Ahad, Mac 27, 2011

Bedugul dan danau Beratan

Malam tadi aku ke Kuta. Habis kerja dan tak tahu apa nak buat, kami sewa kereta, malamnya kami memandu ke Kuta. Macet bagai nak gila sebab jalannya memang sempit. Manusia punyalah ramai nak mampus. Lepas jumpa parkir di Centro, kami naik keatas dan tengok kedai-kedai yang ada kat situ. Hmm harga tak lah semurah yang disangka. Hampir sama dengan harga kat KL. Mungkin pasal sini semuanya tourist...jadi harganya pun tinggi jugak!

Passed by a club and heard this lady singer petik gitar sambil nyanyi macam Norah Jones....wow...memang best. It was packed and the response she got was wild!!!! Err, I was one of them. Left the place and went to Starbucks instead. Lepak kat situ berejam-jam sampai orang nak tutup kedai...hahahahah Took a slow drive passed HRC. Ingatkan nak masuk tapi pasal dah terlampau lambat, aku tak jadi nak stop...jalan terus dan hujan mula turun dengan lebat!

(nasi goreng strawberry...first time aku tengok!)

Pagi ni aku bangun, makan pagi, keluar lagi dan sekali ni ke Bedugul. Perjalanan sejauh satu jam setengah melalui gunung-ganang dan sawah yang terbentang luas. Cantik. Sorry aku tak ambik gambar kat situ sebab aku yang nyetirrrr...hahahahah.

Melewati satu kawasan peranginan dan aku berhenti minum kopi kat situ. Partner aku pulak dah nampak satu menu super-duper kat situ dan terus order. Aku tanya dia order apa tapi dia kata "hang tengok satgi..". La...rupa-rupanya dia makan "Nasi Goreng Strawberry!" Kelasssssssssssss. Katanya sedap. Aku cuma jeling-jeling kat pinggan dia...dia tak offer pun.....hahahahahah

(upacara keagamaan di pura)

Ada satu temple yang tersangat famous kat situ...memang sentiasa dikunjungi manusia bali untuk upacara sembahyang ataupun untuk beriadah sebab ada lake yang sangat cantik. Kalau nak bergambar kat situ pun memang hebat. Aku sewa kereta Karimun. Entah apa kereta pun aku tak tahu. Semalam masa bawak, AC dia sat-sat ada dan sat-sat hilang. Dia dok main "achilot" dengan aku! Hari ni pun serupa. Ada sekali aku toleh ke belakang, aku nampak satu group makciks pakai tudung bawak bekalan macam nak pi picnic. Ala-ala group WI tahun 70-an dulu. Make-up dan berkebaya cantik. Bedugul Lake ni adalah kawasan Islam. Ada masjid kat sini. Bali susah nak cari masjid....bukan macam kita. Dah nama pun pulau dewata!

(the very famous temple in bedugul. Gambar ni lah jugak yang depa slalu letak sebagai cover page untuk buku-buku pelancongan bali)

(2 kanak-kanak mengingatkan aku pada anak-anak aku kat KL)

Pemandangan kat situ tambah cantik bila ada anak-anak kecik pakai baju traditional depa. Very cute dan depa mengingatkan aku pada marina, yuya dan abang. Miss them lots..Ramai orang berjualan kat situ dan aku pun tergoda jugak nak membeli. Sabar banyak banyak dan jalan terus...kalau tidak mesti aku dah terbabas!

Selepas hampir 3 jam aku melepak kat situ, aku pun decided nak balik ke ubud. Malas kalau sampai rumah dah malam sebab nanti aku tak nampak jalan. Dah lah jalan sempit, lubang pun banyak pulak tu! Pelan-pelan aku bawak sebab hujan tersangat lebat dan kabus sangat tebal, maklumlah aku naik gunung! Jarak penglihatan cuma 10 meteran....slow aku bawak....

Masa dok turun gunung, partner aku tanya bau apa tu? Aku cakap bau tayar kot sebab kita turun gunung! Dia sengih...aku sengih....Kami turun lagi. Aku bawak pelan-pelan sebab jalan licin dan lori sayur banyak. Kali ni masa aku pusing stereng, tiba-tiba kereta mati engine. Aduh...dah lah jalan sempit....nak masuk ke kiri tak boleh...ke kanan tak boleh...last-last aku bukak bonet kat tengah jalan! Berasap-asap kereta! Tadi bukan saja kabus cuaca kat luar...kereta aku jugak kabus sebab dah nak terbakar!!!!! Hahahahahahah

Aku suruh partner tolak kereta ke tepi dan kat tepi jalan tu aku nampak ada tulis Woksyop Nyoman Agung....kami tolak laju pi kat situ dan tak toleh kiri kanan lagi dah....cepat...cepat....jalan dah macet sebab kami 2 dok tolak kereta. Tak pernah jadi kat aku kereta jammed tengah-tengah jalan...kalau motor pancit aku tahulah apa nak buat! Cepat.....cepat....tolak lagi....orang kat belakang kami tak marah sebab kami kat Bali...depa takut "karma", maksudnya kalau depa marah orang la ni, nanti anak-cucu depa pulak orang marah!!! Hahahahahah. Aku cakap kat partner aku, '..cepat...cepat...woksyop Nyoman dah dekat tu...cepat...cepat...", berpeluh-peluh kami tolak walaupun dalam kedinginan gunung! Kami sorong kereta karimun tu ke seberang jalan. Fuuuuh...lega dah sampai. Aku lap peluh kat dahi dan partner aku pun sama....aku senyum tengok dia dan dia pun senyum tengok muka aku.....legaaa dah sampai woksyop! Aku tutup pintu kereta, bukak bonet yang berasap-asap bagai nak gila tu, dan pusing tengok signage workshop tu lagi sekali.......aku tengok dia tulis..."Woksyop Nyoman Agung - Speda Moto". Ohhhhh tidakkkkkkkkkkkk !@#$%^&^&*.....

(kereta aku yang rosak masa balik tadi..)

19 ulasan:

norh berkata...

kesian kat uncle noh kena tolak keta..

p/s: nak pi cari nasi goreng strawberry kat cameron highland.. :P

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,

Nasi goreng strawberry!..boleh sedapkah..
lepas ni ada nasi goreng nangka, nasi goreng cempedak atau nasi goreng buah sawa...

uncle nak tanya ni, near to nasi goreng strawberry tu ada bekas tisu paper, dari kayu kan, dia punya design(corak hiasan) tu..dari apa, kayu atau mcm tanah liat yer..kreatif sungguh depa.
Terima kasih.

rezeki berkata...

hahahahhaha

confiden je , pengabisnya utk moto hahaha

Tanpa Nama berkata...

salam ..pak cik

tolak kereta pulak,,,,mau kurang satu kilo berat badan tuuuuu,,,tapi elok juga untuk kesihatan...kan dah lama tak keluar peluhhhhh,,,,hehehe

nal

catz berkata...

nasi goreng stoberry?
kind of weird. pernah jumpa di Bandung di ladang stoberi, tapi tak pernah try lagi.
:)
cantik gambar pura tuh..
err..muka budak belah kanan tuh macam yuya.
heheh

kucingorengemok berkata...

aduuuiii, kok speda moto! baca pun rasa tertekan, hehe... at least dapat la keluar peluh, senaman stok seminggu :)

taj berkata...

Salam uncle....


huhuhu jenuh menolak yek...

takpe kenangan mahal tuh...hehehe

Uncle berkata...

Salam Norh.
Depa tak buat kot nasi strawberry...why don't you prepare at home...It's easy! What you do is siapkan "bumbu"nya. Apa bumbu dia? It's bawang putih, bawah merah, cabai dan of course strawberry yang dikisar@blend sekali. Panaskan minyak sampai meletit....then zuppkan apa-apa yang patut, zass kan dia, salt and pepper sikit ikut taste, voila...it's ready to be served!!!

Uncle berkata...

Salam Mama Nadz.
Amboeh, bunyi macam nak pi buat saja....takpa aih...this weekend buat la for breakfast ka...biag depa terbeliak bijik mata! Hahahahahahah

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Belakang Uncle dok "nyut2" dah la ni....aduuuh, parah ni....but anyway, memang lawak!!!! Hahahahahah

Uncle berkata...

Salam Nal.
Tak sangka nak jadi lagu tu....ingatkan kereta ok. Maklumlah nama pun KARIMUN.....ala-ala fantasy gitu! hahahahah

Uncle berkata...

Salam Catz.
Pi lah buat sepinggan...nanti boleh Uncle rasa! Buatlah...buatlah...buatlah...

Uncle berkata...

Salam KOG.
Bukan stok seminggu lagi dah...ni blakang dah sakit ni...mahunya stok seumur hidup ni....

Uncle berkata...

Salam Taj.
Memang mahal pun...nasib baik ada pakcik yang tolong kasi air sungai untuk kereta...kalau tidak mahu terbakar terus! hahahahah

nadz berkata...

uncle belum jawab la second part of my questions

Uncle berkata...

Salam mama.
Sorry, terlepas soalan tu. Actually memang buat dari kayu....banyak lagi mama oooiiiii...mai sini buleh gila jadi kalau tengok barang2 depa!!

JHaZ KiTaRo berkata...

menarik2.. salam kenal.. rajin2, jemput singgah my blog Aku Sebutir Pasir kalau berminat nak baca my travelling experiences to 45 buah negara.. :)

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

uncle,
menarek jugak cerita ttg area ubud tu khen
tu kakak kakak yang pakai baju kebaya tu serupa ngan acara membakar mayat tu ke uncle?

Uncle berkata...

Salam Dila.
That is actually pakaian kebaya traditional depa dan mesti ada tali di pinggang unlike lain2 kebaya yang biasa kita tengok. And yes, depa ada upacara sembahyang hari tu.

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...