(pintu masuk small@tiny rumah aku)
(pemandangan balcony aku)
(pemandangan dari balkoni aku dan dibawah tu ada sungai!)
(3 dogs and a boy!)
(didepan istana raja ubud diadakan tarian kecak dan barung, aku tengok jugak...dari tepi!)
Selamat datang ke Bali! Itu ungkapan masa aku mula-mula sampai ke airport Denpasar. Flight was on time dari waktu berlepas sampai lah aku selamat tiba di bali. Yang lamanya cuma pemeriksaan di imigeresen sebab tetamu terlalu ramai dan pegawai-pegawainya sangat berhati-hati maklumlah, sekarang banyak jugak kes-kes berkenaan dengan dadah dll sedang hangat diperkatakan di pulau dewata ni. Macam yang lepas, Pak Komang dah tunggu aku kat luar airport. Berpeluk sakan kami walaupun baru sebulan jarak last trip aku kesini....Pak Komang ni drama kot....heh3....tapi ternyata, PK memang sangat baik orangnya....
Dari airport ke Ubud ambil masa selama 1 jam jugak sebab "macet". Dan dalam perjalanan, PK bawak aku dan tunjukkan aku satu boutique hotel yang mahu dijual. Ditengah-tengah sawah dan sangat cantik. Ada pool bila keluar pintu bilik...hebat ni....esok lah aku beli satu! Heh3.....Contact dia aku ambik untuk disimpan. Mana tahu esok-lusa duit turun dari bumbung, boleh aku beli resort tu dengan bendang-bendang kat tepi tu sekali!
Kami terus ke Ubud dan ke Yuliati House, tempat aku akan tinggal selama sebulan aku disini dan bulan-bulan yang akan datang. Depa sambut aku dengan baik sekali dan bawak aku untuk tunjukkan bilik aku. Pak Kadek kata bilik aku hebat sebab mengadap gaung dan bawah gaung tu ada sungai.....malam-malam ada bunyi cengkerik lagi...esok pagi ada ayam jantan berkokok! Hebat.....sebelum Pak Kadek melangkah jalan, dia cakap kat, "Pak, air hangatnya bagus....nyaman sekali kalau mandi diwaktu paginya...". Aku jadi seronok sebab Pak Kadek dah cerita macam-macam kat aku......badan aku punyalah letih. Makanpun dah mula kurang. Elok untuk aku kuruskan badan yang tak berapa nak kurus 3-4 bulan ni....
Malam tu aku tak dapat nak lelap tidur. Kipas angin yang tangkai panjang berjuntai dari ceiling aku tu dok buat bunyi pelik..."kriok...kriok...kriok...kriok...". Aku terlupa pukul berapa aku terlelap. Sedar-sedar aku dengar bunyi ayam jantan berkokok kuat kat tepi telinga! Pergh...Pak Kadek memang tak tipu aku. Aku berjalan dengan mata layu pergi ke toilet nak mandi.....pagi tu memang nyaman udaranya...pergh, sekali lagi Pak Kadek tak tipu aku! Aku masuk berdiri kat dalam long bath, shampoo, body gel, loofah semua dah siap....dalam sejuk-sejuk macam tu aku teringat kata-kata Pak Kadek semalam, "Pak, air hangatnya bagus...enak sekali kalau mandi diwaktu pagi...". Aku siap nak mandi. Posisi hebat.....pegang kepala shower, pulaih kuat-kuat......tunggu 2 minit, pulaih kepala shower lagi, tunggu lagi 2 minit....aku teringat lagi kata-kata Pak Kadek. Aku jerit nama Pak Kadek kuat-kuat........dan kesudahannya, errrr....aku pi office tak mandi pagi hari tuh!
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Jumaat, Januari 28, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
12 ulasan:
Tak ada air? ;-)
hehehe dia suh mandi sungai kot uncle.. creepy lak rasa nak tido byk noo bunyik2 binatang tuh..haishh
Salam Kakcik.
Pak Kadek kata water tank saya rosak...tu yang takdak ayaq tu....Pak Kadek...Pak Kadek...
Salam Kaseh.
It's back to nature....meriah...kalau kat ampang tak dapat dah macam ni! Mailah sini!!
la... baru tiba dah kena tipu ngan pak kadek, hehehe
Salam KOG.
Resam dunia......tu yang kami jadi sangat rapat tuh! Pagi ni Pak Kadek masakkan toast and immelette untuk saya dan bancuh kopi bali! Kami bersembang sambil bergelak sakan!
Boss,
Dah tukar kerja ke? no more in langkawi? Ada projek baru ke?
uncle, kat BALI tak gi dibawak ke shopink2 ke? suka gambar no 2 tu. dinding leh jadi PROP......
Salam Zorro.
Thanks for following...(err, follow ka?) Kalau dok follow my blow, you will also follow me travelling! Yes, no more in Langkawi but bali-kl-langkawi(soon!). Alah....projek jual air jambu 88 tu....kecik2 ja....
Salam Dila.
At the moment belum sempat shopping lagi sebab agak sibuk for opening which is scheduled in a few days time! Tapi window shopping tu adalah...heh3...
Boss,
memang dok follow everyday...hehehe...tapi tak nampak pun apa apa cite pasai resign from langkawi....tapi tak pa la...all the best on the new venture!!Syok tu Bali...2 tahun lepas gi cuti kat sana 5 hari tak cukup....depa mmg baguih tang jaga pelancong....
Salam Zorro.
Thanks for following....pasai resign tu takkan nak cerita kot.....apa tunggu lagi kalau rezeki tempat lain lagi baguih....tapi nampak gaya kena jalan jauh lagilah jawabnya!
Catat Ulasan