Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Selasa, Januari 06, 2009
What A Wonderful World!
Last Sunday, macam aku kat Mekah, aku dah bangun awal. Pukul 5 pagi mata dah terkebil-kebil. Then dah tak tahu nak buat apa lagi. So sementara aku nak tunggu masuk waktu Subuh, aku pun pakai glove (baru beli) then pegang dumbbell, hayun pelan-pelan. Buat 5 sets with 10 repetitions, terus lengan aku jammed! Macamana aku pakai glove pelan-pelan, macam tu jugaklah aku bukak glove aku pelan-pelan. Heh3....nasib baik boleh angkat tangan buat takbir lagi, kalau tak...memang sah aku jalan tegak!
Tengok tv sat then selepas solat, aku dah start engine HD aku. Penat jugak nak start sebab malam tadi hujan, so body dia sejuk sikit. Lepas 7-8 kali tendang (kick start) barulah boleh. Lenguh lutut aku! Actually last week aku main badminton dengan abang kat depan rumah, bila dia bagi drop short dan aku try nak ambik, movement aku dah rasa keras especially kat lutut kanan aku. Aku rasa menyucuk-nyucuk kat situ. Aku biar dulu then main lagi. Then masa trip ke PD tu aku jog kat treadmill bagai nak gila pagi dan petang. Mungkin tiba-tiba kerja terlebih kot, lutut kanan aku dah start berdenyut-denyut. Jumpa DR. Patrick, dia kasi jab kat belakang aku then kasi ubat tulang. Huh? Ostoeporosis ke ni? Biar betul? Dr. Patrick cakap, "Shahrir, you ingat you ni Lee Chong Wei ke?" So sampai hari ni lutut aku masih berbandage lagi...dulu masa main rugby dulu pun serupa jugak, memang kat situlah selalu injured! Aku tackle Dan Carter lepas tu Dan Carter tackle aku.....
Di pagi Ahad yang syahdu tu, aku naik motor pergi beli newspaper. Macam biasa jugak, aku lepak kat depan rumah, baca paper sambil kena kopi secewen. Sampai 4 paper aku beli. Hah...ambik kau! Puas.......sampai iklan jual motor pun aku baca! Dalam pukul 10-11 pagi aku usung semua pergi KLCC. Marina nampak je benda alah yang kena masukkan duit tu terus dia melompat nak naik. Aku cakap jangan dia cakap nak, aku cakap jangan dia cakap nak jugak...last-last macam biasa, sebagai Papa Mithali aku bagi jugak Marina naik walaupun aku tak masukkan duit......baby aku senyum sebab dapat naik dan aku pun senyum sebab tak masukkan duit. Kira-kira macam Steven Covey cakaplah...."Win-Win Situation!" Heh3......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
6 ulasan:
Uncle,
Have a nice time with your family.
Memang pun Kak Nab...ni sajalah harta yang saya ada! Kena jaga betul-betul ni amanah Allah bagi!
Uncle
ada apa dengan klcc..
huuhuu..
asyik ke suria klcc je uncle.
=)
uncle
bestnya balik kg kan:-)
Dear Kuey.
Nothing special. It's just that when I take the elevated highway, it takes me straight to the KLCC carpark! Then besides that KLCC tinggi dan tak memanjang macam MidValley so tak letih nak jalan. Heh3...
Uncle
Dear Dila.
The best is entertaining my kids. At the moment I ada kat KL office, I usung Marina sekali. Dia tengah main pusing-pusing kerusi ni...
Catat Ulasan