Khamis, Februari 24, 2011

Mesyuarat persatuan penyamun

(ni patung ramayana kalau tak silap aku yang masih under construction...peratikan yang tangannya tak dak...)

Aku dah balik ke KL 2 hari yang lepas dan sampai lcct dalam keadaan tenang, sehat-walafiat tapi keletihan yang amat sangat. Luggage tak ada yang terlebih. Semuanya ngam-ngam ho! Actually terlebih 9 kilo tapi adik tu cakap bapak bawa aja masuk sebagei hand carry...ngak apa-apa! Aku pun hc sajalah beg aku yang lagi satu tu. Ambik window seat dan bukan aisle...bengkok kaki aku terlipat kat atas, ingatkan nak julur keluar tingkap! Ada pulak sorang budak pompuan duduk kat sebelah aku. Aku rasa ada yang tak kena kat budak ni walaupun muka dia ala-ala pelakon satu malaya....kalau cakap nama mesti keluar dalam sunday newspapers ni...kena pulak ruangan ahli-ahli bijak pandai gossip...hancusss!

Anyway, budak ni bukan artist, aku kata ala-ala artist. Aku rasa dia frust dengan bopren dia ka apa ka....sat-sat dia dok sigh....err, sigh ni kata apa tah? Berdengus ka kalau ikut bahasa melayu cikgu bibah dulu...sat-sat dok bersila atas seat yang memang sekangkang kera tu....mahu aku ketuk lutut dia dengan marton@penukul biar hilang kepala lutut! Last-last dia keluarkan i-pod dan pasang lagu frust kuat-kuat.....makk aiiii nak kena starlight ni budak ni!Kalau kat sekolah dulu aku dah suruh ketuk ketampi dah! Terbakar aku...aku jeling dia atas bawah, "SSSiapppp....SSSiaaapppp....."dia tutup muka dengan 2 belah tangan ala-ala frust....eeeiiiii geleman aku tengok....nasib baik emergency door tu kunci. Kalau tak kunci mahu aku tekan loceng bukak pintu suruh dia terjun keluar!

Sorang lagi yang aku tak tahan ni masa kat istana budaya...dari mula dah start sms dan cakap talipon. Cakap pulak sambil dok cerita scene yang kat stage tu...oooomakkkk aiiiiii......panas..........panas.............last-last budak tu kena laser dengan petugas (laser pointer, bukan mulut laser!).


(yang ni pulak garudi sekerat...)

Kelmarin masa aku baru balik dari mengechat rambut, aku dapat panggilan yang sangat dahsyat daripada orang kuat mekah. Haji Halim dan rakan-rakan...depa dok kat hotel orang kaya-kaya....memang aku tak mampu nak "horey-horey" macam depa....maklumlah, ada tokay hotel, ada tokay kambin....semuanya tokay besar....badan kami saja yang kecik! Heh3...Perjumpaan yang tak dirancang tu pun diatur last minute dan kebetulan aku baru sampai kl sehari sebelumnya. Seronok bersembang sambil mulut dok nyap-nyap memang nikmat tak terhingga. Being among the company yang selalu dok mengutuk dan bergelak sakan memang seronok...tambah pulak dengan cerita-cerita ngeri dimusim haji. Tambah sedap topik perbualan!

Macam-macam hal lah si lotpi, asnawi dengan halim tu. Aku rasa kalau depa ni tak dak kat mekah, mahu keras jadi batu budak-budak yang kat mekah nanti! Last-last dalam tak sedar, kami beredar pukul 12.30 malam! Biggest thank you to Haji Halim@mamu who has been the best host that evening with all his tales and jokes! Nak pecah perut kami!

Dalam pada dok sakan bercerita, aku dapat satu lagi call dari sorang lagi penyamun yang dah lama tak menyamun dengan aku. Lama kami kerja sekali dulu. Budak ni pun globe trotter jugak dan la ni kat madinah. Aduhai....last minute tak jadi pulak pasal anak dia dok nangis nak ikut! Kesian Ryan!!! Anyway, tadi aku ada hantar message kat dia dan dibalas. Mungkin esok kami akan jumpa kat mana-mana over a glass of tey tarek! Yeay!

(aku confuse, yang belakang tu patung atau yang depan tu patung?)

Amboi hari ni panas sungguh. Dari pagi tadi matahari dok lit-lit....aku dah telan air bergelen-gelen ni dan dah letih dok pi ke toilet...tak habis-habis....satgi nak pergi satu tempat pulak naik harley...alamak, hitam lah kulit aku yang putih gebu lagi menawan ni!

Ok gotto go. Take care and have a nice day!!!

(sempat jumpa ahli2 persatuan penyamun di mesyuarat tahunan di kl semalam...dari kiri cepat jalan, Haji Lotpi, Haji Halim tokay hotel di mekah...dan haji asnawi)

(mantan kepala penyamun mekah yang dah chat rambut....discount 10 tahun umur! dari kanan cepat jalan, haji halim, haji shahrir dan haji lotpi....aku cari haji asnawi tak jumpa....budak ni ada bela kot!!! sat-sat hilang...sat-sat hilang...)

14 ulasan:

norh berkata...

uncle, syok no mesyorat penyamun2 besaq ni.. takdak harta menyamun hat lebih2 ka? huluq la sikit..ha ha

kucingorengemok berkata...

mantan kepala penyamun tu kena pegi re-training lah kasi brush-up sikit jelingan. tak macho la jadi penyamun tapi budak ala² artis pun tak takut bila kena jeling! hihihi ;)

catz berkata...

salam...

penyamun? apa yang disamun ni..kekeke?
selamat kembalik ke Malasia pak Shahrir.
:)

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

ohh...meeting kat kl kali nii...so much things to catch up !

Uncle berkata...

Salam Norh.
rheta kalau dapat kat penyamun, mana reti nak simpan? Mestilah pi horey2!!! Heh3....

Uncle berkata...

Salam KOG.
Nama pun mantan......dia sober sikit.....heh3....

Uncle berkata...

Salam KN.
Biasalah kalau penyamun berjumpa...kami kena update account la.....check standards lah.....increase territory lah....maklumlah...PENYAMUN!!!!!

Uncle berkata...

Salam Catz.
Thanks...will call you!

Kakzakie Purvit berkata...

Lepas ini nak kemana lagi uncle? Seronok pulak tengok gambar2 uncle paparkan. Ada org jadi patung Heee....

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Uncle akan berjalan lagi nanti...tapi for the time being, uncle balik ke kl sekejap, uruskan kerja sikit sebelum buat flight booking lagi untuk keluar....horeiiii

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,
mama nak tanya ni
Patung dan kepala Garuda tu, baru dibina atau peninggalan sejarah...
...lain kali jangan naik flight tu lagi ..tak der jumpa dah budak frust tu...hik hik..
w/salam

Uncle berkata...

Salam mama.
actually depa buat separately. patung tu bila dah siap akan diletakkan diatas garuda....it's a huge project indeed and lots of master carvers are invited.

PINATBATE berkata...

hahahahahahahah..!!!

Uncle berkata...

heheheheh...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...