(kat sinilah dulu malapetaka yang mengorbankan nyawa tu..)
(tadi aku sempat tengok wedding kat sini tapi tak sempat ambik gambar...aku lari sebab hujan renyai2)
(pakai kamera aku ni pun aku rasa cantik...kalau pakai kamera lotpi yang panjang sedepa tu apalah resultnya yea?)
(makan dan terus makan sampai tak ingat dunia..)
(esok aku diet balik...)
Jimbaran ni sangat famous dulu sebab ada petaka yang membunuh beberapa orang. Jumlah sebenar aku tak pasti dan siapa aku tak pasti jugak tapi yang menurut ceritanya, adalah casualties....tempat ni lebih kurang satu jam setengah dari tempat aku kat ubud. Malam tu aku dijemput Pak Ikal yang datang dari Denpasar untuk dibawa ke Jimbaran for dinner. Pak Ikal talipon dan bagitahu aku yang dia akan datang ambik aku petang nanti pukul 5 sebab katanya by the time kami sampai kat kawasan tu, matahari baru nak terbenam dan pemandangan kat situ sangat cantik. Sepanjang perjalanan kami ralit dok bersembang. Dok bercerita pasal diri masing-masing.
Lepas sejam setengah dan lepas dok mengharung macet, kami sampai dengan selamat. By the way, electrician aku pun nama Selamat! Aku bagitahu siap-siap kat Pak Ikal yang aku nak makan cuma ikan bakar dengan "bumbu lengkap" dan "sambal mata". Yang datang bukan saja ikan, tapi sotonglah, keranglah, entah apa lagi dalam cengkeranglah, aku pun tak tahu nama! Sambal ada beberapa macam jenis tapi yang kami dok berulang tambah cuma "sambal mata" tadi. Kalau tak salah, mahu 4 bekas yang kami dah bedal! Aku makan kat tepi laut dan tak perasan yang air tengah dok pasang.....bunyi ombak memang asik! Sedar tak sedar, kaki aku dah mula basah. Budak-budak kecik dok main laser kat tepi laut. Sekali-sekala depa tertembak kat muka aku. Terasa macam Markus yang kena laser masa AFF Suzuki Cup pun ada jugak....bezanya, dia botak tapi aku ada rambut walaupun dah putih! Heh3...
Dari situ aku nampak dari kejauhan pekan Uluwatu. Tak banyak yang ada kat Uluwatu tapi magnificent sebab pemandangan sepanjang perjalanan dan jugak temple yang ada terletak kat lereng bukit mengadap ke laut. Nanti bila aku kesana aku akan ambik gambar banyak-banyak dan masukkan kat sini untuk tatapan semua! Dah nak masuk 2 minggu aku kat sini dan banyak dah tempat yang aku dah sampai. Seronok...so many things to see and so many places to go..err, this morning in fact, sambil tunggu masa nak keluar, aku pasang laptop kat balcony aku dan nonton Eat, Pray, Love. Sempat la ikut Julia sampai ke Italy....nanti aku ikut dia naik basikal kat sawah lagi...By the way, sawah terrace yang kat dalam cerita tu cuman 15 minit dari tempat aku. Hari tu aku kata nak ngopi kat situ tapi masih belum berkesempatan lagi nak ngopi atau ngeteh. Cuma lalu untuk tengok barang saja. Kalau ikut hati, dah 2 kontena aku usung balik...
Semalam aku ke Nusa Dua sebab nak finalise deal dengan ILLY Coffee. All done...and tomorrow I'm going to have Illy Coffee sold at my place...Yeay!!! Tak sabar nak tengok guest reaction having one of the best coffees in the world! Apa depa nak kata nanti....For the past couple of days, I met this mat salleh who speaks fluent Indonesian. Nama dia Pak Elijas (pronounced elias) dari Canberra. Dia mampu bertutur 10 bahasa dan kami sempat cakap perancis dan arab sikit. Suka aku dok bersembang dengan pak elias sebab dia ni banyak pengalaman. Satu dunia dah ronda. Dan satu dunia jugaklah "marrka" dia ada...heh3....3 hari dia melepak kat tempat aku dan hari terakhir tu dia ajak nak belanja kopi kat aku di nearby cafe. Kami berjalan 10 minit kekanan dan masuk ke "Rendervous Doux". Minum kopi dan sambung sembang lagi....tiba-tiba ada marrka Italy masuk dan duduk kat sebelah kami....Pak Elias pun start lah drama dia....dia bantai cakap Italian pulak! Sambil dok drama sempat Pak Elias kenyit mata kat aku....aku habiskan kopi aku dan mintak diri....Pak Elias alih tempat...."the rest they say......could be a mystery!!". Yang buatkan aku syok bersembang dengan dia ni selain daripada pengalaman dia, jugak perihal kisah dia yang dilahirkan yahudi tapi dah pelok islam 40 tahun yang lalu! Amazing!!
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Khamis, Februari 03, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
14 ulasan:
salam uncle,
haaaih..teruja nengok uncle dok jamu makan sana-sini-sinun...:))
woww..40 thn dah peluk islam..tapi marka seluruh donia eh uncle..hehe takperla janji pak elijas bahagia..
erm kaseh salu gugel pasal jimbaran bali ni sebab mmg tertarik ngan view pastu org kata seafood dia sedap eh uncle.. sesuai utk romantic dinner esp for honeymooners..
nati bebila uncle citer la apa insiden yg happen kat situ eik..
Memang power Pak Elijas ni...walaupun gigi atas semua dah tak ada, tapi itu bukanlah penghalang untuk Pak Elias malah menambahkan kemanisan pada perwatakkan Pak Elias!!!
Salam KN.
Sekali sekala mai tengok tempat orang memang saya suka mencuba.....tu yang depa kata, "cubaan.....cubaan..."
Amboiii UNCLE..
dinner kat tepi laut tu memang tak tahan. Ayaq nyioq tu sungguh menggoda nafsu...
aduhhh..
patutlah UNCLE makan tak hengat dunia.
Salam Azieazah.
Memang lain dari langkawi kat jimbaran tu...kena datang nanti yea!
salam....pak cik
pak elias pun pak elias laaa kena gu pulak dengan ketua geng apa lagiiii,,,ayaq nyok tu pokok no berapa hahaha
geng
Salam Penyam...
apakhabaq? Pak Elias tu "groovy" gila! Marrka keliling pinggang. Yang buat dia mai bali tu pasai marrka dari surabaya suruh dia mai...."meeting place" kat bali.....patut gunung bromo meletup...heh3....eh you sihat? Pernah ka kita jumpa?
as salam sdr uncle,
jumpa juga kita kembali. Dulu pernah kita bertukar2 komen, saya masih ingat lagi.
Terima kasih.
makan, makan dan makan..'diet' cuma lepas makan ja.. :)
pak elias saja ke buat drama..uncle tak ke? he he he
Salam JahRera.
Thanks for visiting....your blog selalu saya kunjungi untuk lebih mengetahui tentang japanese culture lantas bisa memahami pasangan saya dengan lebih baik...thanks!
Salam Norh.
Hey, that's a funny one! Ada jugak belajar sikit2 dari Pak Elijas tapi nampak gaya tak sempat nak praktik sebab Pak Elijas dah ke Denpasar!!!! Heh3...
Uncle.
Pak Elijas tu mcm dalam Eat, Pray,Love tuh ke? Pakcik yang takde gigi..kawan baik Julia Roberts tuhh.. ;0
Salam Kuey San.
Pak Elijas vs Ketut Liyer! Yeah......what a combination.....macam package "family combo kfc!"
Catat Ulasan