri motivasi pada tentera Perang Jawa..dia kata sabar,sabar mama n papa,naik sekolah cikgu beri result mid year jgn heart attack..anak2 sapa nk jaga,??ni cikgu tengah pulun marking sampai tak tido mlm...

uncle ari ni tak jumpa lak peribahasa!!!..tapi saya nk tanya..
"Public Bath" tu ada untuk ladies tak???..kalau dlm sejarah ada Great Bath dalam tamadun Mesopotamia n Indus di India..untuk menyucikan diri sebelum sembah dewa cam tu ker konsepnya??..selalu dengar pasal public bath cuma tak dapat gambaran,saya ingat diaorang mandi kt rumah dengan family..kalau tak keberatan cerita lah sikit,saya suka tahu n belajar..

cikgu zainab berkata...

Dear Uncle,
Wah! dah sampai rumah anakanda semua..aunty too.
You are absolutely right uncle..hubungan itu tak bisa diputuskan, Baguslah uncle..walaupun jauh beribu2 batu tp aunty masih boleh balik jumpa parents dia. KN doakan agar uncle terus bahagia..jaga aunty baik2 .

Uncle berkata...

Dear Cikgu Mas.
Public bath untuk wanita memang ada. Konsepnya serupa. Abang dengan atok bayar nak masuk. Dia dapat sato towel kecil dan ceybok satu. Pergi locker room, salin baju dan pergi cuci badan sampai bersih dulu. Lepas tu baru masuk dalam kolam air panas dia. Itu budaya dia, itu style dia budaya beratus-ratus tahun...very interesting. You can google and learn about it!

Uncle berkata...

Dear KN. Itu semua tanggungjawab yang saya kena pelihara. Kalau kita tak jaga, susah nanti...bayangkan anak perempuan kita pulak nanti kalau tak dijaga dengan baik...anyway, pesanan KN akan saya turuti!

Nek Rock berkata...

yooo uncle dear cakkkkk:))

wahh dah balik dorang yaa ke Ampang, habis dah masa horey2 budak2 tu..hehehehe

by the way uncle Ampang which part, umah nek kat taman kosas

yaa part nak balik tinggalkan our beloved family behind is not that easy:((

ehh psstt uncle leh tak tanya aunty, ada specific pattern or color yg dia minat, do email nek at feza59@yahoo.com and nek will quote a price for ya

wahhh cikgu mas kita bzzzzzzzzzz marking papers, nah nek kasi kofi kaw kaw nya utk topang mata tu..hehehehe

Uncle berkata...

Dear NR.
Uncle kat Taman Cahaya, Ampang. Selalu jugak pergi Kosas sebab staff Uncle jual nasi lemak kat situ, depan 7-11. Nama dia Che Lat. Memang sedap. Ada sekali Uncle beli sampai 25 bungkus! Serious tak tipu tapi kena booking awal sebab cepat habis. Dia dulu sama Uncle kat Renaissance KL.

Aunty mesti baca ni...kalau dia baca, dia akan contact NR kot...

Cikgu Mas kita tu memang rajin gila! Yeah!

ms.legolas berkata...

o kaeri nasai Wakanasan to kodomotachi,..
thks for sharing the enjoyable time wt us. Ms.Legolas baru tau kat Jepun ada tempat yg leh realisasikan kerjaya yg anak2 nk buat..kalau ada tmn tema cam tu kat M'sia hrp tak hadkan utk kanak2je.. then hrp ada kerjaya yg cam uncle buat so blh ms.legolas try(utk part test makanan je la..)
cikgu mas,
pasal public bath or ofuro tu ada juga yg pintu masuk lain2 tp kat dlm tu kolam air panasnya campur pempuan n lelaki.. tp normally separate la but everybody bila dlm air tu akan hadaka(nake)
so Ms. Legolas pun masa belajar dulu tak pernah try public bath..malu, tp yg individualnya adalah try.kolam air panas semula jadi mmg menyegarkan.Then pernah gak sekali tu dgn mak angkat pergi omsen kat hotel, we all gi mandi masa waktu kul 2pagi so masa tu mmg takde org lain.. kira we all berdua je..so ms. legolas tutup la ngan tuala mana2 yg perlu... saling gosok daki kat belakang bdn dgn mak angat.. pandangan ms.legolas budaya jepun ni mmg akan mewujudkan perasaan rapat n kasih sayang dlm keluarga..so mmg bagusla yuya gi ngan atuk dia..mesti dia akan jd close ngan ojiisan nye..

cikgu mas berkata...

salam uncle n nek..


nk menyelit gak pasal ampang,sbb 7 thn dok setapak..kita suka pi Pelita..happening gitu..dengan tgk baju kurung kat ampang park..

Nek,dah pi dah blog nek..meleleh air liur kat keyboard lap top tengok coach..kalau tengok kt pavvilon tu,salesgirl dia tengok sengget jer,cam tahu jer kita tak de duit..

rajin ape nye uncle!!,marking sehelai bukak blog uncle baca satu entry ke satu entry..aduh uncle dah boleh masuk TV3 koleksi Kisah Benar..baca cerita uncle lupa dah esei n jawapan bebudak..

Uncle berkata...

Dear Ms. Legolas.
Thanks for following, still. Semalam I called home, Abang tengah buat homework yang berlambak2. Baru nak buat sebab masa cuti hari tu tak buat! Hari ni depa dah masuk sekolah balik. Tak tahulah macamana jadi. Mesti malas gila!.

Thanks too for sharing the ofuro experience...memang seronok walaupun Uncle selalu buat kat rumah atok je...masih tak sanggup nak jalan kangkung dengan towel kecik tu! It's true like you said...semua yang depa buat ada sebab termasuklah dok tonyoh badan atok sebelum terjun kolam..memang depa very close...

Uncle berkata...

Dear Cikgu Mas.

Thanks for reading sampai terlupa nak marking. Itu menunjukkan yang cerita Uncle ada kesan mendalam ala-ala kesan sejarah!

Ni ada satu lagi pepatah zaman dahulu kala zaman-zaman Agatha Christie cakap, "When shit hits the fan..." heh3....pi cari...pi cari cepat Cikgu Mas ooiii...then bagitahu apa makna dia!

cikgu mas berkata...

dear uncle..

Agatha Christe tu bukan ker roman thriller writer zmn 80an,nape lak dia jadi zaman dulu kala..uncle ku cari kamus ku translate kan..
""when shit hits the fan"" means "bila taik lempar/baling kat kipas""..cikgu mas tak puas pi rujuk kt teacher Sharifah,English/literature..dia gelak sakan..dia bagitau byk2 pepatah pasal apa yang ni uncle tanya???dia kata dia pun tak tahu pe makna..cepat uncle ajar saya pe makna..saya dah usaha mencari..ajarlah benda baik lah sikit uncle..he,he,uncle ni kelakar betul..pepagi buat lawak..

Mama berkata...

http://decodingkyoto.policy-science.jp/sento/

Regarding Japanese public bath, you can refer above URL. very interesting.
My father was very happy to play baseball with them, went to pablic bath with Yuya etc...

Look at 1st photo, Sanae has stuffted toy. in 2nd photo, Sanae taril baju Marina, lupanya mereka gaduh sebab marina nak ambil Sanae punya anak patung. Marina jerit " Bagi laaaah!" Sanae tak faham BM, tapi dia marah n jerit "Laaaah!!!"
Kecoh daripada ayam yg gaduh.

Uncle berkata...

Dear Cikgu Mas.

When shit hits the fan bermaksud, kalau masalah dah tak dapat dibendung dan dah dapat ke pengetahuan pihak atasan maka semua orang akan mendapat tempiasnya. Ni satu pepatah yang tepat maksudnya. Tak kena mengena dengan benda2 yang tak elok. Look from the positive angle. Heh3...

Uncle berkata...

Dear Mama@Aunty@Wakana.
Oooo macam tu cerita dia yea....ish...Marina pun nakal jugak yea....nanti Papa cium pipi dia. Heh3...homework Abang dah habis belum?

Take care. Miss you all like crazy!!!

siti tanjung berkata...

ohaiy00..seronotnye marina ley pegang2 kambing..kambing kat sana mesti mandi kan..kalu x mandi pon mesti wangi..hehe..bila la nak free ni?..adoiii
uncle pa khabaq?? maintain sihat no...jgn mkn megi lg tau

Uncle berkata...

Dear Siti Tanjung.
Kat Ampang manalah nak cari kambin lagi....yang ada cuma kat marrrket yang dah sembelih dah...

Maintain sihat? Ni dah 3 hari dok demam ni...susah hati jugak!

dilaOHdila berkata...

salam Uncle
moga happy & ceria selalu

Aunty dah balik erk
alahai sian YUYA. mesti dah rasa serasi ngan atok kat sana
tak per nanti lain kali boleh balik kampung lagi kan uncle....

itulah pegangan resmi urang jepung. hormat menghormati tu sentiasa di pegang. untung uncle jadi menantu nya

Uncle berkata...

Dear Dila.

Uncle sentiasa ceria dan happy selalu. Semua dah selamat balik dan selamat pergi sekolah walaupun agak susah nak bangun pagi, katanya.

Tak kiralah sesiapa pun, sikap hormat-menghormati harus menjadi budaya kita!

siti tanjung berkata...

o ya ka..
la, ni mesti ketegaq tak mau mkn ubat ni..uncle, get well soon tau.. :D jgn lupa mkn ubat bg sihat n ceria2 selalu..

Uncle berkata...

Dear Siti Tanjung.
Bukan ketegaq. Tiap2 hari dok telan panadol tapi semalam rasa dah lega sikit dan dah gagah nak pi Haram balik. Alhamdulillah. Walaupun demam dan tak sihat, Uncle masih kerja...bukan senang nak jaga 150 staff (dah tertambah sikit!). Kalau kita tak kuat, habeh berteraboq semua nanti!

siti tanjung berkata...

ha..betui...betui..betui...

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 5

(cerita ini diambil dari entry saya di FB, trip 30/9 -7/10) Alhamdulillah saya selamat sampai di Hualamphong Train Station dan seterusny...