Isnin, Januari 12, 2009

Seronoknya aku

(peminat nombor 1)
(gaya penjaga gol Kashima Antlers)
(Abang nak main dengan J League team!)

Saat yang paling membahagiakan aku ataupun yang paling aku seronok, bila dapat berkumpul dengan semua anak-anak aku dan bersembang dan melayan keletah depa. Salah satu time yang paling aku suka ialah waktu makan malam. Waktu ni memang semua mesti makan sama-sama. Kecoh betul jadinya walaupun anak-anak aku cuma 3 orang. Abang akan bercerita pasal bola, Yuya akan bercerita pasal sekolah kebangsaan atau sekolah ugama dan si kecik Marina pun sibuk sama....habis semua lauk dia sendukkan...heh3...seronoknya...tak lama lagi bila dah masuk sekolah menengah, character anak-anak aku akan berubah. Jadi sementara masih kecik lagi ni, aku nak cherish saat-saat yang meriangkan ni...dalam waktu ni aku teringat arwah bapak dulu. Kami jarang ada masa bersama-sama. Arwah bapak selalu kena pergi merata-rata tempat. Jadi kami adik-beradik terutamanya aku, tak ada banyak masa sangat dengan arwah Bapak. Selalunya Mama lah yang sibuk berlari sana-sini, hantar aku ke sekolah dan kelas tambahan, hantar pergi scout kat SR Bandar Hilir, then masa darjah 6 aku di SR Iskandar Alor Setar. Tu pun Mama yang susah-payah pergi balik usung aku. Kesian Mama...

Last weekend macam biasa, aku hantar Abang dan Yuya main bola. Training start pukul 4.30 petang sampai 6.30 petang. Bila pukul 3 petang, Abang dah kalut takut terlambat hantar. Aku cakap nanti 4.15 aku hantarlah. Abang dah susah hati. 3.30 petang dia tanya lagi pukul berapa nak hantar. Then selalunya aku hantar pukul 4 petang supaya Abang dan Yuya ada masa untuk pakai socks, shin pad dan boots. Then bila semua dah datang, tepat pukul 4.30 petang, semua akan nyanyikan lagu "Negaraku" ramai-ramai. Termasuklah mak-bapak sekali. Semua berdiri tegak nyanyi ramai-ramai...memang seronok. Coaches pulak memang sangat berdedikasi. Semuanya ada license untuk mengajar. Setiap posisi ada coachnya sendiri. Ramai daripada budak-budak sini sedang main untuk State team under 12, under 14 dll. Players pulak memang ada pelbagai bangsa. Bila ada tournament, mak-bapak lah yang paling kecoh dalam dunia mengalahkan coach!

Dalam perjalanan nak balik rumah, dalam kereta, tak habis-habis cerita pasal bola. Abang cerita macamana dia buat clearance kat depan gol lah then Yuya pulak cerita macamana dia tangkap bola dengan style yang baru dia belajar tadi...kecoh....then aku kena stop kat 7-11 sebab budak-budak nak "slurpee" nak hilangkan dahaga katanya! Kelas.....aku rasa masa aku kecik-kecik dulu pun macam ni jugak kot....macamanalah mama dok layan kerenah aku dulu....hei...ngeri.....

2 ulasan:

VimmiYasmin berkata...

Unlce

biar penat biar habis duit! asal anak2 happy!
mesti rindu banget kan bila dah balik bekerja nanti!
rindu rindu sesangat pada isteri dan anak2!

Uncle berkata...

Dear Vimmy,

Of course Uncle akan merana bila balik nanti. I am very2 close to my kids. Tidur pun sama-sama. Syoknya...bahagia rasa...

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...