Ahad, Jun 21, 2009

Father's Day

(kalaulah aku dapat..)

(kelas......macam orang kaya-kaya!)

(tengah tengok Haram dari bilik)

(aku yang tersenyum paksa)

(paling penting untuk aku!)

(gambar-gambar ni semua aku selinap dari blog kamitaken, blog lotfi, bloq waseem dan blog najwa. Kecuali gambar yang terakhir. Total semuanya 4 blog. Semua yang aku sebutkan tadi adalah character-character yang dah berjaya mewarnakan bumi Mekah ni. Ramai tu.....)

Tiba-tiba semalam masa aku tengah nonton Berita TV3 online, ada dia buat tribute pasal Father's Day. Betul aku terlupa....ada jugak a few times fellow bloggers ada ingatkan aku pasal Father's Day ni tapi since aku tak celebrate dan tak ada apa specialnya kat sini, jadi aku terlupa langsung. Macam aku cakaplah dulu, kalau kat KL ni, pergh...dah macam-macam program aku dah organise. 3 bulan sebelum event, aku dah arrange dengan PR lah, masuk paperlah, buat flyerslah, kadang-kadang masuk radiolah. Memang meriah...macam nak pilihanraya pun ada!

Tapi since aku sekarang ni tengah berkelana sorang-sorang, jadi, tak ada lah apa yang aku ingatkan selain daripada kerja dan keluarga. Otak aku ni tak pernah switch off teringatkan family aku. Kalaulah aku ni tak tidur, memang sah 24 jam aku dok melangut teringat kat depa. Itulah kasih-sayang sorang Bapak pada anak-anak dan isteri dia. Maka tipulah aku kalau aku kata yang aku happy kat sini. Tapi ini bukan bermakna yang aku tak happy kerja kat sini. Aku happy, tapi cuma kalau depa ada lagilah aku happy.

Kasih-sayang aku pada keluarga tak pernah berbelah bagi. Pada Aunty, pada Abang, pada Yuya dan pada Marina. Apa yang aku buat sekarang ni semata-mata untuk depa. Aku kerja siang dan malam untuk depa. Cari duit untuk bayar perbelanjaan depa. Cuma harapan aku, anak-anak aku nanti tak lupakan susah-payah aku dan aunty. Anak-anak aku nanti tak lupa doakan untuk aku dan aunty. Anak-anak aku nanti tak lupakan amal jariah. Anak-anak aku nanti tak abaikan tanggungjawab pada aku dan aunty. Anak-anak aku nanti tak lupakan adik-beradik yang 3 kerat saja tu...

Aku dan mungkin jugak aunty, tak perlukan wang ringgit anak-anak. Aku dan aunty tak mahu meragut kebahagiaan anak-anak bila depa dah besar dan dah ada keluarga sendiri. Aku dan aunty tak mahu disuapkan makanan bila kami dah tak larat nanti. Yang aku mahu cuma anak-anak aku rajin datang menjenguk aku dan aunty bila kami dah tua nanti. Datanglah tengok kami dirumah yang sekangkang kera tu. Datanglah jenguk rumah yang pernah kamu semua membesar dulu. Datanglah cium pipi Papa dan Mama sebagaimana Papa dan Mama mencium pipi kamu masa kamu kecik-kecik dulu...

Jangan bergaduh sesama sendiri. Adik-beradik kita tak ramai. Cuma yang ada kita berlima saja. Pada Abang, jagalah Yuya...pada Yuya, jagalah Marina...pada Marina, jaga dan peringatkanlah abang-abang kamu yang dua orang tu. Dan pada semua, jagalah Mama...Mama pun dah banyak berkorban untuk kamu semua. Mama yang lahirkan kamu semua, mama yang besarkan kamu semua sebab Papa tak pernah ada kat rumah. Mama yang berlari kesana-kesini hantar kamu pergi sekolah, hantar kamu main bola, bawak kamu pergi klinik bila kamu sakit, mandikan kamu masa kamu semua kecik-kecik dulu, tepuk-tepuk ponggong kamu sambil nyanyi kasi kamu semua tidur walaupun kamu semua tak tidur-tidur jugak...besar pengorbanan Mama. Ingat pesan Papa dan Papa akan selalu berpesan pada kamu semua...

Jadi, pada semua Bapak-bapak yang ada kat luar sana ataupun yang akan bergelar Bapak dan jugak pada Bapak-Bapak kita dan juga yang dah arwah, aku nak ucapkan "Selamat Hari Bapak....."

26 ulasan:

PINATBATE berkata...

Alamak..sedih pulak baca entry ni..

sob..sob..sob..

Uncle berkata...

La...sedih ka? Uncle actually nak bagi Pinat gelak! Heh3....happy FD to your abang and your father and your abang's father and your neighbours father too!

Hey you....hotel apa kat Pangkor tu?

PINATBATE berkata...

Hotel tu kat Lumut lah Uncle..Orient Star..kat Pangkor kami duk kat chalet jer..

Gambar dengan Lotfi tu uncle nampak kurus kan..

Uncle berkata...

Brilliant! Memang best nampaknya...rating doesn't matter as long as kita puashati dengan layanan yang diterima. Uncle kat Ulu Bendol pun duduk kat khemah tepi sungai...mana ada hotel!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Uncle,
Happy Father's Day to you. Sedihnye uncle tulis jiwang2 gini..macam2 pesanan..aduuuss!!

Uncle berkata...

Dear KN.
Macam tu lah kita ni kan...macamanalah agaknya pesanan KN kat anak-anak KN pulak yea...how time flies...dulu mak bapak kita pesan kat kita, sekarang turn kita pulak...tsk...tsk..tsk...

Carrie-Ma berkata...

uncle,
bestnya uncle hari2 dpt tgk kaabah. saya dan family yg baru 5 hr blk dr umrah ni pun rindu nk ke sana lg. hr tu masa di makkah, nmpk hotel alsafwah tmpt uncle tu tp segan la plak nk gi sana. kami gi sana duk hotel biasa jek.

Uncle berkata...

La...kenapa tak cakap? Pasal apa segan? La...janganlah macam tu, lain kali bagitahu ok!

Nek Rock berkata...

yooo uncle dear,

happy belated father's day!!

as a parent kita memang tak harap apa2 dari anak2 bila mereka dah berkeluarga sendiri cuma nak mereka ingat kita dan doakan kita cukup lah kan kan uncle:)

nek dah melalui semua ni, both anak2 nek dah bekeluarga and dah punya anak masing2, nek lak dah merantau jauh but eventho dorang dah beso panjang nek masih call to monitor them, hehehe biasa lah mak dorang ni disiplin kalah general, hahaha

Uncle berkata...

Dear NR.
Untungnya bila anak-anak dah besar. Tapi sedih pulak bila depa dah cepat besar...rasa macam nak depa kecik lagi...btw, Marina dah ada yukata@kimono for summer dan dah ambik gambar. Wakana cakap dia beli warna pink untuk Marina. Horey! Tak sabar nak tengok gambar...janganlah besar cepat sangat!

Nek Rock berkata...

yoo uncle cakkk, hehehe lom tido eh

itu lah masa anak kecik2 rasa nya kalau boleh nak pam2 kasi dorang cepat besor tapi bila dah besor dorang buat hal..rasa nak pancitkan jadik kecik semula..ahahhaha

wahhhhhhhhhhh marina dah ada kimono..perghhhhhhh mesti cute, pat aaa letak gambo

Uncle berkata...

Heh3.....memang nak pam pon...heh3....oh yes, saya pon tak sabar nak tengok gambar tu. Wakana cakap seminggu lagi baru siap then atok akan poskan dari Tokyo....pergh mahu sebulan lagi baru dapat upload nih....lamanya...

Nek Rock berkata...

alamakkkkkkkk suruh atok scan and email jer aaaa, cepat sket

ishh uncle ni tak kan lah sebulan nak pos dari tokyo, ke uncle teringat zaman dulu2 masa penpal berbulan2 baru dapat reply dari kawan2 seluruh dunia, hehehe

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

Salam Uncle...

Pergh!!! tengok POTRAIT tu macam Menteri ler, ada gaya ada class!!!!
Yang paling atas cik NIK ON tuuncle dah dapat erk
lepas ni boleh shoot marbelles punya...panjang lens tu (70-300)

Uncle
tak terlambat nak ucapkan Happy Father's day
Moga menjdi bapa yang Mithali
Takecare uncle.....

ms.legolas berkata...

Hi Uncle..
Happy Otosan Day..
bila pakai kamera mahal,
gambar pun nmpk cam org kaya2 ye...

Smlm I beli buku(kisah Dr. Mahathir dari kecil,camne bapa dia asuh dia,best nya dlm bentuk mangga) kat MPH n suruh anak2 tempek kat buku tu utk hadiah kan kat bapa diorg..tak sangka pandai lak diorg cari ayat..touching sungguh. ms. legolas nya lak paling comot coz ashik liquid smp kena tampal ngan kertas lain.

Tak sabar nk tgk Marina pakai yukata... kitto kawai desune

Uncle berkata...

Cik Nik On tu tak dapat lagi lah...tu orang punya tu...kan ada caption kat situ cakap "kalaulah dapat..."

Macam Menteri? Dulu nak jugak jadi tapi sekarang ni mmmmmm tak payahlah...dah hilang minat....heh3...btw, thanks for the wish!

Uncle berkata...

Dear Ms Legolas.
Tu camera orang lain tu..Uncle manalah ada duit nak beli yang besar2 macam tu! Sekarang pakai yang auta focus tu je...

Bagus beli buku2 macam tu untuk anak-anak. Why don't you google and check on ESQ Training. Katanya bagus...my friend has attended. Pun ada untuk kids..

Leesa Liisa berkata...

HAPPY FATHER'S DAY UNCLE!!!

Uncle berkata...

Dear Alicia.
Happy...happy...horey!

Uncle berkata...

Dear NR.
Gambar tu kena ambik kat studio sebab ada girls celebration kat sana yang depa panggil "Shichi, Go, San" atau kalau translate untuk budak2 berumur 7, 5 dan 3 tahun. Dulu abang dengan yuya pun pakai kimono ambik gambar kat studio...it's a big celebration kat Japan dan semua Japanese comunity around the world. You can google and read about this event. Very the interesting!

NR masih ingat kat penpal? Heh3...saya pun ada, siap letak bedak dalam surat....ala-ala "Pecah kaca pecah gelas..." gitu...kelas!

Nek Rock berkata...

yooooooooo uncle dear,

pagi2 uncle dah buat nek gelak

perghhhhhhhhhhh siap tabur bedak kutikura lagi tu, kakakakaaka pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas, phewwwwwwww memang lah omfutih tak balas dorang tak faham kemenda lah uncle tulis..ahhahahaha

ooo nanti nak guna pakcik google eh about that celebration:)

Uncle berkata...

Dear NR.
Eh ingat ke CutiCura tu? Heh3...Kelas....yang warna putih/oren tu kan? Masa kecik2 mama tabur kat ponggong je tu! Heh3...

Yours truly berkata...

Salam perkenalan Uncle..

Lama dah baca blog ni senyap2..
terharu lak baca part pesanan kat anak2 ni..

tu yg terkomen ni..hi..hi

saya link blog ye..tq..

Uncle berkata...

Dear Your Truly.
Thanks for following walaupun dalam senyap. Eh janganlah senyap2...kalau senyap, Uncle tak kenal nanti...Barbara Streisand cakap "The More The Merrier!"...

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

Allahuakbar...so touching...isk3...ni yang la-la ni rasa nak balik penang ni...papa!!!! i really miss u

Uncle berkata...

Dear Siti.
Ingatlah selalu kat depa selagi depa masih ada...banyak2 berdoa untuk depa.

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...