Jumaat, Januari 09, 2009

Family aku





Aku tak sangka yang aku dah ada 3 orang anak. 11 tahun, 8 tahun dan 3 tahun (soon to be). Rasanya macam baru semalam aku kenal Wakana. Pagi tadi pukul 6, Wakana cakap kami kahwin dah nak masuk 12 tahun! Wah...macam semalam je kami kahwin...Aku ingat lagi masa nak kahwin tu, malam tu aku nak bersanding, petang tu jugak aku dok melilau dengan Wakana dok cari kasut naik motor aku. Habis satu KL aku pusing, last-last jumpa Hush Puppies kat Atria Damansara. Ala...yang sebelah KFC dekat dengan Disco Piccadilly tu...masa tu aku duduk dengan kakak sulung aku kat situ. Sampai rumah dekat pukul 5 petang. Orang dah agak ramai kat rumah tu. Ada yang dok gubah bungalah..buat pelaminlah....pasang kipaslah...macam-macam ada...aku dengan Wakana pulak dok jinjing beg kasut yang aku baru beli dan nak pakai lepas Isyak nanti. Heh3...then lepas bersanding pukul 9.30 malam aku bawak Wakana balik rumah kami kat Ampang. Naik apa? Mestilah motor aku!! Orang semua heran tengok pengantin balik rumah naik motor. Heh3....orang ingat Merc ka BM ka...tapi aku apa kurangnya, aku naik Honda...Honda Cub!!!

Aku jumpa Wakana pun memang coincidence (read my first 2 entries). Tapi dah nak dijodohkan macam tu, aku ok saja. Tak banyak hal...Masa nak lahirkan Abang tu ada sikit complication. Daripada normal terpaksa operation. Daripada aku boleh duduk sama kat dalam bilik sampailah aku kena halau dengan doktor tak bagi duduk sekali kat dalam bilik sebab dah nak kena operate! Masa tu 31hb Jan. Aku baru dapat bonus. RKL pulak berbesar hati nak bagi duit lebih kat aku. Happy gila, 2 hari lepas tu bil operation sampai. Hospital pulak happy sebab bonus aku semua dia kebas! Memang terduduk aku masa tu...memang bil hospital ngam-ngam dengan bonus yang aku dapat. Aku ingat lagi, masa dok cucuk kad kat ATM machine Maybank kat belakang Ampang Point tu tiba-tiba kad aku kena telan. Aku masuk nak retrieve balik dia kata kena pergi branch yang aku bukak account dulu (tak ke menyusahkan orang tu). So aku pun celapak naik motor pergi Wilayah Complex. Dia tanya betul ke aku yang cucuk sebab banyak sangat transaction (eh, banyak ke?). Aku jawap, "yelah...aku yang cucuk sebab nak bayar bil hospital, kalau tak mak dengan anak tak boleh keluar!" grrr.....last-last lepas bersoal-jawab dengan panjang lebar, baru dia kata ok. Geramnya....Masa tu maklumlah anak first, bila receptionist tanya nak bilik untuk berapa orang, aku jawab "single room please and give me a sofa bed too!". Pergh kelas....then bila doktor round pagi-petang tengok Wakana dan tanya dah makan belum? Sihat ke?, aku kata "ishhh baguih doktor kat sini noooo.....depa check 24 jam!" Last-last tengok bil, hah ambik kau, sekali doktor round tanya "dah makan belum.....you look healthy this morning...." aku kena RM160! Dua kali satu hari dia round dah RM320! Ishhhh, apasal lah aku fail Bio dulu..dulu Arathy Bardhan tak nak ajar aku betul-betul, kalau tak dah jadi Doktor sekarang ni macam sorang lagi room mate aku tahun 1984, Izamin Idris, sekarang doktor kat Hospital Besar di Kota Bharu!

Yuya pulak kami dah plan awal nak terus operate je, macam tu jugak Marina. At this point of time, nyawa tu lebih penting. Aku nak semuanya selamat. Alhamdulillah memang semuanya selamat, dengan duit-duit aku semuanya selamat! Tapi rezeki tu ditangan Allah. Duit boleh dicari...walau macamanapun, jangan asyik dok berserah saja tanpa usaha, yang tu pun Allah benci!

Alhamdulillah sekarang ni semua dok membesar dengan persekitaran keluarga yang prihatin dan sayang-menyayangi antara satu sama lain...aku sentiasa berdoa semoga semuanya selamat dan aman-damai sentiasa. InsyAllah....

4 ulasan:

VimmiYasmin berkata...

Salam Uncle

mmg pelikkan. Tetiba anak2 dah besar. Saya 5 tahun tak ada anak kandung.Sekali keluar amik ko! Berderet2. Kalo selamat 6 org semua anak saya!
Dan semua anak2 saya ceaser jugak. HUKM jer tapi bil2 yg dapat ..ErkKKks! tercekik jugak! bil mak lain bil anak lain. sekali beranak habislah mak bapak nyer gaji. yerlah mak bapak gaji kecik! so kena combine lah utk bayar bil tuh.
Nasib baik HUKM boleh HUTANG !
he he he
semoga anak2 kita ingat kat kita kan uncle bila dorang besar nanti.
insyallah

PINATBATE berkata...

Aminnn!..
Mudah-mudahan keluarga Uncle sentiasa dalam peliharaan Allah.

Uncle berkata...

Dear Vimmy and family.

Tu namanya rezeki yang Allah bagi kat kita. InsyAllah depa ingatkan kita. It's a cycle of life. Macamana kita treat orang tua kita, macam tu lah depa nanti treat kita pulak...insyAllah depa ingat. Especially mak yang melahirkan...

Uncle

Uncle berkata...

Dear Pinat.

Thanks a lot. Uncle pun doakan keluarga Pinat sentiasa aman bahagia. InsyAllah...

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...