Isnin, Ogos 03, 2009

RSC Tournament / Dinner at IQ's

(kosmo pun Horey-Horey!)

(main entrance RSC Bukit Kiara)

(macam khemah kahwin)

(ambulance pun ada untuk mak-bapak yang heart attack tengok anak-anak main!)

(minum milo anda jadi...sihat dan kuat...)

(sepanduk tournament)

(senior aku kat SDAR pun ada, dari kiri Kamarulzaman Abas, IQ dan aku kat rumah IQ)

(tengah pikir, nak potong ke tak?)

(birthday anak IQ, Faiz genap 12 tahun)

(tengah pikir lagi beli mahal2 apasal nak potong?)

Memang sesak aku hujung minggu lepas. Abang ada RSC International Football Tournament kat Bukit Kiara. Malam tu Abang dah tak boleh tidur lelap. Asyik teringat kat bola dan bola dan bola. Buat check list, shin pad ada, ankle guard ada, boots ada, socks ada, shorts ada, jersey ada, semua ada. Malam tu kami tidur awal sebab esoknya Abang kena bangun awal. Aku pun tumpang tidur awal tapi lepas tu pukul 12 malam terjaga terus tengok cerita "Soloist". Pagi tu pukul 6 dah bangun. Lepas sembahyang subuh, abang dgn aku terus keluar rumah. Sempat breakfast kat Ali Maju kat area Imigresen Damansara tu. Area tu memang aku familiar sebab selalu sangat pergi Immigresen! Lepas makan kami terus pergi RSC. Taklah jauh mana. Ramai yang dah ada kat padang tu. Sekali ni seronok sebab banyak team yang datang. Ada dari Australia, ada dari Singapore dan ada dari Hong Kong. Dari Malaysia pun banyak team. Ada team Japanese School, ada team Korea, ada UKRC, Penang Bintang Biru dan of course CIMB FYA, team Abang.

Masa aku kecik-kecik dulu pun ada tournament yang macam ni. Masa tu aku kat Henry Gurney Telok Mas Melaka. Tiap-tiap petang kami practice kat belakang rumah aku. Team members aku masa tu ada Aman Komando, ada Warren Franco (bapak dia Elvis Malaysia) dan of course ada dak Betuk! Heh3...Kami lawan antara flat-flat yang ada kat Henry Gurney. Ala...bukannya banyak flat pun...cuma 2 flat aja yang ada....lepas menang dapat air botol sorang satu yang kami beli kat kedai Komeng tepi pagar Henry Gurney. Pergh...meriah gila! Tapi sekarang, tengoklah sendiri anak-anak aku. Kelengkapan semuanya kami beli full set, siap bayar untuk main kat club lagi, siap ada international tournament lagi...ada sponsor dari CIMB lagi. Aku dulu beli air kat kedai Komeng sebotol 10 sen pakai duit sendiri!

Masa aku tunggu game nak start, ada perempuan-perempuan Jepun datang duduk kat tempat aku sekali. Kecoh gila satu khemah. Habis semua kerusi plastik depa kaut. Sampai kerusi aku pun depa nak kaut sekali. Eh...mana boleh? Aku toleh tengok sorang makcik tu, terus aku cakap Jepun dengan depa. Kira lebih kurang aku bagitahulah kat depa yang aku nak kerusi tu tapi kalau depa nak jugak, ambik je lah....depa tengok aku atas-bawah. Biar betul budak ni boleh cakap Jepun....heh3....baru depa tau! Balik rumah aku cerita kat aunty. Aunty gelak mengekek-ngekek, siap guling-guling tepi toilet!

Malam tu aku dapat jemputan exclusive dari IQ dan Dada for dinner at 8pm. 8pm terpacak aku sampai kat depan rumah IQ. Wah..meriah....ada bbq, ada pasta, ada mashed potato (memanglah favorite aku untuk kembangkan badan) dan macam-macam lagi. Aku memang kebuluran dari tengahari. Since ni rumah IQ, aku pun makan sampai tak ingat dunia! Anak-anak aku dengan anak-anak IQ semua lari naik atas main rubic's cube. Mak ai....si Faiz boleh buat tak sampai 2 minit? Aku buat sampai 2 jam nak dapatkan sebelah! Tiba-tiba Yuya lari turun cakap Marina nangis. Marina nangis sebab tercekik kuaci! Pun ada.....dalam dok sembang-sembang tu ada sorang lagi tetamu datang. Rupa-rupanya dia ni senior aku jugak masa kat Seremban dulu. Dia Form 5 aku Form 2. Tak habis-habis jumpa budak-budak old boys. Memang meriah sesangat. Kamarulzaman Abas. Aku lupa pulak nak tanya dia kerja kat mana. Mungkin business sendiri kot!

So to IQ and Dada, terimakasih banyak-banyak sebab menjemput kami datang makan malam kat rumah. Aku rasa malam tu jugak aku naik 2 kilo! Heh3...

10 ulasan:

kucingorengemok berkata...

marina nangis tercekik kuaci? tak tahu nak ketawa ke nak simpati... :)

Uncle berkata...

Dear KOG.
Uncle pun sama....Marina=Hamster sama-sama makan kuaci!

pinatbate berkata...

hehehehe..uncle ni suka melawak lah..

ms.legolas berkata...

Ms. legolas pun terkezut bc Marina tercekik kuaci.. nasib baik tak jd berita depan kosmo..eh uncle, dia ambil dari kandang hamster ke kuaci tu?

anyway keep on writing k.. cara uncle cite yg blh link dgn zaman uncle kecik mmg omoshiroi desu..trcelik biji mata yg nk terlelap kat office ni..he3

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Tak best lah kalau cerita serious...baik baca Far Eastern Economic Review! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Ms Legolas.
Suka baca kat office yea.....tapi baca masa break saja tau, nanti masalah pulak! Keep on reading!

ms.legolas berkata...

alamak..pecah rahsia.. anyway kira tu ms. legolas qada'waktu rehat sbb selalu terlepas waktu rehat.. atau masa rehat dok qada' keja yang terpostpone sbb buka blog uncle masa keje..he3

Uncle berkata...

Dear Ms. Legolas.
Seronok rasanya bila dapat tahu ada jugak orang yang suka baca. Terharu rasanya....heh3...btw, tonight aunty buat "kare raisu!"

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear uncle,
makin meriah nampaknya...sana sini uncle pi jalan2...berapa hari lagi nak kena terbang balik Makkah..heh3.
...ya lah masa kualiti bersama anak2 & isteri kan!! u r a wonderful person.

Uncle berkata...

Dear KN.

Supposed to be tomorrow. Tengah tunggu tiket kalau ada....banyak flight full pulak....tunggulah sat lagi kot! So for the time being, I'm spending good quality time with my family. Baru balik breakfast nasi dagang kat Ulu Kelang then nak gi tengok GI Joe lepas tu pergi KLCC sat cari baju raya budak2 sebelum pergi. Depa tengah dok horey2 tu!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...