Rabu, Jun 03, 2009

Untitled Lagi!











Since ada permintaan daripada fellow bloggers yang sibuk-sibuk nak tengok pinggan aku, maka diatas permintaan-permintaan anda semua, dengan bangganya aku persembahkan semua yang aku beli hari tu kat Jeddah! Heh3....feel free to give comments ok. Apa yang aku nak berniaga kat Lounge tu nanti? Ok first, aku ada pizza. Aku ada sandwich. Aku ada Danish Pastries. Aku ada cakes and tarts. Aku ada burgers. Tu saja untuk makanan selain daripada cold, hot beverages, ice creams by scoops and make your own sundaes. Horey......so to all readers, bagitahulah kat aku, pinggan mana yang sesuai dengan makanan apa, ok? Siapa yang dapat jawab dengan tepat, aku belanja nanti. Belanja apa, nanti bila-bila aku teringat, aku bagitahu!

Aunty ada hantar e-mail kat aku dari kampung dia. Dia cakap amboi, budak-budak dah tak ingat dunia! Siang jadi malam, malam jadi siang. Semua asyik dok horey-horey....eh apa beza dengan aku dulu? Dapat pergi Pantai Merdeka kat Kedah dulu pun dah syok gila. Sambil aku dok taip ni, sambil aku dok masak maggi. Macam biasa, aku dah tak tahu nak makan apa dah! Tadi aunty hantar summary kat aku segala aktiviti yang depa buat selama 2-3 hari kat sana. Bila aunty hantar summary macam tu teringat aku kat cikgu Saraswaty yang mengajar english kat aku circa 84-85 dulu. Lepas bawak masuk kotak buku yang berkunci kat kelas, kami semua kena pilih satu buku untuk baca seminggu then buat summary pasal cerita tu. Buku pulak kena tukar-tukar tiap-tiap minggu. Ada cerita 3 Musketeers, ada cerita Tales of Two Cities, ada cerita Jane Eyre...since aku suka membaca waima URTV dan Jelita.....eh, Jelita pun masuk list? Jadi karang-mengarang ni takdak masalah langsung...cuma bahasa aku macam nilah...tak kena langsung. Tu yang result tak berapa nak menjadi tu! Anyway, aunty, obaachan dengan ojiichan dah bawak depa ronda-ronda satu Tokyo. Seronok gila. Naik bas lah...naik keretapi lah....main game kat Tokyo Dome lah...tengok show Power Rangers lah...pergi Aqaurium lah...yang paling seronok dah tentulah anak dara sunti aku tu. Senyum memanjang. Bila aku tengok gambar yang aunty hantar petang tadi, alahai.....cair hati, luruh jantung! Takpa-takpa, esok aku cerita pasal depa kat sana okay? Siap aku masukkan gambar sekali!

12 ulasan:

PINATBATE berkata...

uncle..
pinggan putih bersegi tu utk cakes and tart..hak yg lain tu bantailah nak buh apa pun boleh...semua cantik-cantik !

cikgu zainab berkata...

Cantiknya pinggan2 tu..pandai uncle pilih!
KN tunggu uncle upload gambar anak2 berholiday kat Tokyo...entah bila KN akan sampai ke sana! Tak mungkin..mahal sara hidup kat sana..patut tumpang aunty..he3!

taj berkata...

salam uncle,

mmg stylo pinggan2 tu, yg 1st letak burger, ke2 letak air da.. takan letak sup lak..
ke3 letak pizza coz rupanya cam pizza gak..ke4 letak pastri or sandwich.. ke5 letakkan spagetti or nasi lemak ke..

ok ke pilihan ini, taj pun bukannya pakar... kalau taj belasah ajer....hehehe
taj takde seni benda2 cam ni, itu yg nak belajor ngan uncle..

pasal rindu kat anak2,,, sabor sabor... dan jgn dok makan maggi bayk sgt nanti botak..hehhe

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Nope.....Pinggan yang ada design kat tepi tu uncle letakkan cakes sebab dah ada design, jadi uncle takpayah nak garnish lagi kat tepi. Dia automatically dah jadi decor for the cakes. Heh3.....good try though!

Uncle berkata...

Dear KN.
Eh cantik ka pinggan tu semua? Ka paksa cakap cantik sebab dah beli 400? Anyway, ni lah hasilnya sebab selalu ikut mama dulu beli PYREX!

Uncle berkata...

Dear Taj.
Mana ada nasi lemak? Ish...ish...ish...sensitive tu nasi lemak tu...bila dah tersebut macam tu, maybe uncle makan nasi lemak kot this weekend!

taj berkata...

salam,

oh ye ker... taj belasah ajer...
sori membuat uncle terliur nasi lemak...hehhe

Uncle berkata...

Dear Taj.
Ingatkan nak makan lontong this weekend.....tapi dollah lah yang masak! tsk...tsk...tsk...

cikgu mas berkata...

dear uncle

wooi cantik2 yer pinggan tu,good taste...tapi saya orang kampung bantai jer nk letak apa,cencalok boleh,asam pedas boleh,cakar ayam pun boleh...

kat sekolah cikgu pompuan selalu buat kutu pinggan,rm 50 sebulan hujung tahun boleh dapat pinggan corelle made in US tu,vantage n corning ware simpan buat raya..jenis pyrex ada gak wat makan hari2,,,cantik ye uncle!!!

Uncle berkata...

Dear Cikgu Mas.
Ye ke good taste? Ke saja bagi sedap hati ni.....heh3...san-kyu...san-kyu...

Eh ada lagi ka kutu tu? Ingat dah habis dah...tapi jangan lari tau, kesian kat belakang2 tu nanti..

@xiM berkata...

saya pun ada pinggan yang dalam gambar last tuh..beli kat IKEA 4 bulan lepas..:)

Uncle berkata...

spot on.....good! seronok jugak sekali-sekala pergi ikea..

Rancanglah...

Buat-buat busy!         Pada minggu ini aku sempat bertemu dengan seorang anak muda cekal yang dah aku ikuti perkembangannya selama beb...