(aku masa nak check out)
(hotel yang cantik, bilik yang besar cukup untuk aku satu family)
(gambar ni aku suka sebab chinoni@cun sangat)
(the right color combination, don't you think so?)
(very soothing.....)
Masa aku nak balik KL dulu aku ada browse kat hotel-hotel di KL. Bukannya apa, cuma nak tengok ada ka hotel-hotel baru? Memang aku suka try pun, dah kerja macam tu nak buat macamana? Cari punya cari, aku terjumpa dengan Portman Hotel Putrajaya. Aku pun call Portman. Itupun aku ternampak nombor talipon kat belakang teksi kat depan KLCC. Lepas bersembang sakan, dia cakap bulan March baru bukak. La pulak, dalam internet cakap bulan Januari!
It's okay, since budak-budak semua cuti sekolah, dan Aunty pulak tumpang cuti sekolah sama sampai Rabu, aku pun buat arrangement kat Shangri-la Putrajaya. Rate was ok and inclusive of dinner for 2 (which I went to Alamanda instead for dinner!) and breakfast for 2 the next morning. So apa aku buat? Pagi tu bertolak dari rumah pukul 11 sebab aku plan nak pergi Alamanda dulu then lunch kat sana ka, tiba-tiba plan dah lari sikit. Kami singgah kat Awan Besar makan satay Hj Samuri pulak! Mmmm frankly speaking, I personally prefer satay Zaini kat International School Ampang. Lebih juicy dan sedap including the kuah kacang. Better then Samuri. Samuri satay is very dry! Ok, that's my personal opinion yea...lepas makan, Aunty teringat ada benda yang tertinggal kat office dia, so kami terus kesana pasal memang dalam perjalanan pun. Lepas tu baru kami pergi Shangri-la. Pusing punya pusing last sekali baru jumpa lepas tersesat ke Hospital lah, nak ke Dengkil lah.....eh, Lan Dengkil (yang buat lagu tu la..)ada lagi ka?
Sampai kat hotel, dari luar aku tengok, nothing special cuma bangunan panjang 4 tingkat. Aku sampai dan terus check-in. On the way up to my room on the 4th floor, one of the staffs addressed me by name. Dia tegur aku dan tanya aku sekarang kerja kat mana? Mmmmm aku blurr sekejap. Muka dia very familiar tapi aku dah lupa kat hotel mana aku jumpa, ataupun mungkin dia pernah kerja dengan aku dulu!
Bilik memang cantik dan besar. Bathroom pulak, memang menjadi igauan aku dari dulu. Happy sampai guling-guling....bathroom amenities dia, pergh class....aku suka.......I like....anak-anak aku yang dah lama tak ofuro, terus bogel...siap tuang bubble bath banyak-banyak yang Aunty beli kat Body Shop hari tu. Aku pulak sibuk lagi dok belek arrangement kat dalam bilik. Ada balcony with good safety features unlike Guoman that day. Meja tulis yang besar cukup untuk businessman, 2 katil besar yang cukup untuk kami 5 orang, satu kerusi malas yang aku memang agak malas nak duduk sebab takut malas nak bangun, wardrobe yang just nice....alahai...syoknya kalau hari-hari macam ni.....sambil berangan aku terus tertidur sekejap. Bangun-bangun je anak-anak aku dah muka masam, la....pasal apa pulak? Rupa-rupanya dalam mamun sebelum tidur tadi aku janji nak bawak semua pergi swimming! 2 jam anak-anak aku tunggu.....kesian depa! Heh3.....Uncle Mudah Lupa.....
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
4 ulasan:
Uncle;
Zaman kegemilangan I dengan PETRONAS, Putra Jaya ShangriLa is our favorite location ...
Workshop, conferences, training, brainstorming session ... semuanya kita orang akan buat kat sini ...
I like the Internet Speed, Gym Dia, Bilik Dia, View dia, (Makanan dia so so ajer) ... everything about ShangriLa ...
Insya Allah, nanti balik malaya nanti nak stay sini jugak ler sehari dua ... to pamper anak anak hehehehe
By the way, ari tuh terbaca you pernah keje kat Paya Serai (Hilton PJ), and Paya Serai is MY FAVORITE restaurant ... makanan melayu dia memang rasa MELAYU!!!!!!! Suukkaaaaaaa sangat!!!!
"Samuri satay is very dry!"
hahaha.. betol3. sebab ramai sangat org nak makan... pekerja dia pun pening pale. cawangan banyak sangat.... gitu la jadinya.
Dear Ghazaaz.
I memang suka ronda-ronda, lepas satu, satu pulak I pergi. Bukannya apa, cuma nak compare facilities, services etc. I think by the time you come back, you should try Portman pulak....nampak macam cun!
Uncle
Dear Kuey.
I had satay at Melawati. I tengok tukang bakaq tu continuously bakar satay non stop, tak kiralah orang ada ke tak....then dia letak dan tinggal atas counter. Uncle yang baru sampai, order satay, dia ambik dari situ...alahai...kalau nak berniaga!
Uncle
Catat Ulasan