(papa dah nak balik....harley davidson mesti bersih...)
(marina masih boleh duduk kat depan dan kaki dalam bakul...bliss...)
(anak sapa la sorang ni?)
(now playing stopper for VI, standing at 5'7" and looking forward for JLeague)
Dah nak masuk sebulan aku kat sini. Ehmmm not really sebulan, tapi dalam lingkungan 3 minggu jugak aku merantau kat Ubud, Bali. Ada lebih kurang dalam seminggu lagi aku akan ada kat sini. Semuanya alhamdulillah seperti yang dirancang. Segala aktiviti harian aku dah aku ceritakan kat sini. Memang terlalu banyak untuk aku masukkan kesemuanya. Jadi aku pilih dan saring dulu mana yang aku rasa boleh diceritakan dan mana yang aku rasa tak boleh diceritakan...pun ada ok!
Anak-anak aku talipon pada hari ulang tahun aku yang selalunya aku terlupa. Dengar suara depa dah buat aku rasa gumbira dan berbunga! Apa lagi kalau ada sama-sama dengan depa. Setahun lagi umur aku berganjak. Masih menyedapkan hati dengan kata-kata, "It's just a number!".
Azumi
Satu karektor yang agak keras. Pendirian yang tegas. Kuat berusaha untuk mendapatkan apa yang diidam. Mungkin ada mengikut sedikit darah samurai disebelah aunty ataupun atuk-nenek dia. Abang rajin belajar dan jugak rajin berlatih bolasepak. Yang tu aku suka walaupun aku terpaksa buatkan jadual untuk dia belajar dan aku kena selalu ingatkan dia untuk apa juga yang aku rasa perlu dia pikir dan buat. Abang bertanggungjawab. Selalu menjaga marina dan pastikan marina dalam keadaan comfortable. Kalau makan pun macam tu jugak. Dalam kerasnya abang, ada jugak "soft spot" untuk adik pompuan dia. Aku senang tengok hubungan dia dengan marina....isyh...isyh...isyh...anak sapalah sorang ni?
Yuya
Heh3...yang ni aku tak tahu nak cakap apa. Arwah mama cakap yang ni "replika" aku masa kecik dulu. Perangai nakal dia sama macam aku. Buas dia pun katanya macam aku. Bila aunty sms aku suruh talipon Yuya last week untuk cuma cakap kat Yuya jangan kayuh basikal ke sekolah ugama, aku sebenarnya dok senyum sorang-sorang...Ada sekali Yuya bagitahu kat aunty yang dia nak kayuh basikal ke sekolah ugama. Aunty tak layan sebab aunty dok sibuk kerja. Yuya geram dan hantar sms...."nak kayuh basikal pergi sek ugama, nak jugak...nak jugak...nak jugak...". Aunty forwardkan sms tu kat aku. Aku tak tahu nak kata apa sebab aku dah ada kat sini. Aku talipon jugak kat Yuya dan marahkan dia sikit supaya tak kacau aunty masa kerja. Yuya jawab, "hmm...hmm...hmm..." isyh...isyh...isyh...anak sapalah sorang ni?
Marina
Aduh...budak pompuan sorang ni selalu aku suka kacau. Sebab aku geram sangat dengan dia. Malam tadi dia talipon aku dan komplen pasal Yuya. Marina dengan Yuya selalu bergaduh. Ada saja yang dia buat kat Yuya. Ganas sikit budak sorang ni...tapi dengan abang, bukan main manja lagi! Heran sungguh aku. Malam tadi dia cakap, "Papa...Yuya kan....dia kan...bla...bla...bla...". Aku suka bila dia cakap macam tu. Very the cute! Budak sorang ni lah yang buat aku selalunya tak sabar nak balik. Ada saja cerita dia. Tapi bila nak tidur malam, "eksyen" betul dia dengan aku. Macam-macam dia cakap...Papa tak best lah...Papa busuk lah...Papa macam gergasi lah...lepas tu dia lari tidur kat celah ketiak aunty! Isyh...isyh...isyh...anak sapalah sorang ni?
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
18 ulasan:
ayat marina tu comey
sebaya ngan kanak2 lain mmg itu ayatnya
mesti sweet kan, uncle
salam pak cik,,,
sabar,,,kalau dah tiga minggu kat ubud,,,pak cik cuma ada seminggu je lagiiii lepas tu blh lah balikkkkk.....
nal
cewahh..stori untuk each child...kak nab tak larat nak stori cenggitu...too many!
Uncle,
Anak-anak adalah permata,kesayangan dan harapan kita.Mudah-mudahan Allah pelihara mereka.
happy birthday uncle! semoga sehat dan gumbira selalu.. very the cute semua anak2 uncle.. :)
laah, tulis pasal anak2 je? takde entry pasal aunty ke?
...just kidding.
Btw, semalam masa tidur, marina cakap "lama tak tidur sgn Abang, kan?" Abang dah masuk asrama. lagipun abang dah besar, mana boleh tidur dgn adik.
Hari itu masa Abang balik rumah sekejap, Marina terus pi tidur kat ketiak abang. tapi dia tak pernah tidur kat ketiak yuya!!! kasihan yuya...
Salam Dilla.
Comey sungguh...rasanya semua anak-anak kecik pun sama! Love to all kids in the world!
Salam Nal.
Yes...as of today another 5 days to go! Yeay!!
Salam KN. Untuk KN kalau mahu sampai esok pun tak habis lagi ni....tapi pasti meriah bila diingatkan semua anak-anak kan KN?
Salam Pinat. InsyAllah itulah yang kita dok harapkan...
Salam Cibil.
Thanks...Uncle pun dok berharap agar gumbira selalu!
Dear Aunty W.
Would love to write a book about you.....would love to!!
Kakak respect kat Abang la kalau macm gitu. Ini mesti ikut auntie. Yuya tu ikut uncle. Like father like daughter not son. Hehehe....
Marina sebab masih kecik mestilah ketiak ibu juga yg dicari....
salam uncle
semua kenangan membesarkan anak2 akan terus kekal dalam ingatan
moga2 anak2 kita semua menjadi insan yg berjaya dunia akhirat
insyallah
pssss uncle nak balik, nak kirim bibi satu, bolehhhh hehehehehe
rajinnya anak2 depa tu.. :)
Salam Norh.
Anak-anak sapa lah...budak2 tu semua!!! Heh3......Send my love and kisses to your kids too!
Happy family.....wish u always happy with them bos
Salam Liza.
I am happy when they are around...while in langkawi, quietly i had to fly to kl on sat evening to kl for one night and back to langkawi on sun evening...
Catat Ulasan