(apa nama pokok ni? Sebelah tu hanger baju aku!)
(bunga dah banyak. Burung selalu datang. Meriah!))
(Ni pun apa nama? Pasu sebelah tu nak tanam cili. Fitah, apa petua tanam cili?)
(Gantung sikit kasi hijau!)
Tanah kat rumah aku memang subur. Campak ajelah apa pun mesti menjadi. Dari pokok cili, pokok pandan, limau purut, limau bali, mangga, kara poley (daun kari tu!), kelapa, pokok bunga, semuanya naik elok. Yang aku belum try cuma ketum.....katanya memberi tenaga! So dalam boring-boring tak tahu apa nak buat, aku pecut Harley aku pergi "nursery pokok". Nanti bila aku teringat, aku ambik gambar Harley Davidson Touring 09 aku tu yea! Selalu sangat dok sebut, mesti ada yang nak tengok gambar HD aku yang cun-melecun tu! Sampai aje kat nursery, aku cari pokok yang colourful or at least hijau...untuk menjadi terapi minda aku. Aku suka sangat hijau-hijau ni...belek punya belek, aku terjumpa satu pokok. Daun lebar hijau tapi tepinya merah. Then ada pulak daun besar merah...pergh...cun ni...apa nama pokok tu? Jangan tanya aku sebab memang aku tak tahu. Aku cuma tahu beli dan tanam, then jirus kasi besar. Next time bila aku balik confirm dah mati....
Syoknya tanam pokok ni, masa tengok dia besar subur, hati dan hidung pun jadi besar dan subur! Aku teringat masa aku kerja kat Shangri-la Penang dulu masa jadi room boy. Aku dapat promotion sebab aku rajin kemas bilik. Ingatkan jadi supervisor, rupa-rupanya dia offer aku jadi florist aka tukang kebun dalaman! Aku pun ok saja sebab gaji naik RM20....heh3...seronoknya naik gaji! Aku bukannya tukang susun bunga ataupun trim bunga, aku cuma jadi tukang hantar bunga kat VIP room. Ada sekali tu Dr. Mahathir datang dengan isteri. Aku punya excited. Aku hantar bunga kat bilik dia. Memang cantik bunga tu. Bila aku nak keluar bilik Tun masuk bilik. Dia actually nampak aku letakkan bunga atas coffee table dia dan tepi katil dia. Tiba-tiba dia kasi aku RM50 tips. Wah....kembang lagi hidung aku. Mana taknya....increment aku RM20yang aku dapat rasa sebulan sekali, tapi yang ni sekali dapat RM50! Mewahnya.....banyaknya duit dia......aku fikir....masa tu itulah tips yang paling banyak aku pernah dapat. Lepas tu aku naik Yellow Bus nombor 77 (nombor mesti warna hitam, kalau merah dia pergi tempat lain)balik Brown Garden dah teringat nak pergi pasar malam kat Taman Saadon beli satay ataupun mee Pak Bakar (aku ingat Pak Bakar must be in his late 80's now) kat tepi Rukun Tetangga kat padang mainan tu!
Then 2-3 tahun lepas masa nak raya, aku teringat nak beli bunga letak kat rumah. Kasi meriah sikit. Nak Raya...nak Raya...and since aku ada kat Subang Jaya masa tu (weekly round, melawat kakak aku), kakak aku cakap ada satu kedai bunga memang best in the world collection dia dan harga pun macam kat Maidin, memang murah. Aku pun apa lagi, dengan cadangan bernas tu, aku pun ajaklah kakak aku pergi. 3 jambak aku beli. Ada putih, ada merah dan ada kuning. Hah...ambik kau! Dalam perjalanan nak balik rumah, aku call Wakana dan cakap suruh siapkan flower vase (flower vase present kahwin dulu ada lagi). Dengan semangat berkobar-kobar nak tengok rumah cantik selain esok nak Raya, aku pun bagi lah 3 jambak tu kat mem aku suruh hias. Ah So tu siap balut dalam paper Nanyang Siang Pau lagi! Bila Wakana bukak aje paper tu, dahi dia berkerut-kerut. Aku jadi heran dan blurr. Aku tanya dia pasal apa? Tak nak kasi cantik ke rumah kita? Dia jawab balik, bunga-bunga ni kalau kat Jepun orang hias kalau ada orang mati je.......memang berkesan kerja aku jadi florist kat Shangri-la Penang dulu! Heh3....
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Khamis, Januari 15, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
19 ulasan:
salam uncle
saya pun minat bercucuk tanam. terapi minda. dulu masa kerja Ayamas,dapat jer bonus saya bantai beli pokok orkid 10 pasu. Tiap tahun saya giler beli pokok orkid. Tp hadiahkan pada arwah mak mentua.sampai sekarang pokok hidup subur sebab dok kt kampung.
Sekarang kat rumah saya ni pun ,walaupun takder tempat , saya belasah susun kat tangga jer. Semua HIJAU! Yg berbunga susah jaga sebab nak berbaja bagai!
Nanti bolehlah kita tukar tukar pokok! he he he
Idea yang sungguh bernas.....apa kata kalau tukar pasu kosong tapi dapat pokok? Amacam ok tak cadangan tu? Heh3...
Uncle ...
Bila nak balik nihhhh .... dah bercucuk tanam lak .... risau ler ... nanti tak nak balik sini dah ker?????
pokok tu nama cordyline..sederet 3 pokok hat hujung skali pokok puding @ croton...aiwah. kat mekah pon ada pokok ni uncle?
Salam Uncle,
Lama tak tulis apa2..sibok dek sekolah dah buka! Ziarah kat sini hari2.
dah minat tanam pokok pulak? baguslah tu...pokok yg kat atas sekali tu namanya jenjuang..kalau kena cahaya matahari nanti daun2nya jadi merah..cantik. umah kak nab banyaklah..
kak nab mmg minat tanam pokok2 ni..tp lately dah tak larat nak manage..byk kak nab kasi kawan2 & bawak ke taman herba kat sekolah..including pasu2 pun!
kalau uncle dok kat kuantan ni sure kak nab dah kasi uncle!
Uncle..
pokok tepi hanger tu bukan pokok kemboja yg org tanam kat kubur tu ker..hikhik..
Saya pun suka bertani menggunakan kaedah 3T..Tanam,Timbus,Tinggal...
salam uncle
kawasan umah uncle besar rupanya. boleh buat Futsal ni. Pohon hijau pun bantak tentu subur mata memandang.
** tanam bunga tu tengok tangan gak uncle. kalau campak kena Pulak tangan kematu macam den ni habis kering kontang bunga tu dibuatnya (he9)
Salam Ghazaaz...
Amboi...tak lupa aih......takkanlah kawan tey secewen pun boleh lupa....nak kena la tuh! Ala...pokok tu masa Uncle ada kat rumah je.....lepas tu habih la..
Uncle
Hi Siti...
Oooo cheq organg tanjong ka? Sama la kita no....lama tak pekena nasi kandaq kat Kasim Mustapa...ni dok meleleh ayaq lioq ni...cheq pun suka pokok ka? Uncle selalu tanam pokok pandan dgn kara poley ja....
Uncle
Kak Nab..
Ingat Kak Nab pi mana? Lupa yang KN dok mengajar! Saya pun tumpang sibuk bila budak-budak masuk sekolah...ni pun baru lepas mengajar Abang bab Microorganism! Heh3...berkarat jugak nak mengajar. Macam manalah KN dok handle budak-budak sekolah!
Uncle
Pinat.
Memang bagus system 3T tu. Last sekali pokok pun MaT! Heh3...
Dear Dila.
Memang besar depan rumah Uncle. Tapi dalam rumah kecik! Anak-anak suka main bola dulu sampai rumput semua mati! Sekarang dah banned, tak boleh main lagi.
Uncle
Dear Uncle...sorry la..been very busy with school..its madness over here, nak bukak internet pun tak sempat.
Bila tanam cili mestilah kena jaga lebih sikit masa peringkat awal...water regularly, letak baja selalu and most importantly TLC..barulah pokok dia besar and buah pun lebat-lebat.
Good luck...
salam uncle,
saya kot pegang pokok, terus kiok la. mak kata tangan panas. siram pokok pun failed.
pi la keje kat vietnam, ok situ. kami dok situ lama gak. dekat pun dgn msia ni.
budak koleq jgk ka? sama dgn uncle kat rumah ni..
Fitah ooiii.
Uncle ni kan savvy giler...TLC tu amende? Tolong Cantas ke? Kalau macam tu terpaksalah Uncle beli cili kat Giant je! Eh kalau siram sehari 2 kali pagi dan petang ok tak? Cukup ke tu?
Uncle the Gardener macam Bob the Builder!
Dear Mulan.
Memang Uncle teringin sangat nak kerja kat Vietnam tu. Nampaknya belum ada rezeki. About College? Kolej Sultan Abdul Hamid ka Malay College? Actually Uncle dari SDAR Seremban kat Sikamat tu tapi sekarang sekolah tu dah pindah pi Sg. Gadut! In fact malam ni ada gathering lagi batch 85'.....
Uncle
Uncle,
koleq tu MCKK ler.
Hahaha..TLC= Tender Loving Care =P
Cukup la siram 2 kali sehari tu, byk sgt nanti lemas pulak pokok tu.
ya uncle, sy org penang. lahir mmg kat tanjong. hospital penang yg klasik tu..sy blaja landscape, sbb tu wajib kena tau nama pokok.uhuh
Dear Siti.
Good that you recognise all the plants. Macam tu baru betul...Uncle ni main tanam je...by the way hospital Penang yang tersangat de classic tu? Depan dia kan ada padang besaq, Uncle masa Form 6 kat Chung Ling Ayaq Itam dulu, main rugby untuk Penang, so selalulah kami training kat padang tu, then bila boring tukaq pi padang Recsam lah...USM lah, padang Penang Free lah...macam-macam ada....this trip ingat tak dan la balik Penang! Tsk...tsk...Kassim....Kassim Mustafa.....
Uncle
Catat Ulasan