Isnin, Jun 22, 2009

IQ

(IQ yang masih IQ)

(melepak kat bilik aku sebelum marathon!)

(ni bukan IQ tapi salad bar)

(coleslaw aku yang mengalahkan KFC)

(opera slice aku yang hilang satu slice sebab jatuh kat tepi dish washing area sebab licin!)

Aku cukup teruja kalau ada kawan-kawan aku dari jauh datang. Aku selalu jumpa depa kat sini berbanding dengan kat KL. Kalau kat KL tu macam-macam masalah ada. Traffic jam lah..balik kerja lambat lah..banjir lah..1001 alasan ada. Tapi yang seronoknya kat sini, tak ada apa alasan nak bagi. Traffic jam takde, balik kerja lambat takde, banjir lagilah tak pernah ujud kat sini walaupun dulu ada sampai tenggelam dataran Haram tu!

IQ ni nama sebenar dia Iqmal Fajri Danial. Pergh, sedapnya nama. Budak Kelantan. Kat mana, jangan tanya aku sebab aku selalu terlupa. Tu yang Tun marah sangat tu! Banyak cerita kami ni sebenarnya. Dia tahu aku luar-dalam dan aku pulak kenal dia dalam-luar. Jangan nak kelentong aku ok! Aku dengan IQ ni start dari Form 1 satu kelas sampailah kat Form 5 Tabari pun sama kelas. Tapi macam aku ada cakap hari tu, IQ ni memanjang top 5 sedangkan aku pulak memanjang bottom 5. Biasalah...late bloomers kata orang. Heh3...aku memang jealous kat IQ ni. Selain daripada IQ yang bagus, suara pun bagus...main hoki pun bagus....supply rokok dia pun lagilah bagus...tak pernah kemarau budak ni. Oh..lupa nak cakap, main rugby pun bagus. Masa aku jadi Troop Leader Scout dulu, IQ jadi orang kuat persatuan. Kadang-kadang aku hairan dengan IQ ni. Apasal bijak sangat? Main sama naik dengan aku. Nasi kawah dengan ikan jaket tu makan sama dengan aku, tapi macamana boleh bijak? Lepas 15 tahun aku buat kaji selidik, baru aku dapat jawapan. Rupa-rupanya IQ ni kuat belajar sedangkan aku kuat main! Heh3...15 tahun aku pikir tu! Tu yang buat IQ ni mencanak pergi overseas lepas sekolah dulu. Result dia kalau cikgu tengok memang ngeri. Kalau cikgu Bibah, cikgu Gufri, Arathy Bardhan, cikgu Wong dengan cikgu Lim tengok result aku, lagilah ngeri....sampai Senior Assistant panggil mengadap sebelum SPM suruh aku keluar sebab takut kat result aku kalau ambik exam kat sekolah tu. Takut tak boleh maintain 100%. Amacam bijak tak aku?

Ada sekali masa kami Form 2 White tahun 82, aku ajak IQ pergi Langkawi dengan aku jalan-jalan. Masa tu makcik aku kerja kat Klinik di Kuah. Bukan main seronok kami pergi. Rasa macam dah dewasa. Beli rokok sepeket sorang. Sambil hisap rokok sambil dok pikir masa depan lagi. IQ takpelah masa depan dia cerah...aku ni yang masa depan sentiasa mendung ni...ish...masa tengah pikir-pikir tu tiba-tiba lampu padam. La....masa tu Langkawi pakai generator. Bertambah gelaplah masa depan aku yang dok berpikir kat dalam gelap! Aku pun terlupa apa yang IQ dah kelentong kat orang tua dia untuk pergi Langkawi....heh3....

Ada sekali IQ susah hati sebab aku tak pernah belajar. Dia suruh aku ikut dia belajar. Aku cakap ok set....IQ ajar aku gila-gila. Add Maths dia ajar, Mod Maths dia ajar, Bio dia ajar, Chem dia ajar, Physics pun dia ajar. Pergh...lepas 2 hari aku dah rasa pandai....oleh sebab aku dah rasa pandai, aku dah tak mahu belajar lagi. Amacam boleh?

IQ dah kenal family aku. Dia pernah invite aku pergi rumah dia banyak kali tapi aku tak pernah sampai. Aunty pernah pergi rumah IQ dan jumpa family dia termasuklah wife dia D. Last year masa IQ datang umrah, aku ada kat KL tapi sekali ni alhamdulillah aku ada kat sini dan dapat bersembang dengan IQ dari malam sampailah ke pagi, semalam. Kami marathon dari pukul 11 malam hari Sabtu terrus bersembang sampai Ahad pukul 6 pagi. Siap breakfast croissant lagi kat bilik. Kelas...memang macam orang kaya-kaya. Heh3...sembahyang Subuh kami sempat pergi Haram sama-sama. Macam lagu "Seiring dan Sejalan!"

Jadi, pada IQ dan D dan ahli keluarga dia yang lain, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terimakasih sebab duduk kat hotel ni.. Aku suka sangat-sangat kalau dapat jumpa kawan. Apa lagi kawan dari masa kecik. Bak kata pepatah Aristotle di zaman Alexander The Great dulu, "Kecik tapak tangan, nyiru aku tadahkan..."

22 ulasan:

cikgu zainab berkata...

IQ...khelass panggilan itu..
Uncle pun apa kurengnya..kalau tak smart tak kan boleh buat keje macam sikalang ni..sikalang sikalang!! teringat kat entri hari tu..heh3.

Uncle..KN terliur tgk kat opera slice tu...mende tu??

PINATBATE berkata...

Patut lah IQ ni IQ tinggi..dah nama dia gitu..
Adoi..lawaklah uncle ni..panjang akal dia..belajar 2 hari jer dah pandai..hehehe..
saya suka kata-kata hikmat part akhir tu..yo!

Carrie-Ma berkata...

salam uncle,

makin lama makin seronok follow blog uncle ni. dulu setakat baca je tp skrg mesti rasa nk komen lps baca. :)

apa pun, zaman persekolahan adalah zaman paling indah kan...

Uncle berkata...

Dear KN.
Oooo ingat lagi sikalan tu yea...KN sedar tak dah dekat nak masuk setahun dah entry tu! Cepat kan?

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Begitulah bijaknya Uncle belajar pada zaman Merong Mahawangsa tu....maka dengan itu, Uncle pun dititah mengadap satu lagi Merong...namanya Merong Pudisat....heh3...

Uncle berkata...

Dear Carrie Ma.
Pasal tulah Uncle dengan IQ sembang marathon sampai pagi. Tapi tanggungjawab sembahyang subuh tak dilupakan!

Continue reading and continue commenting....

Nek Rock berkata...

ehhh bukan uncle nya pepatah macam ni ke, kecik tapak tangan, padang rugby uncle tadahkan, hehhee

phewwww leh nuntut ngan IQ ni ajor 2 hari dah terus terer uncle, bijakkkkkkkkk bijakkkkkkkk

Uncle berkata...

Dear NR.
Memang patut tukar ke padang rugby pun...tak ingat pulak masa buat entry tu!

Memang bijak budak sorang ni....mesti bertapa kat Gua Musang ni!

ashiena berkata...

ikan jaket sedap makan panas-panas dengan sambal belacan.. :)

kucingorengemok berkata...

aristotle yg kenal nyiru tu nama sebenar dia deris... deristotle

hayati berkata...

kata org panggilan tu satu doa. asyik dok panggil IQ je. tu yang genius...dan bertmbh genius.

thxs nasihat uncle. akan cuba terus diamalkan tp mmg jauhla kurang nye performance berbandg kt sn.tp kan cuba ku truskan jugak.

Uncle berkata...

Dear Ashiena.
Betul tu. Mesti masa panas, kalau tak....mmmm, sedap jugak!

Uncle berkata...

Dear KOG.
Memang kalau kat sana dia memang dikenali dengan nama tu. Sekali-sekala boleh nampak kelibat dia tengah makan nasi dagang ikan tongkol kat Sura Hujung, Dungun!

Uncle berkata...

Memang kalau disebut selalu bakal menjadi doa. Ish...kenapalah nama Uncle bukan PANDAI ke, BIJAK BISTARI ke....yea?

UncleJ berkata...

salam bro

baru ni saya ada jumpa dgn your junior - form one masa 85 tu. saya bg tau your name, dia kata tak berapa ingat, yg dia ingat your batch r by the nick of IQ..ohh ni ler rupanya IQ tu. femes kot dia masa sekolah dulu...

last2 tu dia ingat jugak senior dia yg nama shahrir ali ni..terus dia bagitau your nick is uncle masa kat sekolah dulu. wah..nampaknya carry lagi nick tu sampai ke blog nih...dia cakap boleh tahan jugak "taiko" uncle masa kat sekolah dulu..mmg dia ingat uncle ni dulu capt rugby kata dia..betul kan? dia cakap uncle mmg semua junior kenal ...kira senior popular kot dulu..

itu cerita dulu..tengok sekarang ni uncle pun berjaya jugak...dpt kerja serata dunia lagi..kira orait jugak tu...

Uncle berkata...

Dear Uncle J
Eh apa nama budak tu? Mana tahu saya masih ingat ka...memang IQ, Uncle, Judd, Kiss, Kudo, Jawer, Apam, Singh dll agak digeruni pada masa jahiliah tu. Tapi sekarang ni kami lah orang yang paling senangi. Heh3...memang banyak cerita kami...ala-ala Famous Five dari Enid Blyton tu kalau tak pun Nancy Drew!

Eh Uncle J bila nak datang sini? Boleh pekena teyyy ka....

UncleJ berkata...

bukan budak lagi dia bro..dah bapak budak pun...hehehe

but he is still a "budak sdar" kan?

dilaOHdila berkata...

UNCLE
daku tak tahan tengok OPERA SLICE tuh...
kalau boleh tangkap closeup bikin ku ngences UNcle
Macam sedap jek.Apa rasanya erk....

Uncle berkata...

Dear Uncle J.
Walaupun dia dah bapak budak, tapi memandangkan dia pernah belajar kat SDAR, maka gelaran budak SDAR masih boleh diterima pakai. Itu kalau ikut dictionary Roget Thesaurus tu! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Dila.

Memang sedap sesangat opera tu....heh3...ambik closeup? Alamak, kamera tak cun nanti jadi blurr! Malu daku! Btw, ngences tu apa benda nya?

cikgu mas berkata...

dear uncle

wpun sayalambat masuk,kata aristotle telah saya catat dlm buku nota..memang betul masa Alexander The Great meluaskan kuasa Aristotle gurunya sibuk menganyam nyiru di akademi Aristotle di Athens..wah sumber ni uncle sorang jer yang jumpa..lama dah prof Khoo Kay Kim cari,he,he,he

Uncle berkata...

Dear Cikgu Mas.
apasal lately lambat masuk ni? Sibuk sangat ke? CM mengajar pagi ke petang? Bak kata KOG, tu Deris totle tu....kat kampung dia dulu orang panggil Deris Botol!

Reunion

Awal 20an Tak putus-putus 'reunion' datang dan pergi. Seperti yang selalu berlaku, sewaktu aku lepas sekolah/universiti dulu, top...