Sabtu, Mac 19, 2011

Kenangan..

(gambar ni sewaktu menyambut perayaan shici-go-san untuk Yuya, aku masih lagi tembam masa ni)

(ini pulak perayaan shici-go-san untuk Azumi dan Yuya diribaan aunty..lihatlah muka dan badan aku yang ibarat kembang tak jadi tuh! hahahahah)

(ini aunty waktu kecil di tokyo)

(ini gambar aunty sewaktu muda, ambik kat studio tuuuuu)

(ni aunty dengan obaachan@nenek di kampung)

Tiba-tiba aunty rajin pulak nak scan gambar lama-lama. Boleh dikatakan setiap malam dalam diam-diam dia ambik gambar lama-lama dari album lama dia tu, pelan-pelan dia buat kerja...aku pun tak sedar. Tengok-tengok gambar dah keluar kat dalam fb dia...hahahahah. Aku pun ada banyak jugak gambar-gambar lama yang aku teringin sangat nak scan tapi sampai kesudah aku tak buat-buat....ni pasal terlampau rajin dan terlampau bijak...takpa...nanti aku jekk sikit aunty mintak tolong dia buatkan untuk aku. Banyak gambar-gambar aku kat negeri orang masa muda dulu yang boleh aku jadikan modal untuk bercerita...hahahahah

Tengok pada gambar perayaan shici-go-san anak-anak aku, tiba-tiba aku rasa masa sungguh cepat berlalu. Abang masa tu umur 5 tahun dan kemudian yuya pulak...la ni depa pun dah besar..besar cara aku la..besar orang lain, anak-anak depa semua dah kerja! Tapi itu tetap membuatkan aku sikit terharu. Manakala aunty pulak, sebenarnya banyak lagi gambar-gambar dia tapi cuma aunty pun tak sempat nak scan dan masukkan semuanya. Aku masih belum berkesempatan nak balik ke kampung dia lagi. Kampung aunty tu kalau musim salji, makk aiiii salji akan penuh sampai ke bumbung rumah...jadi aunty bagitahu kat aku, masa depa kecik dulu bila balik kampung, ikan dan daging yang depa beli, depa cuma sumb at masuk kat dalam salji tu. Habis semua beku dengan cepat. Tak payah pakai peti ais lagi dah. Tapi kalau salji dah cukup tebai sampai macam tu, aku tak boleh nak bayanglah kalau temperature dia pulak....entah berapa banyak minus lah suhu depa masa tu!

Aunty ada bawak satu buku jepun lama yang title dia aku dah lupa. Buku cerita tu lah yang aunty dok baca kat azumi masa azumi masih baby. Buku yang sama aunty baca pulak pada yuya bila yuya baby dan sampailah la ni aunty dok baca cerita yang sama pulak kat marina sewaktu azumi dan yuya berdengkur tidur kat sebelah....dalam diam aku masih lagi mendengar cerita tu. Aunty akan bercerita dengan nada suara yang sama, aunty akan berhenti pada jalan cerita yang sama, aunty akan menutup buku selepas berbisik bait-bait yang terakhir. Dalam diam aku senyum dan tidur...

Setiap kali aku dan aunty melalui bulatan kampung pandan, aku akan bercerita dan terkenangkan sebuah cerita kanak-kanak jepun yang menceritakan tentang perubahan waktu dan zaman. Cerita dia berkisar tentang sebuah keluarga disebuah kampung kecil. Keluarga ni hidup dalam keadaan harmoni, aman-damai dan tanpa gangguan...setiap hari depa melakukan kerja-kerja kampung. Setelah beberapa tahun, kampung yang aman damai itu telah mula berlaku pembangunan. Jalan raya mula diturap. Kawasan perumahan tumbuh bagai cendawan. Bangunan pencakap langit mula menguasai tanah-tanah terbiar. Dihadapan rumah sekeluarga tadi pulak, lebuhraya dibina. Akhir sekali rumah keluarga tadi yang diawal penceritaannya itu adalah sebuah rumah disatu perkampungan indah telah bertukar perlahan-lahan menjadi sebuah bandar metropolitan dan diakhir cerita dan illustrasi cerita kanak-kanak itu, dilukis gambar keluarga tadi yang mana kini rumah mereka berada betul-betul sedepa daripada highway dan ditepi rumah pulak ada lebuhraya lingkaran bertingkat. Pengakhiran cerita tadi, dia ada menyebut yang inilah harga yang kita harus bayar didalam menempuh arus pemodenan dunia....wow! sungguh terkesan sekali aku lepas tengok gambar terakhir tu. Kawasan dia sebijik macam kat bulatan kampung pandan tu. La ni kalau aku dengan aunty nak pi ambik abang kat asrama atau nak hantar dia balik, setiap kali melalui kawasan ini kami akan saling berpandangan dan memahami apa yang tersihat dalam hati dan fikiran masing-masing.....

Pasal tu lah aku suka tinggal kat Ubud ni. Rumah aku simple. Ada satu katil, satu almari dan satu meja make-up. Balcony aku luas untuk aku membaca, bersarapan dan jugak berkhayal mencari idea...burung masih lagi berkicauan betul-betul kat tepi tingkap aku. Setiap pagi, aku masih dikejutkan oleh bunyi ayam jantan berkokok. Orang-orang disekeliling masih menegur antara satu sama lain dan setiap kali aku ada pertanyaan, depa dengan muka senyum akan berhenti dan memberi bantuan. Kat ubud ni aku masih belum dengar lagi cerita merempit, belum terjadi lagi kes-kes ragut, tak berlaku kes rogol terhadap pelancong dan tetamu-tetamu disini. Malam tadi lepas kerja, aku berjalan sendirian dari tempat kerja, melalui jalan hanuman yang penuh dengan kedai-kedai hebat dikiri dan kanan jalan. Agak lewat tapi aku tengok pelancong mat salleh pompuan relax dok berjalan sorang-sorang dalam lorong yang agak gelap....dan bila kami berselisih jalan, dia tak pegang beg dia kuat-kuat...dia tak jalan dengan lebih cepat mencari arah lampu yang lebih terang.....and worst still, dia tak melintas ke seberang jalan sana dengan muka panic takut dia diragut, ugut, dilakukan gangguan seksual dll. Aku tak salahkan depa yang macam tu kat tempat kita...tapi itulah permodenan....pasai tu aku suka duduk kat Ubud la ni........if only my family is here....then it's perfect!!

20 ulasan:

Romie Pujaan berkata...

hah? ubud la plak ahhaa. uncle u were at langkawi lagoon ke dulu? ari2 i fly above dat place mase pilot training

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

segalanya adalah kenangan
yang banyak meninggalkan memory
Abang Yuya Marina genarasi terkini
boleh melihat sejarah ibunda terchenta. Dua rumpun budaya....beruntung anakanak uncle ni.

Nora berkata...

salam uncle,
laaaa aunty orang jepun ka? saya baru tau.. walaupun sebelum ni duk agak2 ja sebab wajah aunty tak nampak kejepunan sangat.. ada kemelayuan jugak.. hehe

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

aunty nostalgia kat kg dia tuuu...

Uncle berkata...

Salam RP.
Yes I was there at LLR. Dan flying school tu cuma sepelaung saja jaraknya dari tempat Uncle. Dok pi semayang jumaat pon ikut lorong kat tepi tu jugak...hahahahah...what a small world!

Uncle berkata...

Salam Dila.
Setiap orang ada keistimewaan budaya masing2. Yang lebihnya cuma anak-anak Uncle lebih faham 2 budaya negara, ugama dan bahasa yang berbeza....alhamdulillah...

Uncle berkata...

Salam Nora.

Aunty kalau dia pi marrket, tokey sayog cakap mandarin dengan dia....dia tibai dok angguk saja...macam dia reti!!

Uncle berkata...

Salam KN.
Saya pon nostalgia sama naik!!! hahahahahah...

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

paling mengesankan saya adalah ketika uncle dan auntie bercakap.. saya duk perati gak, depa sembang bahasa apa.. last2 tak paham.

mana nak paham kalau bersembang bahasa doraemon!

apapun sangat respek pada uncle sebab boleh berbahasa dengan bagus dan memiliki auntie! kita ada persamaan! hahaha.. cuma yang saya punya celup arab jerlah. hahaha

masya allah tabarakallah.. semoga Allah memelihara kebahagiaan kita dan keluarga kita.. amin.

taj berkata...

As-Salam Uncle...


hehehe sambil senyum baca cerita nih...

sometime nostalgia boleh wat kita senyum2 sorang2 kan...hihi

Uncle berkata...

Salam Lutfi.
Bahasa yang kami guna tu cuma bahasa yang selalu dipakai di rumah...Bahasa kami tu tak boleh dipakai masa meeting sebab dalam bahasa jepun ada bahasa lembutnya...@ "tei nei kei..". Bahasa Uncle pulak dipanggil dalam bahasa jepunnya..."cha-cha-mar-ba nihongo". Hahahahahahah

Uncle berkata...

Salam Taj.
Alangkah betulnya bila Taj kata nostalgia tu boleh buat kita senyum sorang2....ada jugak masa uncle dok belek ikan temenung kat marrket, Uncle teringatkan satu insiden dan senyum...Apek ikan tu cepat2 tarik balik ikan dia...hahahhahahahah

PINATBATE berkata...

Subhanallah! menarik sungguh..syahdu baca cerita ni.

Ma Gold Dor berkata...

Salam 2U Uncle,
Apa cerita yg Untie baca kat anak2 tu? Sama dgn wife kawan saya org jepang jugak, saya tengok dia dok baca buku cerita kat anak dia yg kecik (1-2 thn) tak kira kat mana dia pergi...

rezeki berkata...

salam uncle

kita belajar kehidupan dari apa yg yang kita pernah tempuhi dan lalui, kehidupan ni takde silibus, semua belajar melalui pengalaman dan perjalanaan hidup

pssss gambar #2 tembam , termasuk leher sikit hehehe

kucingorengemok berkata...

la, rupanya marina tu sebijik rupa aunty masa kecik

uncle, gambar kahwin tak dak scan ka? hehehe

Uncle berkata...

Salam Pinat.
Orang yang tuleh tu lagi syahdu bila sampai bait terakhir tu.....sapa kata bapak tak sayang keluarga?

Uncle berkata...

Salam Ma Yusuf.
Banyak cerita kanak2 jepun yang semuanya menjadi pengajaran. Macam tu lah depa pupuk anak2 kecik membaca...(i'm referring to the other japanese parents too!). Kalau nak tidur pun Uncle akan baca buku sebelum tutup lampu..kalau abang ada, dia pun join sekali baca buku, yuya baca komik dan marina dok tengok buku pasal usus didalam badan. Buku tu favourite marina dan aunty pun akan baca buku...jadi kami berlima dok baca buku setiap malam sebelum tidur...Masyarakat kita belum sampai ketahap minat membaca..pasal tu lah Kampung Buku di Langkawi ditutup....selain daripada masalah2 lain yang timbul, kalau ada!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Memang tak dak syllabus pon...hahahah. Gambar tu memang tembon@tembam...at one time my heaviest weight was 95 kilos....that was back in 93-94! Ngeri...dok sakit kepala selalu...now in the process of going down to 75...back to the ideal weight...ada lagi 3 to go!!

Uncle berkata...

Salam KOG.
Gambar kahwin pun akan Uncle scan nanti....insyallah tahun depan...hahahahah! err, kalau ingat!!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...