(one of the shops)
(tempat ni memang cantik...kaler tone kat dalam memang sexy!)
(kerusi-kerusi untuk pool....order jugak!)
(depa jalan ke temple untuk upacara keagamaan)
(paddy terrace...awesome!)
Hari ke 2 aku disana dipenuhi dengan pertemuan-pertemuan penting dengan para pengusaha disana. Banyak tempat yang aku melawat dan "frankly speaking", pada trip kali ni, kebanyakkannya aku "terpesona". Tak selalunya aku akan bagi statement yang macam ni tapi sekali ni, memang aku serious gila. Boleh dikatakan apa yang aku tengok semuanya aku gila! Not so much of Kuta nor Nusa Dua tapi aku sangat teruja dengan suasana damai di Ubud. Kedai-kedai handicraft dia, paintings dia, tanaman padi terrace dia, ketenangan perkampungan dia yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dia, dan sudah semestinya hotel-hotel, villa-villa, mansion-mansion dan yang pasti, cafe's yang sangat meruntun-runtun nafsu aku untuk duduk ngopi dan mencari ilham....dalam kepala otak aku, alamak, bilalah aku nak ada business yang macam ni? Yang aku boleh melepak, ngopi, menulis, membaca dalam keadaan santai, relax dan masih lagi mampu melakukan aktiviti-aktiviti harian yang tak melemaskan jiwa dan raga? Insyallah satu hari nanti.....
Bali bagi aku adalah satu tempat yang sungguh mendamaikan. Mungkin sesuai dengan aku yang dah agak berpuluh tahun terkejar kesana dan kemari melayan tetamu dari segenap pelosok dunia. Pagi tu lepas selesai aku berjalan, aku ke destinasi pembuatan kerusi. Kerusi yang dibuat memang aku tahu, sangat mahal 2-3 tahun sudah bila depa launched product ni. Dan salah satu design yang dipanggil "cocoon", yakni 4 kerusi dan satu meja yang boleh disusun menjadi bentuk cocoon kalau tak digunakan, telah memenangi hadiah design terbaik antarabangsa dan ini merupakan hasil pembuatan eropah. Salah satu tujuan aku kesana adalah untuk mencari furnitures untuk dihantar balik ke malaysia untuk projek terbaru aku. Memang pusing kepala aku sebab banyak sangat kedai atau gudang yang membuat kerusi-meja yang macam ni. Finally aku berjumpa dengan apa yang aku nak. Kerusi-kerusi ni semua adalah "multi weather". Maksudnya kalau aku letak ditepi pool ataupun di tengah padang yang cuacanya tak tentu hala, furnitures ni:
1. takkan luntur warnanya
2. takkan karat
3. even cushionnya takkan pudar warna
4. tahan hujan dan panas
Kebanyakkan hotel-hotel di malaysia dah pun menggunakan product ni. Menarik dan aku kesian bila aku tahu yang depa kena bayar berpuluh-puluh ribu untuk hanya beberapa set. Bali merupakan tempat depa assemble rupanya, sebelum dihantar keluar lagi sekali. No doubt china pun produce benda ni sekarang tapi aku cadangkan pada yang nak beli tu, hmmmm, pikirlah 10 kali. Memang product depa murah tapi quality akan dipertikaikan selalunya! Synthetic fabric ni datangnya daripada europe manakala batang-batang besi dari surabaya dan di bali, depa pasang dan export!
Selesai tengok dan decide mana yang kami perlukan, kami beralih ke tempat lain pulak. Kawan ada bertanya, mana aku nak pergi dan aku cakap aku nak pergi ke Hard Rock Bali sebab nak beli t-shirts yang dipesan. Whoosh.....kami terus kesana. Macet bagai nak gila sebab dah nak tahun baru. Finally kami sampai. Aku tak ambik masa lama kat dalam HR Shop tu sebab aku dah tahu apa yang aku nak, kaler apa, design apa dan size apa. Masuk saja, aku terus capai dan bayar kat counter. Cewek tu pun terkejut tengok aku! Heh3.....What's for dinner? Aku terus ke restaurant di HR Hotel. Meriah. Buffet selection was not that great. Aku expect lebih baik dari tu.....dengar music sekejap kat lounge sebelah sebelum aku melangkah nak ke mobil. Perjalanan dari HRH ke hotel penginapan aku ambik masa almost 40 minit. Bila aku sampai kat hotel dan sebelum turun kereta, aku tanya kat Pak Komang, "Pak....kalau saya nak jalan dari Hotel ke HRC berapa jauh Pak?". Pak Komang sengih-sengih bagitahu yang jaraknya cuma 100 meter dari lobby hotel menghala ke kiri! Grrrrr.....
Ingatkan malam tu nak melepak kat beach tapi angin sangat kuat sampai aku kena pegang tiang....kalau sapa nak pasang api rokok, aku rasa sampai esok pagi pun tak mahu menyala...heh3...a good reason to actually quit smoking...look who's talking! Jadi dengan angin yang kuat, hujan yang renyai-renyai, aku atur langkah balik ke bilik, melepak kat dalam long bath, bukak pintu toilet, bukak CD yang speaker BOSE tu sambil dengar "chill out music/cafe del mar". Pergh............heaven!
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Isnin, Januari 03, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
16 ulasan:
Ramai orang Malaysia akan ke Bali for Iron Maiden bulan feb ni.
I hope to go next time la. Thanks for sharing on the info and places uncle.
uncle
orderkan satu hehehehe
kalau lepak kat atas kursi tu, mau lena heheheh
yeh..ubud! nice place kan. pegi kat tempat jualan kraftangan and pemandangan kiri kana cantik. paddy terrace tu mmg lawa kan.
sampai situ sure nak berenti and hala2 kamera. cuma tak tahan org duk berjualan. cakap tak nak pun merayu-rayu, tegar betul derang ni paksa kita beli.
:)
kalaulah orang malaysia gigih ke mesjid macam orang bali gigih ke kuil hari²... alangkah bagusnya
Salam DA.
Ye ke? I'll be there again soon and kalau ada kesempatan maybe akan sampai ke concert tu. Btw, ada baca article pasal heavy metal didalam Mingguan Malaysia yang lepas ditulis oleh Johan something....an interesting article. Dia membesar dengan lagu2 Dio (kalau tak salah). Heh3...
Salam Rezeki.
Nak ka? Nanti kita cerita....heh3...
Salam Catz.
Saya tak sempat lagi nak turun hari tu sebab hujan agak lebat. Next trip akan turun dan ambik gambar lebih baik!
Salam KOG.
Orang kita memang gigih ke masjid tapi malangnya, cuma kita yang tak...makanya, kita tak nampak kegigihan depa ke masjid.....heh3...
Assallamualaikum uncle,
Selamat Tahun baru 2011!
Dari Bangkok dah ke Bali pula...
Makan angin sungguh. Beli apa kat Marina?
Elok sgt pemandangan kat sana, dan mereka tersangat ambil berat industri pelancongan..
Nak juga ke sana suatu hari..
salam uncle,
tentu banyak uncle pi borong segala furniture tu...nanti tunjuk ye :))
Salam Mama Nadz.
Yes dari bangkok ke bali...tapi akan ke bali lagi end of this month...errr, mungkin lama kot kali ni! Heh3...btw, rezeki dimana2.....
Salam KN.
Saya pi borong furnitures tu semua untuk hotel....kalau nak beli dari agent di malaysia ni, maksudnya, memang kena sembelihlah jawabnya! Pilih dan beli sendiri ni harganya sangatlah murah!! PUAS!!
Bro, berjalan2jalan nampak sejak balik Malaysia ni?? hehehe.... tahniah.. tahniah... Jangan lupa pegi kat Pasar Lambok
Dear Nyem.
Wow...to get you to comment is really an honor for me...btw, itu bukan jalan2 cari makan lah....itu kerja tu....as i mentioned, will be there again end of this month.
salam uncle..
wahhh..nak ikuttt..hehee.. x dak lebih ka souvenir HRC??
Salam YT.
La...awat tak habaq awai2? Nanti Uncle usong bawak balik cewek HRC sekali...amacam?
Catat Ulasan