Rabu, Februari 09, 2011

43

(sapi yang akan digunakan untuk bawak mayat nanti selepas upacara pembakaran diraja pada 10 februari nanti)

(laundry yang selalu aku hantar...sapa punya seluarlah kat atas tu!)

(nama siput ni talip....selalu lepak kat balcony aku..)

(cantik makcik ni bawak bekalan ke pura)

(ni dulu jee buat modal untuk lagu dia...ni yang kat depan balkoni aku..)

Kelmarin aku dah rasa badan aku ni seram-sejuk tak tentu pasal. Ni masuk hari ke dua aku tak sedap badan. Aku tergelak sakan bila staff aku kata badan aku masuk angin! Kot mana dia masuk? Kalau macam tu aku kena tutuplah semua lubang angin! Heh3...tapi aku rasa mungkin aku letih sebab tiap-tiap hari tidur pukul 1 pagi dan bangun pulak awal. Tambahan pulak weather kat sini tak menentu. Hujan lebat kat Tegallalang tapi kat Ubud panas nak mampus! Hujan kat Ubud tapi panas nak mampus kat Gianyar! Hari ahad lepas masa aku ke Kintamani naik speda motor tu, dalam perjalanan balik, hujan punyalah lebat. Aku takut air naik jadi aku redah jugak walaupun hujan sangat lebat. Mungkin itulah puncanya selain daripada badan yang tak cukup rehat!

Semalam aku melawat satu Villa. Dekat dengan Goa Gajah. Actually nama saja Goa Gajah tapi tak dak pun gajahnya! Gua ni besar dan ada ukiran gajah kat dalam dan katanya ada pura yang cantik. Aku rasa kalau badan aku dah ok sikit mungkin aku kesana hujung minggu ni...naik speda motor lagi...yeay!

Aku menyusur lorong yang berliku dan tak berturap selama 300 meter. Di sebelah kiri jalan ada sungi mengalir laju. Selang beberapa meter aku nampak sorang pakcik dok cuci baju....lepas 30 meter lagi aku tengok ada budak pompuan dok cuci motor...aik? Terbalik ni...patutnya pakcik tu yang cuci motor dan budak pompuan tu yang cuci baju....heh3...takpa...janji depa mencuci. Aku naik lagi. Dalam lebih kurang 50 meter, aku nampak 2 orang budak tengah mandi sungai dalam keadaan bogel...Tak palah...depa budak...aku naik keatas lagi dan sampai ke satu Villa agam yang namanya "Wanita View Villa". Aku heran pasal apa dipanggil "WVV". Aku ditunjukkan bilik-bilik yang ada dan kami turun lereng ke satu lagi bilik yang ada dibawah sekali. Setiap bilik ada pool sendiri. Memang cantik. Bila sampai di bilik yang kat bawah, aku tengok, viewnya tambah cantik. Nampak air terjun dan ada 2 kawasan takungan air yang sangat jelas kalau nak dilihat dan tak perlu pakai binoculars. Michael bagitahu aku yang setiap petang ramai anak-anak gadis yang akan datang ke situ sambil basuh baju, nyanyi-nyanyi dan mandi-manda sebelum malam. Suasana agak meriah terang Michael. Jadi, katanya kalau nak tengok, kenalah datang petang nanti....tapi yang tu bukan tujuan aku ke situ...dalam kepala otak, teringat pulak cerita-cerita lama lakonan s kadarisman ka, ahmad nesfu ka, ahmad mahmud ka.....dan normadiah ataupun saadiah dok berkemban mandi kat tepi sungai sambil nyanyi...heh3....kelas.........kat belah atas pulak aku boleh nampak paddy terrace yang disusun cantik dan air dilepaskan dari atas turun ke sungai yang membentuk macam air terjun. Dari bilik tadi kita dapat dengar air terjun....burung-burung...cengkerik-cengkerik...dll. Pada sapa yang nak tengok, googlelah ke www.villawanitaview.com dan akan tahu apa yang aku cerita.

Lepas aku tengok semua bilik dan bersembang sakan dengan pekerja kat situ dan tengok kawasan sekitar, aku pun mula bergerak nak balik. Masa nak naik tadi aku tengok pakcik la...budak pompuan la...dan 2 budak lelaki tengah dok "riang ria gelak ketawa apple zapel". Sekali ni masa aku nak turun ke main road untuk balik ke Ubud, aku ternampak sorang pakcik ni pulak dok kat dalam sungai tu berendam sambil dok sabun badan......aku rasa macam nak jerit, "pakcik...jangan bangun......jangan bangun....." Tapi sebelum aku sempat jerit, pakcik tu dah bangun! Ooo mak aiiii.....aku terus balik....tu yang demam tak kebah tu!

18 ulasan:

kucingorengemok berkata...

PVV tu namanya, pakcik view villa... gelap hati 40 hari, hehe

Uncle berkata...

Salam KOG.
Aduh...memang tak sanggup nak ambik gambar tu....takut mata bengkak naik ketumbit! Heh3...

Fida berkata...

hihi! uncle skodeng ya..........

Uncle berkata...

Salam Fida...
Skodeng ke tu? Kalau kat kampung Uncle dulu depa panggil "serondeng!" Heh3...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

sib baik uncle tak ambik gambar...

uncle ~ happy birthday to you!
baru 43!

Sham berkata...

salam kenal uncle...

kena mandi bunga atas tangga tu baru ilang suwey...kui kui...

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

uncle,
SAPI tu kuda ke? cun kuda tu
teringat pulak pada culture org cina kat MAlaysia. Bila org mati dia urg pun ada benda2 macam tu utk dibawa. Macam rumah replika, keter. Tapi yg kat INDON ni mcm vogue sikit.

Kak Lang berkata...

Happy birthday, Uncle. Seronok dok Bali, ye. Lama tak tinggal kesan, but I'm still reading your blog,interesting.

rezeki berkata...

salam uncle

alhamdulillah
moga usia yang berganjak setahun lagi membawa kebahagiaan dunia dan akhirat buat uncle dan keluarga

psssss rasa seram tak je gambar no 1 tu hehehe

lagi seram kalau terlihat pakcik tu bangun terkontang kanting hehehe

Kakzakie Purvit berkata...

Salam uncle,

"Happy Birthday"

Kakak suka dapat pengetahun baru dari N3 ini. Terima kasih.

Uncle berkata...

Salam KN.
Memang saya makin hari makin muda! Heh3....tu pasal semua orang heran! Ada bela kot...

Uncle berkata...

Salam Sham.
Thanks for reading....and keep on reading...heh3...

Uncle berkata...

Salam Dilla.
Sapi tu lembu...lepaih ni uncle cerita pasai mati pulak!

Uncle berkata...

Salam Kak Lang.
Patut cari tak jumpa...janganlah macam tu Kak Lang oii...saya suka kalau saya kenai orang tu...selalu2lah comment yea...

Uncle berkata...

Salam Kak ZaKIE>
Nanti sat saya bagi lagu satu pengetahuan yang best punya...

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Thanks dan semoga macam tu lah hendaknya. Tadi saya tengok mayat kena bakar....pergh...memang real! Nanti baca entry baru!

Kaseh berkata...

baru lepas terjah web wwv tu uncle..siyess lawaaaa....

Uncle berkata...

Salam to you Kaseh.
Amacam...cantek kan? Uncle pun terpana bila tengok...Kaseh nak ka? Uncle tulong tanya rhega berapa?

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...