Sabtu, Februari 12, 2011

Exhausted

(anak-anak yang aku jumpa kat tepi jalan..)

(pelancong yang sama-sama bersarong!)

(Upin dan Ipin pun ada sama..)

(first time aku beli birthday cake sendiri yang lebih mahal dari apartment aku....203,000 untuk satu cake!)

Semalam ataupun sini dikatakan kelmarin, aku jumpa doktor. Dah 4-5 hari aku tangguh nak jumpa doktor. Bukan pasal aku takut nak jumpa tapi aku rasa aku masih ok. Ala....makan panadol pasti clear. Ternyata aku tersasar lagi...semalam aku rasa sangat letih. Body temperature rasanya tak berapa stabil. Aku pikirkan, apa yang tak kena? Makan dan minum semuanya cukup. In fact mungkin terlebih cukup! Control makan? Aku rasa control aku ok. Tak terlebih santan dan tak terlebih deep fried food. Vege? Yes I had a good portion of vege when I ordered "mee simbah". Water? Aku dah tak larat nak ke toilet sampai kadang-kadang aku rasa macam nak gantungkan botol saja, senang............

Aku paksa diri pergi jumpa doktor petang semalam. Lama jugak menunggu. Ramai pulak patients. International sungguh. Ada sorang budak mat salleh tu datang dengan parents dia sambil dok pegang belakang kepala. Mak dia panic. Pak dia lagilah panic. Aku dengar mak dia cakap yang anak dia terjatuh kat tepi pool dan terhantuk belakang kepala. Ada sikit darah. Anak dia dok menangis meraung. Aku rasa kalau aku pun mesti panic. Waktu tu teringat masa abang masih kecik. Dia jatuh basikal dan dagunya atau keningnya luka. Aku jadi tak tentu arah. Lari kedepan kebelakang 74 kali tapi tak buat apa-apa jugak! Aunty paling cool dalam keadaan macam ni. Sebelum dia tenangkan abang, dia tenangkan aku dulu.....dia kata kalau aku yang terlebih panic, bertambah kalut nanti. In fact abang menangis pun sebab dia tengok aku yang terlebih panic! Heh3...

Aku masuk dalam jumpa doktor. Doktor pompuan nama Made apa ntah....orang bali, kalau ikutkan namanya. Doktor tanya aku pasal apa dan aku cakap badan aku panas-sejuk, letih tapi masih berselera makan nasi padang dan masih kuat kalau nak jalan-jalan...doktor check bp aku. Katanya bagus...doktor check heart beat aku. Katanya bagus. Check temperature, dia kata dalam 36C. So aku tak demam katanya. Dia suruh aku cerita apa aktiviti aku selama kat bali. Aku cerita dari mula sampai habis. Nasib baik doktor tak nangis.....cerita aku sangat sedih dan tragis.....asyik jalan-jalan dan makan-makan....dari pagi sampailah ke malam....last sekali doktor pesan kat aku, "anda hanya exhausted...kurangkan aktivitas-aktivitasnya deh.....masih lama kok di bali.....masih punya waktu kalu mahu libur!". Laa.........yang aku letih bagai nak gila ni cuma pasal aku tak cukup rest rupanya! Aku pun scroll balik kat cerita-cerita aku kat blog aku ni. Oh ya...memang aku kerja dok berjalan rupanya! Patutlah...

Bangun pagi ni aku bagitahu kat Pak Komang mintak tolong dia bawak aku ke klinik semalam tu sebab aku nak doktor check lagi sekali kot-kot ada benda lain....doktor check lagi dan katanya masih serupa. Keletihan...so hari ni aku cuma nak rest saja. Tak jadi tengok Barong malam ni....tak jadi tengok firefly kat tegallalang malam ni...tak jadi je jazz cafe malam ni.....tapi yang pasti, aku sekarang nak ke kedai nasi padang...makan dulu...heh3...

20 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Birthday Uncle sama tarikh dengan birthday hubby kakcik, ya? Happy belated birthday dan semoga happy sokmo. Seronok berlibur tu - kesihatan kena jaga juga....

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Alamak? Sama ka? Rasa saya cuma orang2 terpileh saja yang dapat date tu...termasuklah Erra Fazira...heh3...happy belated birthday to your abang too!

catz berkata...

happy birthday to uncle.]
am now in Bandung..birthday treat .
hehhehe...
wish u happy many returns..and suksesss selalu!

Uncle berkata...

Happy birthday to you too...wow...sampai ke bandung yea....nice! Take care and have loads of fun!!!

kucingorengemok berkata...

tu efek uncle ternampak pakcik mandi kat pakcik-view-villa hari tu...

sakit, sakit juga, makan tetap makan, kan uncle! hehe ;)

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle,

take care!

Uncle berkata...

Salam KOG.
Tu lah pasai...lain kali dah tak mao tegoq lah...biaqlah depa mandi macamana pon!

Uncle berkata...

Salam KN.
will do...thanks!

rezeki berkata...

uncle

penat pekena "lembu merah" a.k.a "red bull" setin hehehe

Uncle berkata...

Salam Rzezeki.
Dah tak larat tunggang dah...jenoh dok pi toilet 24 jam!

rezeki berkata...

uncle

kalau ikut kudrat , betul lah 43
tapi uncle berjalan sakan mcm 34

hehehehehe


teruskan dgn informasi menarik dari sana buat kami

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Yes...that's a good one...wow, memang tak rasa that I am 43 tapi hati, otak, jiwa semuanya masih remaja....heh3...have to be more careful next time!

DadaIQ berkata...

Happy Birthday Uncle, may the future years ahead be filled with His blessings :-)

Bila nak balik KL?

Sham berkata...

selamat untuk uncle...adik saya baru balik dari medan..tak sabar nak tunggu beg kulit ni...

Uncle berkata...

Salam to both Dada & my good flen IQ.

Thanks mate! I'll be going back on 22/2. Hope to see you then....TT ka....

Uncle berkata...

Salam Sham.
Ingatkan tunggu adik pasai apa...rupa-rupanya tunggu beg kulit! Heh3....that's what brothers are for!!! Err, ada beg lebih?

Kakzakie Purvit berkata...

Uncle,

Kalau org demam mana ada selera makan. Ini kalau masih ingat nasi padang hm... kakak yg bukan doktor pun boleh confirm memang tak demam...

Apa-apa pun take care. takut sakit lain yg doktor toak tahu lagi payah....

Kakzakie Purvit berkata...

Uncle... dah ok sekarang. Kalau masih ingat nak makan nasi padang tu kira oklah tu....

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Saya memang macam tu. Kalau sakit lagi kuat makan...tapi alhamdulillah, semalam bila rasa dah ok sikit, saya pi makan spaghetti....

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Ni tengah dok berkira nak pi makan apa pulak sat ni!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...