(aku kat mana ni?)
(jual madu yang masih banyak lebah kat honeycombnya!)
(3 jam setengah aku tunggu julia kat sini....hampeh!)
(kat dalam tu ada villa yang hebat! Luar tu not doing justice again..)
(yummy food awaiting to be explored!)
Aku ronda lagi. Sekali ni menyusur lorong-lorong kecik yang banyak terdapat di ubud. Makin banyak aku masuk, makin menarik tempatnya sebab masih ramai yang berjualan ataupun bukak toko-toko yang sangat menarik perhatian aku dari kacamata sorang pelancong. Depa sangat creative. Apa yang aku teringat sepanjang aku kat sini, tak banyak restaurant yang jual makanan yang sama. Semua yang aku masuk, makanannya berbeza....presentationsnya berbeza tapi yang sama cuma servicenya. Service yang datang dari hati...jiwa...dan kehalusan orang-orang bali terutamanya ubud...semuanya berseni! Amazing. Macam kat thailand jugak. Masih mengekalkan nilai-nilai tradisi disepanjang apa jugak yang dilakukan. I wonder, why can't we? Apa yang tak kenanya dengan kita? Kita ada semua tapi didalamnya kosong...servicenya tak mengalir di dalam badan, jiwa dan fikiran kita!
Aku berpeluh jalan keliling bila tiba-tiba aku jumpa Putrajaya. Tak masuk sebab masih dibersihkan untuk dibukak sekejap lagi. Aku terus menyusur ke monkey forest dan mata dok meliar tengok kedai-kedai, cafe-cafe dan restaurant-restaurant serta villa-villa yang ada di sekitar ubud dengan harapan aku akan mendapat idea-idea menarik untuk aku jadikan guideline ataupun benchmark untuk projek aku yang seterusnya.....exciting...exciting...Banyak foto-foto yang aku buat koleksi. Esok ataupun lusa aku akan melawat villa-villa dilereng bukit sepanjang jalan ke Tegallalang untuk melihat dengan lebih dekat apa yang depa dapat offer untuk projek kami seterusnya.....I am seaching for a good villa with private pool dan more to "personalised service". We are expanding...that's for sure! Aku sukakan projek ni sebab semuanya berlaku didalam keadaan santai, stress free,aku boleh berkreatif didalam menyampaikan idea-idea yang aku rasa diperlukan oleh tetamu. Menarik kan? Kerja didalam kondisi yang tak ada politik ni sungguh menyenangkan dan sedikit pun aku tak terasa masa agak cepat berlalu. Aunty ada tanya aku hari tu perkara yang sama. Aunty kata kalau aku happy, dia tambah happy.....jadi kesimpulannya, aku happy! Yeay!!
Aku sampai ke pasar Ubud lagi dan sekali ni aku tengok ada temple kecik kat sebelah pasar tu. Menariknya kat sini, kawan aku si julia tu pun ada datang kat sini dan julia pun sependapat dengan aku mengatakan yang tempat ni penuh dengan misteri....heh3...julia...julia...Malam tadi aku menonton sekali lagi cerita julia tu dan baru aku sedar yang christine hakim pun ada sama. Patutlah familiar! Aku pernah tengok movie CH dulu ditahun 70-an dan raut wajahnya masih belum berubah...tapi sekarang agak sedikit gempal. Kalau dalam movie tu kita tengok rumah ketut liyer, macam tu jugaklah rumah yang aku tinggal sekarang ni. Konsep yang serupa cuma aku masih tak mampu nak duduk kat tempat Felipe....heh3...
2-3 hari ni aku asyik makan dan makan terus. Ok...hari ni aku start diet balik. Kena turun balik 1-2 kilo. Tapi nasi padang kat tepi tempat aku ni pun sedap jugak...dengan tempenya...dengan sambal hijonya...dengan rendang sapinya...waduh nggak bisa tidur semalaman nih!
Aku nak keluar sekejap. Nanti esok aku sambung lagi....ada aku nampak t-shirt yang menarik perhatian aku. Nak ronda dengan scooter sekejap...enjoy reading!
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Jumaat, Februari 04, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
16 ulasan:
syoq nya depa.. insya allah by next week chek brsiaran langsung dr dxb..
Salam Pet.
Memang syoq pun especially bila tengok semuanya "fall into place!". DXB? Good.....
Dear uncle,
Bestnyer uncle selalu ronda2...makan2...syokkk :)
Salam KN.
ala...sementara berkesempatan...
baru nak suh uncle carik villa wif pool skali baca uncle dah mmg nak carik pun.. carik tau uncle.hehhe
Salam Kaseh.
I can read your mind sebab tu lah I decided to go and have a look...amazing isn't it?
UNCLE:
Memang lah meronda ni hobi UNCLE, kan? Tak larat lagi berjalan, guna scooter lak. Hebat laaak.
Ambik gambaq banyak2 noo UNCLE.
Yeahhh UNCLE happy, kami pun tumpang happy!
Tentang service tu, di negara kita, dah ramai pekerja/pelayan warga asing, cemana nak datang dari hati? Depa tu kerja kerana duit...
Salam Azieazah.
Betul telahan Azieazah. Ramai yang dari luar sebab depa nampak rezeki ditempat kita murah...sedangkan anak-anak atau adik2 kita dah tak mahu kerja lagi kat tempat tu disebabkan pelbagai perkara...
Memang dah banyak gambar yang dah diambil dan disimpan supaya Uncle tak kehabisan modal...heh3...
salam...
waaaa uncle udah ngomong indonnnnn...
pejeri nanas dah jumpa ke kat sana?
uncle,
scooter?? sesekali naik basikal pulak.feeling-feeling julia robert.
errr..nak cari basikal kalau ke bali.
err..kat rumah yuli ada basikal tak? hikhikhik.
Salam Tanpa Nama.
Dok cari pajeri nangnaeh tak jumpak2 lagi ni.....haru jadinya!
Salam Catz.
Yes scooter! Bila naik dok rasa macam mahmood june....heh3...
unclw dilla ternampak ada PUTRAJAYA
hehehe dilla ingat uncle buat entry pasal PJ
wah disana juga ada Putrajaya sih....
Shuntek aa uncle JIMBARAN tu
2 thumbs up for u uncle..hehhe tapi bahaya ni bleh read org punya mind... larikss arr
Salam Dila.
Memang kawasan Jimbaran tu cantik. Romantic habis. Uncle tengok bila ada beach musician tu main muzik, wedding couple pun menari sama dan diikuti oleh pelancung2 yang makan kat situ. Habis semua bangun dancing....very sweet!
Salam to you Kaseh.
Seronok baca otak orang ni tapi orang tak dapat baca otak Uncle sebab otak Uncle selalu "blurr!" Heh3...
Catat Ulasan