Isnin, Januari 17, 2011

Wan Langkawi

(Wan didepan rumah dia. Kereta sebelah tu bukan Wan punya!)

(ada sikit rezeki untuk Wan sekeluarga)

Masih ingat dengan cerita aku masa di Langkawi dulu berkenaan dengan sorang budak dari sebuah keluarga yang tak berkemampuan? Wan nama budak tu. Tahun ni nak ambik SPM. 15hb hari tu sama jugak dengan bulan-bulan yang lepas, Wan menalipon aku bertanya khabar selain daripada mengucapkan terimakasih kat aku sebab membantu dia. Aku pun tanya berkenaan pelajaran dia dan semua kelengkapan persekolahan dia dan keluarga dia. Wan kata semuanya ok berjalan lancar. Alhamdulillah. Dalam gambar tu Wan nampak ceria. Tak tahulah kalau dia buat-buat ceria cuma nak sedapkan hati aku kot...tapi, aku ada spy yang membantu aku pantau keadaan Wan. Takut kalau-kalau dia terjerumus kearah negatif. Ponteng sekolah ka, race motor ka, buat benda-benda tak elok ka, dan setakat ni masih lagi terkawal. Begitu jugak dengan kesihatan dan keadaan kakak dia berserta keluarga kakak dia. Semuanya ok kata spy aku. Pada spy aku, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terimakasih diatas bantuan anda dan semoga Allah sajalah yang dapat membalas jasa baik spy aku tu.

Tujuan aku masukkan cerita Wan ni bukannya pasal nak menunjuk atau apa-apa, aku nak ajak pembaca aku sama-sama membantu adik-adik kita yang tak berkemampuan. Adik-adik kita ni memerlukan bantuan dan bimbingan. Nak kata aku banyak duit, tak jugak sebab aku masih lagi pi balik-pi balik dengan motor kapchai aku....nak bantu dari segi tuition macam yang AL MANAR buat, aku dok kerja dan tak dapat mengajar adik-adik yang memerlukan....nak bagi banyak duit, rezeki aku taklah semewah orang lain.....tapi ada satu yang insyallah akan aku usahakan lagi. Yakni carikan pusat kemahiran untuk Wan masuk belajar dan lepas tu aku rasa tanggungjawab aku kat adik Wan dah selesai...pandai-pandailah cari duit sendiri! Kemudian mungkin dibukakan mata dan hati aku untuk membantu adik-adik yang lain pulak....mana lah tahu....Ada jugak aku berhasrat, kalaulah aku ada hotel sendiri, aku nak panggil semua adik-adik atau anak-anak yatim ni tadi kerja kat hotel tu. Ni satu lagi cara yang aku pikir boleh membantu depa.

Bukan niat aku nak riak, takbur ataupun sombong. Niat aku cuma nak membuka mata pembaca agar turut sama membantu adik-adik yang memerlukan. Kerana Allah! Ada rezeki sikit, kita kongsi cara sikit.....ada rezeki lebih, kita kongsi cara lebih.....

22 ulasan:

azieazah berkata...

Syabas...

Saya masih ingat kisah keluarga WAN ini yang UNCLE citer dalam blog.
Memang saya sendiri teruja bila membaca tntang semangat UNCLE dan kawan2 pergi melawat dan membantu keluarga tersebut.

Semoga memberikan sedikit perubahan dan kesedaran kepada mereka.

Dan insyaAllah ganjaran (yg tidak nampak) kepada Uncle.
Berkat kata orang...

kucingorengemok berkata...

gambar spy tak letak kat blog? hehehe...

Kakcik Seroja berkata...

Baru sahaja kakcik teringat pasal Wan ni waktu kakcik masuk ke blog ini minggu lepas.

Semoga kehidupan mereka bertambah baik dan semoga rezeki 'tangan2 yang membantu' itu akan terus melimpah ruah. Amin.

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Sama-samalah kita membantu adik-adik yang memerlukan bantuan. Uncle cuma mampu bantu 1 sahaja. Diharapkan yang lain-lain dapat membantu keluarga lain yang ada berdekatan tempat masing2....

Uncle berkata...

Salam KOG.
That's a good one...kalau masukkan nama, gambar, nombor talipon dan lain2...tak James Bond la nama dia...yang tu Mat Bond! Heh3...

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Heh3....amboi, dok teringat noooo....awat tak habaq? Pasai tu lah saya pun masukkan cerita dia kali ni!

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

moga niat suci uncle ni akan diberikan ganjaran olehNya. Mudah2an jugak adik wan berjaya dan terus berjaya. Mesti kita tumpang gembira melihat kebahagiaan adik wan sekeluarga,amin

Uncle berkata...

Salam Dila.
Insyallah sama2lah kita berdoa! Yeay!!

rezeki berkata...

salam uncle

alhamdulillah

semoga usaha murni uncle ini sentiasa mendapat ganjaran dari Allah

kita membantu mengikut keupayaan kita , mcm uncle cakap tu

insyallah, dalam rezeki yang kita perolehi, ada rezeki dan hak org lain

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

saya sangat teruja dengan pendapat kucingorengemok. kakakakaka.. sepatutnya kena letak gambar dan maklumat spy di sini supaya wan tahu siapa orang itu. kakakakaka.

apapun, bagi saya, jika ada walau seorang pun yang mengikut atau hanya berniat sahaja ingin menjadi seperti apa yang ankel buat ini, pahalanya insya allah berpanjangan sehingga ke akhirat.. masya allah. sangat2 lebih baik kerja macam ni dari mereka yang duk pom pang pom pang dalam seminar ceramah, mesjid, surau, persatuan blbalabalabala.. tapi habuk pun tarak.. semoga allah merahmati ankel dan family! amin

ps/ tok mami kira gelak jer bila cerita ankel kirim salam!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Terimakasih kerana memahami. Saya selalu dok pikir macamana saya nak tolong depa....keinginan tinggi tapi kemampuan kurang. Macam yang saya dok kata dulu, saya dok pikir dan dok pikir...last2 kalau nak pikir sampai kesudah tak habis! Bantulah apa yang mampu.....Jom kita sama-sama membantu adik-adik kita!

Uncle berkata...

Salam Pi.
Amboi...Tok Mami pun dok baca ka? Terharu sungguh!! Kirim salam kat TM dan cakapkan Uncle hutang Char Kuey Teow satu kat TM! Pada TM, "Hidup Mesti Ceria!"

Kaseh berkata...

salam uncle..kaseh selalu terfikir tau kalaula kaseh ada byk duit mmg tiap2 bulan kaseh nak tolong anak yatim..

Uncle berkata...

Salam Kaseh.

Don't worry about the amount. It's the thought that counts.....start small....Uncle rasa ok kalau Kaseh sedekah sepapan atau 2 papan telur, then another friend sekampit beras, then another friend 5 kilo gula, then another friend sedekah ikan masin sikit and so on....voila...there you go! Anyway, macam si Lotfi kata diatas, ingatan untuk melakukan sesuatu yang diberkati Allah tu dah memberikan sedikit ganjaran...insyallah Uncle rasa Kaseh can do it...in fact now, Aunty is also involved and my kids are all aware on this personal mission of mine...and all are supportive. Bahagia rasa bila semua orang paham! But please, Uncle kongsi ni cuma supaya kawan2 yang lain teringat untuk buat yang sama pada masyarakat setempat. Uncle tak ada niat nak menunjuk2...Allahuakbar!

Tanpa Nama berkata...

UiTM ada program..Mengubah Destini Anak Bangsa.. nanti selepas dapat keputuan SPM..berhubunglah dengan UiTM kalau layak UiTM akan menanggung semua kos pengajian...

az (Shah Alam)

Uncle berkata...

Salam Az.
Great! Uncle akan cuba ingatkan program tu. Sounds good....Uncle cuma nak dia habis belajar, carikan kemahiran untuk dia sikit, bukak peluang untuk dia mula cari kerja, then Uncle rasa, selesai tugas Uncle...kemudian Uncle akan cari adik yang lain pulak.....doakan supaya Uncle tak lupa membantu adik-adik yang memerlukan! Thanks AZ!

CATZ berkata...

salam,

hai Wan..gelemer muka hang dlm blog uncle. jgn buat tak tentu pasal.satu malaysia eh satu donia boleh tgk gambar hang nih..
hehehhe.

uncle,

congrats uncle. semoga usaha murni mendapat ganjaran dari Allah demi melihat anak bangsa tidak keciciran dan mampu mengubah nasib keluarga.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle,

semoga Allah SWT memberkati hidup uncle & famili. bila kita suka memberi...insyaAllah, kita akan rasa hidup kita tenang, aman damai...

Uncle berkata...

Salam Catz.
Sama-samalah kita cuba membantu depa ni....la ni masa depa...nanti masa kita pulak, sapa tahu?

Uncle berkata...

Salam KN.
InsyAllah...

mokja berkata...

Semoga diberi Allah segala keberkatan buat uncle sekeluarga.Teringat kebaikan jiran yang menolong saya masa bersekolah dulu.Sanggup membiayai yuran peperiksaan.

Uncle berkata...

Salam Mokjadeandell.
Hey that's a good start.....I mean, mokjadeandell dapat merasakan nikmat apabila dibantu oleh orang yang tak dikenali....apa rasanya? Tentu nikmat kan? It's like getting help from heaven.......apa kata kalau kita bantu bayar yuran untuk adik-adik kita pulak yang kurang berkemampuan? That will be great...."Let's make this a better place to live - Heal The World!"

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...