Isnin, Januari 26, 2009

Shangri-la Putrajaya, Part 2

(posing kat balcony, Yuya boring tunggu aku nak swimming lama sangat!)

(Yuya dok syok ofuro tapi malu takut nampak....)

(Marina yang tak malas posing atas kerusi malas)

(Baby kat tengah tu paling cun!)

(Kat lake)

Malam tu lepas swimming, Abang dengan Yuya terus balik dan terjun pulak dalam ofuro! Depa cakap ofuro best, maklumlah kat rumah tak ada..then lepas berendam sampai kecut-kecut, Yuya pulak cakap dah lapar, nak makan. Aku pun terus kalut drive pusing-pusing macam real kat Putrajaya tu cari Alamanda. Finally kena berhenti kat masjid Putrajaya dan tanya kat security. Orang tu cakap, keluar balik, after 3rd traffic light turn left and hit for Precint 16 then boleh nampak. Pandai security tu sebab memang tepat arahan dia. Kudos to you...macam ni baru aku suka. Know your product and in this case, dia tahu tempat-tempat menarik dan mampu menjawap soalan tetamu ataupun foreign tourists!

Sampai kat Alamanda, kami nak makan burger sebab dah lama tak makan. Kami pilih Burger King sebab dia lebih banyak vegetables...burp...heh3....Abang nak tengok "track top" untuk birthday dia pulak. So kami pergi kat Al Ikhsan. Aku suka kedai ni sebab ni lah salah satu usahawan "kita" yang berjaya dan yang tak banyak kecoh-kecoh dalam paper. Tiba-tiba ja bertambah outlet dia! Yang dia suka ada tapi saiz pulak tak ada...kesian kat Abang. Habis semua kedai kami pusing termasuklah Nike tapi "size does matter". Aku janji hari ni nak pergi Pertama Complex je lah cari kat Abang. Kat situ ada lah kot..

On the way back aku belikan sorang satu majalah Ujang. Ketawa mengekek Abang dengan Yuya kat bilik sebelum tidur. Sampai hari ni pun dok baca lagi...ala...teringat masa aku kecik dulu selalu beli majalah Gila-Gila. Masa tu Rejabhad dok melukis lagi. Then ada "From Taiping With Love".....heh3...sanggup tak makan kat sekolah sebab nak beli majalah tu.

Next morning kami turun breakfast. The spread was just normal. I was expecting more varieties and better presentation sebab nama dia Shangri-la, tapi aku rasa this property is way far from the one in KL. Way, way far.....even the night before, aku pergi kat lounge ingatkan nak minum but the staff tengok aku tapi tak approach. In fact the staff sanggup baca NST lagi dan jawap panggilan telefon (hp) right in front of me. After almost 30 minutes at the lounge waiting, I approached the staff at the entrance dan tanya dia tak ada drinks ke? Dia tanya aku balik nak minum ke? Aku geram dan terus sembur dia. Aku marah sebab ni kerja dia (sama macam aku), you are paid to do a job, so do your job! Professionally, I mean...and it is very frustrating to see budak-budak kita jugak yang perangai macam tu. Katakanlah...dalam newspaper esok ditulis, "Shangri-la Putrajaya workers will be retrenched due to the business level". Budak-budak ni lah yang akan melompat dulu...tapi depa ni buat kerja ka? Sayang kan? Dah dibagi peluang dan gaji lebih RM1000 masih tak buat betul-betul... "..... Mudah Lupa!"

2 ulasan:

Kuey san berkata...

Uncle,

I've been to Putrajaya for many times... but everytime I go.. sesat. Hahha. Luckily, my friend's hp ada GPS ;)


"From Taiping With Love".....

oohh...ni cite abg mat yg kurus kering + rambut curly/gulung2 kat depan..dgn buah ati nya yg size XXL kan? ;P

Uncle berkata...

Hmmm and that was not my first time visiting! Pelik betullah....and oh yes, talking about Mon yang size XXL tu...heh3...then ada satu lagi, A Mamud dengan seluar yankee! Kelas...rambut ada remos, siap kucing pun boleh bertenggek!

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...