Rabu, Jun 10, 2009

Cerita Hari Selasa

(penyamun tarbus!)

(singapore nak check out, aku hantar sampai kat bas. Tengok gaya pakcik sebelah kanan tu berposing, tengok kaki dia tu...kelas.....macam orang kaya-kaya!)

(baru try, tak cun lagi)

(fellow sdarian batch 85 dan 99)

(stock dari fellow blogger, yati dan adik dia, thanks...)

Hari ni hari Selasa. Aku sibuk sikit. Semalam hari Isnin. Aku sibuk jugak. Sebelum tu off day aku, hari Ahad. Pun aku sibuk jugak. La....biar betul ni. Occupancy masih ok lagi, tak lah tinggi sangat tapi aku jadi busy tak tentu pasal pulak. Kalau ikutkan trend sekarang ni memang relax sikit sebab negara-negara lain semuanya tak cuti lagi. Yang cuti sekarang yang aku tahu cuma Malaysia dengan Singapore. Negara Arab yang lain, cuti sekolah bulan 7 nanti. Huh, masa tu barulah aku berlari macam ayam tak ada kepala @ chicken without head! Ok, aku cerita sikit pasal apa aku jadi terbusy 3 hari ni. Hari Ahad lepas since aku off, malam sebelumnya aku tidur lambat. Lebih kurang pukul 3 pagi. Bangun pulak awal yakni 5 pagi. Takpalah sebab aku ingatkan aku off, jadi aku boleh tidur lepas breakfast ka, lepas lunch ka sementara nak tunggu Asar. Gung-gang gung-gang, aku dapat call bagitahu yang ada Malaysian nak jumpa aku kat Hotel Najd. Kat mana hotel tu? Setengah jam aku cari barulah terjumpa kat belah-belah belakang tempat sa'e. La...kat situ ka? Sembang sat 1-2 jam, breakfast dengan depa then jalan longlai balik hotel. Sampai ja hotel aku terserempak dengan VIP. Sembang dengan depa sat kat Lobby. Make sure semua arrangement ok dan takdak complaint. Lepas tu aku jalan longlai lagi balik bilik. Sampai kat bilik aku dapat call, ada 3 pax lagi nak sampai dari Madinah. Aku kalut turun arrangekan kunci, fruit basket, check bilik etc. Ok beres....jalan longlai lagi naik bilik. Dok sat, dapat call lagi ada orang nak buat payment after zohor. Turun lagi kat lobby. Organise payment apa patut. By 3pm settle...jalan longlai lagi balik bilik.....huh, yang ni memang longlai....malam lepas isyak ada Malaysian guest nak jumpa lagi. Kelas.......actually, aku seronok kalau busy macam ni. Kalau tak busy macam ni aku pulak jadi susah hati! So to all my guests, aku happy sangat dapat jumpa dan melayan anda semua. Memang dah kerja aku...ala-ala lagu bangau oh bangau!

Gambar no 1. Minggu ni aku sibuk ambik gambar untuk menu aku. Lepas habis ambik gambar, depa ni suruh aku ambik gambar depa masuk dalam menu sekali! Memang sah nak kena helikopter ni penyamun tarbus ni semua...heh3...

Gambar no 2. Ni group TM Fouzy dari Singapore. Lepas cerita berjam-jam, depa bagitahu kat aku yang semuanya actually dari Malaysia. Ada dari Gombak, ada dari Parit Raja, ada dari Pernu...la....awat tak habaq? Seronok bersembang dengan depa semua. Ada sorang tu cikgu pencen. Dia suruh aku pergi singapore makan sup tulang. La....pi singapore makan soup tulang? InsyAllah pakcik...nanti saya sampai. Kami bersembang sakan. Entah macamana kami boleh bersembang topik Keris Mas, Mana Sikana, Tongkat Warant dll. Aku pulak terkeluar cerita Pramoedya Ananta Toer! Macam bagus je....lepas ambik gambar kat Lobby, aku hantar group ni sampai kat bas. Siap lambai-lambai lagi. Menangis makcik sorang tu sebab tiap-tiap malam aku tunggu dia makan...

Gambar no 3. Ni satu lagi kek aku yang kecik-molek dan yang tak berapa nak menjadi. Adoi...la ni tiap-tiap hari aku dok kat Pastry. Macam ni kalau Amy Beh pun kalah ni...

Gambar no 4. Tiba-tiba aku didatangi oleh sdarian yang buat umrah. Thanks a lot for staying here with us. Seronok bersembang dengan depa. Ada junior sorang tu dari batch 99'. Memang aku tak kenal langsung lah....jauh tu! Tapi bila bersembang hilang age gap. Bukan dia rasa tua, aku pulak yang rasa muda..heh3...eh, aku lupa nak tanya apa nama dia!

Gambar no 5. Huh...yang ni guest special aku bagi. Fellow blogger dari KL/Melaka. Cikgu Yati. Katanya dia rajin baca blog aku. Aku happy sebab Cikgu Yati suka baca. CY bawak makanan lagi kat aku. Pergh...orang berbudi kita berbahasa....2 paket kari ikan segera, 2 paket cabai kerin', satu paket ikan bilis dan 2 paket lagi makanan segera yang aku dah lupa nama. Orang Melayu kata, "Thank you yam flower, if have, give me more!", eh... boleh ka aku translate "Terimakasih daun keladi, kalau ada ada bagilah lagi" macam ni? Ni yang cikgu Bib dok ketap-ketap bibir dengan aku ni......lari.....

16 ulasan:

kucingorengemok berkata...

kalau tak salah hotel najd tu dulu extensionnya (illegal kot) pernah runtuh masa musim haji 2006 kot... ngeriiiii.

taj berkata...

salam,

boleh tahan juga penyamun tarbus uncle tuh...

kesian uncle, longlai segala melayankan kerenah followers semua...ada hikmahnya( biasalah dah glamorkan)

mmg klas posing pakcik tuh... cam model pulak..hehhe

anyway take care yr self...

CM berkata...

Salam uncle

Seronok yer cerita hari selasa ni,biasa yer hari selasa ni jarang seronok hari minggu lainlah...

Nk tanya ni??pe makne `ayam tak de kepala`or chicken without head,teringat masa kecik2 saya suka perhati abah/atok saya sembelih ayam kg,pas putus separuh kepala depa lempar kt rumput,melenting2 ayam tu sampai dia mati..cam tu ker??hiss tak mahu uncle ,doakan uncle panjang umur jer..

Pakcik dari pernu??pernu kan sebelah kg sayakan umbai,kat mana lah umah dia agak yer,kalau tahu boleh pi ghaya..dpt duit raya..

Uncle berkata...

Dear KOG.

Mungkin, Uncle tak pasti. Tapi depan dia sekarang ni dah tanah rata dah...banyak teksi kat depan tu.

Uncle berkata...

Dear Taj.

FYI, tu semua bukannya bloggers....ada orang kampung Uncle yang baru sampai, ada dari Riyadh, dari Madinah and so on...kalau bloggers nak datang, lagilah Uncle happy sebab selalunya bersembang kat ruang yang sempit ni je! Eh famous ke? Janganlah cakap macam tu. Uncle ni orang pun tak kenal...takut jadi riak, astaghafirullah. Dijauhkan!

Uncle berkata...

Dear Cikgu Mas.
"Ayam takde kepala" tu adalah satu falsafah Perancis di zaman Napoleon Bonaparte sewaktu dia hendak memenggal kepala Mary Antoinette dengan menggunakan "guillotine" di sekitar kawasan Arch de Triomphe...maka apabila dia menjatuhkan hukuman tersebut ramailah rakyat jelata.....bla...bla...bla...bla...tapi kalau ikut bahasa senang, maksud dia kelam-kabut je!

Unknown berkata...

Uncle, makan serunding tak...kalau makan nak bagi nie...nak ikan ke ayam. Then, boleh just walk in and call you tak or you may tell me your free time.

CM berkata...

dear uncle

peergh..keterangan bersama fakta sejarah bagus2 uncle...tapi kan cikgu sejarah kata cam kelam kabut jer fakta tu...macam ada unsur auuutta,..jer,he,he

Uncle berkata...

Dear NA.

Thanks for the offer. Kalau ada balance tu apa salahnya...datanglah sini....Uncle sentiasa menunggu. Anytime is fine with me. Walk-in pon tak kesah...

Uncle berkata...

Dear CM

Nama2 yang disebutkan bukanlah fiction tapi kenyataan, cuma cerita dia diolah sikit oleh pengarang. Heh3...ala-ala lagu P Ramlee dapat kat Siglap 5! Btw, kat Telok Mas dulu ada pakcik takraw nama dia Kassim Bulat...then ada sorang lagi nama dia Ghulam Nabi, adik kepada Ghulam Rasool...serious ni tak tipu! Semua nama-nama diatas adalah para pekerja Jabatan Penjara Telok Mas...

CM berkata...

dear uncle

sebut pasal dulu2 n nostalgia ni uncle tahukan Jaya Supermarket runtuh minggu lepas 7 org mati..sedih saya uncle kt situlah dulu tempat pi cari sabun fab,ubat gigi,ubat nyamuk..hu.hu.kesian org dekat2 situ kena pindah..tak dapat lagi uncle tengok monumen sejarah uncle makan nasi ayamn umah kak Anne yang tepi longkang ada pokok rambutan tu...ni tak tipu yer..

Uncle berkata...

Dear CM

I'm shocked and takziah to keluarga mangsa..Uncle ingat lagi dulu dok pi baca buku Enid Blyton kat kedai buku disitu. Then shopping kat situ jugak! That's the best shopping complex in the 70's era. Talk of the town gitu..

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,
Eh! Baca Enid Blyton jugak dia! Samalah kita..kah2. KN baca Barbara Cartland..Denise Robins..all the love stories ...nostalgia..

Uncle berkata...

Dear KN.
Jangan tak tahu, saya pun baca Denise Robins...gambar kat kulit tu romantic giler...kan saya ni jenis yang baca semua genre....termasuklah Mingguan Perdana, Variasari dan tak lupa Herald Tribune dan Asian Wall Street Journal. Habis semuanya baca!

siti tanjung berkata...

hehehe..pakcik tu tunjuk skill bergaya..tu baru kaki silang..heheheheh..so cute

Uncle berkata...

Dear Siti Tanjung.
Memang style dia macam arwah Mahmud June yang pakai seluaq yengki naik vespa nak pi joget! Heh3...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...