Ahad, Februari 06, 2011

Kintamani

(danau batur dan tanah sekeliling yang sangat subur. banyak ditanam kobis)

(a very charming makcik who speaks passable english!)

(lunch aku kat balcony restaurant sambil mengadap gunung berapi dengan cuaca yang dingin kayak Genting Highland...nyaman bener!)

(that's me in shorts and a friend enjoying the panorama)

(gunung berapi batur dari jauh)

Pagi ni aku bangun awal lagi. Bukan pasal tak ada listrik tapi pasal mata aku tak boleh nak lelap lagi dah. Adoi...apasal lah mata aku macam ni? Breakfast order aku diambil awal pagi ni. Ommelette with lots of tomato, mixed fruits and kopi bali...makan di balkoni...bliss....dari jauh aku dah nampak awan makin cerah. Bagus untuk aku berjalan ke tempat lain pulak hari ni.

Aku kumpulkan laundry yang nak dihantar, penuh satu beg. Aku galas kat belakang, bawak motor dan singgah di laundry kat kedai sebelah. Mbak tu senyum tengok muka aku...mungkin rezeki untuk dia dipagi minggu. Anak-anak dia bergelimpangan dok tidur kat atas timbunan laundry kotor yang dihantar untuk dicuci. Tak kiralah atas seluar dalam siapa ataupun disebelah baju dalam makcik mana...Tak sampai hati aku nak ambik gambar dan masukkan dalam entry. Anak mbak tadi terlepas daripada kamera aku dan cerita aku dalam blog.

Lepas semua selesai, aku bawak perlahan-lahan motor sewa aku ke Pertamina untuk isi minyak. Rp10,000 dah penuh tangki. Aku bawak pelan-pelan ke Tegallalang. Baru setengah jalan, aku teringat yang kamera aku tertinggal kat dalam beg laptop. Aku patah balik ambik kamera. Kalau tak dak kamera, tak dak lah entry baru! Aku check betul-betul dan pastikan yang aku dah bawak semua. Baju hujan...ok....baju sejuk...ok...air...ok...passport...ok...duit sikit (sikit ja!)...ok...minyak dah isi penuh...sekali ni aku pasti yang semua yang penting aku dah bawak. Oh ya...satu lagi yang penting...PETA! Set...jalan terus!

Aku sampai kat Tegallalang dalam masa 20 minit. Cepat sebab aku dah tahu lubang kat jalan...aku berhenti untuk check sms yang tiba-tiba bunyi masa aku tengah dok pecut. Alahai...service provider ni...masa ni lah pulak dia nak sms! Aku sambung perjalanan dan sampai kat Sebatu...hmmm...taklah jauh mana pun...dekat-dekat Setapak jugak! Kiri-kanan jalan aku tengok banyak ditanam buah-buahan. Aku tak berhenti sebab motor aku tak dak bakul. Kalau ada, aku dah beli rambutan 12 kilo letak dalam bakul! Kalau tak muat, boleh aku gantung kat handle kiri-kanan...heh3...aku sambung perjalanan aku. Pinggang aku ada terasa "nyut...nyut..." sikit. Alamak, kacau ni. Jalan sajalah...nanti balik baru cerita. Cuaca dah terasa sejuk. Aku tak bukak tingkap sekali ni sebab motor aku memang takdak tingkap! Nyaman....fresh air betul dan dada aku terasa lapang. Otak lapang...poket pun lapang! Lepas aku bawak motor selama satu jam setengah dan pinggang aku bagai nak patah, aku sampai ke persimpangan maut...kona kiri ke Singaraja dan kona kanan ke Kintamani. Kali ni aku ke Kintamani. Singaraja pun katanya menarik tapi aku kena tambah lagi satu jam setengah untuk sampai kesana. Mungkin minggu depan aku akan bawak motor kesana. Angin dah mula kuat. Dari tebing gaung aku dah nampak Gunung Batur yang dulu katanya sangat aktif. Bahagian bawahnya menjadi hitam dan aku rasa itu dulu merupakan laluan lahar gunung berapi. Wow...hebat....dalam pada dok kata hebat...hebat...aku bersyukur kat Allah sebab kita tak dak gunung berapi. Kalau ada, mungkin tiap-tiap 5 ataupun 10 tahun kita dok asyik berpindah-randah. Alhamdulillah...kita masih selamat.

Aku masuk kat satu restaurant dan jalan kat balcony. Aku order kopi bali satu sambil menikmati pemandangan indah at my own pace. Aku tak nak ikut tour sebab nanti terkejar-kejar dan susah aku nak suruh driver berhenti untuk ke toilet. Bawak motor sendiri, senang...kalau rasa-rasa nak ke toilet, berhenti saja kat tepi jalan, mata tengok kiri-kanan, mulut muncung sambil dok whistle, buat-buat tengok jam kat tangan kiri sat....dan aku rasa by the time aku geleng-geleng kepala ataupun tampar dahi buat-buat macam aku lupa something, aku rasa tugas emergency aku pun dah selesai kot! Senang kan? Anyway, pemandangan dari situ magnificent! Lepas minum aku order makan pulak. Aku mintak nasi putih dan ikan goreng bumbu bali. Itu saja. Dan rasa masakannya, pergh....OUT OF THIS WORLD! Memang sedap. Nama kedai aku lupa. Jadi kalau sapa nak mai sini, jangan tanya aku. Period!

Lepas makan aku bawak motor lagi turun ke lake. Sampai kat tepi lake aku tengok tanah kat situ semuanya ditanam sayur. Batu-batu kat tepi pulak berwarna hitam. Tanah pun hitam. Ni semua dah kena lahar lah ni. Pasti subur! Aku bawak moto masuk kampung sampai ke "hot spring". Ramai pelancong mula sampai dengan van. Bila langit dah gelap, aku pun patah balik naik ke atas. Baru sekerat jalan, hujan turun lebat. Aku berhenti minum kopi dulu sambil cari toilet lagi...banyak sangat aku minum! Lepak sambil bersembang dengan om "warkop@warung kopi". Hujan dah reda. Aku pakai rain coat yang aunty pack dari kl, aku bawak lagi. Baru 20 meter aku jalan, hujan turun tambah lebat. Aku cilok masuk kat satu hotel usang....bersembang pulak dengan mbak jual baju. Dia offer aku, aku cakap tak nak...dia offer lagi kat aku, aku cakap aku tak bawak duit....kali ke 65 dia offer aku, aku beli 6 t-shirt dia....baru dia diam!

Dalam hujan tu jugaklah aku bawak motor balik ke Ubud. Perjalanan yang sangat menarik, sangat hebat, mengalahkan pelayaran Marco Polo di zaman Shih Huang Ti dulu. Parking motor kat tepi jalan, turun dari motor, aku dah jalan senget-senget....pinggang aku dah sakit. Aku naik balik motor pelan-pelan, masuk jalan Hanuman, cilok sebelah kanan sebelum masuk jalan Monkey Forest, aku bagi signal kanan dan susur masuk dan parking kat belakang......aku tanggalkan helmet dan jalan ke kedai depan tu. Budak pompuan kat situ tanya aku, "mahunya berapa jam Om?". Sambil jalan senget-senget dan tangan kiri dok pegang belakang sebelah kiri, aku pasrah.....dan cakap, "2 jam..."

9 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

hidup manyakk sinang maa..hali2 jalan2 sini-sana-sinun :)

take care!

Kaseh berkata...

apa yg 2 jam uncle? urut ehh?

azieazah berkata...

Heheheh kelakor bayangkan UNCLE naik motor sampai sakit pinggang. Belum sampai betul tempat tu, dah kene urut dulu.. alahaiii...

Tapi betul, kita bersyukur sebab tak ada bencana alam seteruk mereka..

Upload ler gambar banyak skit UNCLE..

Uncle berkata...

Salam KN.
Alhamdulillah...ni semua rezeki Allah yang saya harus bersyukur! Jalan dan jalan terus dengan sekali-sekala menoleh ke belakang...nak cari duit untuk anak-anak sekolah bukannya senang....tak boleh duduk setempat! Nanti beku idea dan saya akan berada dalam lingkungan "comfort zone". Tu yang saya tak mahu dan maka itulah selalu berkelana...macam Dhalan Zainuddin dengan lagu...."dari sebuah desa......berbekal gitar tua.....!" Heh3...

Uncle berkata...

Salam Kaseh...memang urut lah tu...pinggang ni rasa macam dok kena cucok....amboih...gaot pun tak terok lagu nih! Anyway, I still prefer thai massage. Bali massage ni dia dok tonyoh setempat....tertanggal kulit betis!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Bukannya Uncle tak nak upload banyak2...tapi takut full dan kena bukak blog ke 2. Tu yang malas tu...jadi Uncle hadkan setakat 5 saja....err, btw, pagi ni pinggang dah ok sikit. Yeay...boleh jalan lagi!

Kakzakie Purvit berkata...

Salam uncle,

Bestnya.... Itu makanan tersusun macam tu gaya nak makan kenalah panjangkan tangan ye....

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Kalau tak cukup tangan, pakai tangan orang sebelah pun ok jugak! Heh3...

rezeki berkata...

salam buat bapak uncle

dok kat kaki gunung, rambut uncle pun dah putih mcm mat salleh hehehehe

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...