(Macam junction kat Omotesando lah!)
(Uncle posing maut dengan baju yang Auntie tempah for birthday present)
(Happy Chinese New Year to all my Chinese friends!)
(Auntie dengan muka "Get me Tiffany please Papa......")
Dah lama sebenarnya aku tak pergi dating. So semalam bila ada kelapangan tu aku plan dengan Auntie apa kata kalau kita pergi dating sekejap kat mana-mana yang kita rasa nak pergi? Auntie kata ok, so bila Auntie cuti setengah hari semalam, aku pun apa lagi, mmmm meriahnya, nervous jugak sebab last sekali dating dah berbelas-belas tahun yang lepas! Heh3....
Kami terus ambik elevated highway turun kat Jalan Tun Razak, kona kat KLCC chilok depan Impiana Hotel, jalan terus, masuk parking Pavillion. Dapat parking betul-betul kat DHL tu. Hmmm banyak kedai-kedai yang menarik kat situ. Ada Tod's (Auntie gila habis kat si Tod's ni), then ada kedai Gap (Uncle gila kat dia ni), ada Gucci, Canali (aku gila kat ni sama), Ferragamo, Tiffany (Auntie pun gila tak nak keluar), Calvin Klein, Cerruti 1881, Harajuku, Times Book Shop (Uncle gila jugak kat sini, siap guling-guling!). Basically memang kami jadi gila semalam. Harga dia pulak memang gila habis! So macam orang-orang lain yang perasan kaya, kami cuma "window shopping". Banyaklah jugak yang kami shopping semalam...heh3...
Tiba-tiba aku teringat kat "The Loaf". I read a lot about this outlet. Maklumlah kepunyaan Tun...so bila lepas penat jalan, aku pun ajak Auntie melepak kat situ. Aku cuma minum Hot Chocolate. Auntie had Cappucino and 2 cheese cakes. Tiny ones, that is. One is Lemon Cheese and Choc Cheese. Aku tak makan sebab Hot Chocolate tu dah memang banyak calories yang memang cukup untuk lunch aku. Kami lepak kat luar mengadap KL Plaza, Marriott dan Jalan Bukit Bintang. Amboi rasa macam remaja la pulak! Bercerita pasal kehidupan kami yang lepas dan masa depan......kelas....macam orang kaya-kaya....anyway, the Hot Chocolate and Cappucino were a let down. It was not at the right temperature at all. The order counter and cashier were also a mess. You don't know where to order and where to pay..it was obvious that nobody up there went down to check! Hello...hello... is anybody around?
Lepas minum kami ronda lagi. Pergi beli CD "Il Divo" yang kami belum ada lagi as well as "The Best of Craig David". Then for dinner, we hit straight to Madam Kwan on the ground floor. Ni pun aku selalu dengar dan baca review kat dalam magazine and newspaper. They said the Char Kway Teow is out of this world but to me it was so-so. Masih tak boleh lawan dengan "Kway Teow Low Wan" kat Kelana Jaya walaupun dia cuma gerai saja. Towgay memang banyak, portioning was just right, color was very CKT not too light and not too dark. Auntie had Hokkien Mee. Dia lupa nak cakap yang dia tak makan sotong, so aku call Manager dia dan explain. Surprisingly, dengan tersenyum dia cakap "no problem, I'll change immediately for you". Tanpa tarik muka 44 ataupun menjeling ataupun mencebik! Yang tu aku suka sangat selain dari service yang cepat, efficient dan bersih. Price was reasonable.
So to Auntie, thanks for accompanying me yesterday. Thanks for being my partner for the past almost 12 years, knowing you for 15 years is the best gift that a man could have ever ask for. So to Wakana, "I love you with all my heart!"
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, Januari 17, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
10 ulasan:
Uncle
amboi amboi g PV shopping yer !
Shopping mata pun jadiklah yerk!
Jeles ni nak ajak Farid dating jugak ler esok!
Tapi apakan daya ....4 org tuh nak kena heret gak!
Botol susu / drypers / mcm mcm aksesories lagi pun kena g sekali!
Kalo lepak kat LOAF tuh sure gempak sampai terbalik meja!!
Tingin nak dating ngan Farid naik motor cam dedulu!! Bleh peluk peluk!! ha ha ha
Dalam keta susah laaaaa!
Auntie-chan and Wakana-san org yg sama? Semenjak duamenjak nih asyik terkene je dengan entries Uncle.
Aisehh... (-.-)
ps: Char kuey teow kat Penang Street Sunway Pyramid best jugak. Dulu la :P Skang xtau apa jadi. huhuh
pps: Uncle, pak guard x marah ke snap photo kat Pavi tuh? Watch out.
pphhewwwiitttt!!...
Ayat yg last tu amat mencongkam jeewaa....
semuga happy riang ria selalu....
Hei... Knowing each other already 17yrs lah.
Beside if IL DIVO & Craig David, I found best CD. It's 3CDs, price is RM140! Do you want to know The title?
The Edge of 80's
Aiyoo! Mestila kena beli !!kikiki...
Cewah Uncle & Auntie..romantik habis gitu...
Yes! I agree with what both of you do..bagus tu, sesekali(?) kita kena dating dgn partner kita tu.."renew" the relationship..barulah rasa sayang sangat kat pasangan kita.
Anyway, KN ucapkan selamat berbahagia Uncle & Wakana. Krm slm kat Wakana.
Dear Vimmy.
Memang once in a while kenalah dating balik...to get the adrenalin pumping..heh3...dating Vimmy jangan tak dating....actually Uncle pun teringin nak usung Auntie naik motor balik...macam dolu-dolu!
Uncle
Dear Kuey.
I'm not sure whether they are the same person or not. Tak teringat pulak kat situ. Penang Street? That's an excellent idea. Mesti pergi check ni.Actually the owner of Penang Street (Connie Su) happened to be my senior in Suisse dulu but from a different batch. She currently owns 4 in Malaysia and 5 in Indonesia. Best kan?
Uncle
Dear Pinat.
Eh mencongkam ko? Uncle tembak je tu, tiba-tiba rasa macam Leonardo Di Caprio pulak...heh3...
Uncle
Dear Wakana.
eh dah 17 years ke? Cepatnya...see my numbers are always wrong. Last birthday I thought I was 24....no wonder!
Ada lagu "DISCO" ke?
Uncle
Dear KN
Tetiba kami nak dating. Heh3...kena tanya tips kat KN ni.....
Uncle
Catat Ulasan