Jumaat, Jun 26, 2009

Food photography cara aku!

(IQ dan family nak balik dari hotel Abeer Garden)

(creme brulee aku dalam coffee cup)

(sliced sponge cake yang terlebih cream..ish...akhtar ni, aku dah pesan jangan banyak cream!)

(ni diet salad aku...lihatlah pinggang ku...rampingkan...)

(smoked salmon yang diolah..)

Semalam aku dengan hingus meleleh, hantar IQ balik ke Malaysia. IQ, isteri, Nenek, pakcik2 dan adik ipar dah selamat balik ke KL. Aku cuma hantar sampai kat bas. Tadi aku dapat sms dari IQ yang dia dah selamat sampai. Aku bersyukur yang semuanya selamat dan sihat-walafiat especially Nenek. Aku sangat teruja bila jumpa penyamun-penyamun ni semua. Penyamun ni aku tujukan kepada budak-budak sdar yang sampai sini..bukan senang nak jumpa depa ni. Kami nilah yang selalu menyamun orang yang lalu-lalang dan balik prep malam. Tu yang budak-budak tak nak lalu kat depan kelas kami sebab takut kena samun. Astaghafirullah. Pada budak-budak ataupun adik-adik yang telah disamun dan dirompak dulu, aku memohon diampunkan segala kesalahan aku dunia dan akhirat. Pada masa tu aku berada dalam mode "umur gelap" @ "dark ages"....kalau aku berkesempatan berjumpa dengan adik-adik semua, memang sah aku mintak dimaafkan segala kesalahan aku dulu. Aku sekarang dah tak kenal adik-adik tu semua, so kalau sapa-sapa yang masih kenal aku, bagitahulah..dan kalau ada aku pernah menyusahkan adik-adik semua. IQ hadiahkan aku Al-Quran. Nak menitik air mata aku. Sejak IQ balik, Quran ni lah yang menjadi peneman aku bila aku ke Haram. Ya Allah, aku pohon dipermudahkanlah perjalanan hidup IQ sekeluarga. Jauhkanlah keluarga dia dari kemungkaran, dilimpahkanlah rahmat, kasih-sayang, rezeki yang baik, kesihatan dan umur yang panjang....ni lah salah satunya kawan-kawan aku yang masih berhubung dengan aku selain daripada geng-geng TT aku. Aku jugak berdoa semoga kawan-kawan TT aku terbukak hati untuk datang mengadap Mu.

Tukar topik:

Setelah berhempas pulas selama beberapa hari untuk dapatkan idea untuk food presentation aku kat buffet, hari ni aku panggil Garde Manger Chef aku dan explain apa yang aku nak. Jawed, chef aku kat cold kitchen. Banyak experience jugak budak ni tapi memandangkan tak ada sapa yang nak guide dia pasal apa yang terbaru dan terkini, maka jadilah presentation yang tak seberapa selalunya kat buffet aku tu. Pagi ni lepas masuk office, aku panggil dia datang kat office. Suruh dia duduk dan suruh dia cerita dan describe kat aku apa yang dia teringin nak buat. Dia cerita panjang lebar sampai terisak-isak, heh3...aku pun tumpang sedih dengar cerita sedih dia. Bukan aku sedih pasal dia sedih, tapi aku sedih kan cerita dia yang tak menarik. 10 kali aku menguap dengar cerita dia. 2 kotak kleenex aku pakai lap air mata! Finally, aku cakap kat dia suruh dengar betul-betul apa yang aku nak. Pot-pet, pot-pet aku cerita. Lepas aku cerita, aku ajak dia pergi cold kitchen. Aku cakap smoked salmon tu very boring. Selalu letak lemon, selalu letak capers dan selalu letak onion ring, walaupun memang macam tulah presentation untuk smoked salmon kalau pergi kat mana-mana dalam dunia pun. Then letak kat atas papan ikan tu. Ish...boringnya. Aku suruh Jawed tukar. Aku suruh Jawed pakai glass. Presentation pakai glass ni agak classy. Aku suka. Aku suruh dia gulung elok-elok dan stuffed kan dengan mint bagi rasa tangy sikit. Then kat dalam glass tu aku suruh dia shave kan cabbage yang warna purple. Dia buat dan masukkan kat dalam gelas. Salmon yang digulung tadi aku suruh masukkan menegak kat dalam gelas tadi. topped kan dengan yellow capsicum sikit, red capsicum sikit. Voila, bila tengok memang menarik.

Satu lagi aku suruh dia buat lain pulak. Aku cakap sayur ni cantik warna dia, apa kata kalau we play around with colors. Pun pakai gelas jugak. Aku potong cucumber, dia potong tomato. Aku potong yang lain, dia potong yang lain. Aku masukkan cucumber, dia masukkan tomato. Aku calitkan low fat yoghurt dia topped kan dengan sweet corn. Maka jadilah satu lagi salad aku yang siap untuk dimakan. Very simple yet nutritious especially pada penggemar-penggemar makanan diet. Aku bet kalau diamalkan makanan-makanan aku ni, mahu turun 2 kilo seminggu. Nanti aku nak tengok samada aku boleh dapatkan smoked mackerel ke, halibut ke.....argh...tak sabar nak masuk dapur dan tunggang terbalikkan resipi.

Tadi lepas puas kat dapur, aku cakap kat chef, hello chef, kau tidur ke? Jangan rasa puas hati dengan apa-apa yang budak-budak tu buat! Challenge them....push them to the limit. Budak-budak ni selalunya work better under stress. Kalau tak kacau, depa dok dalam relax mode. Part ni aku pantang sikit. Tapi kalau nak kacau depa boleh, dengan syarat, tunjukkan cara yang betul apa depa patut buat. Buat sekali. Buat dua kali dan kalau perlu nak bagi faham, buatlah berkali-kali. Buat mesti sama-sama. Jangan tinggalkan budak-budak tu terkontang-kanting. Ni sebenarnya masalah kita. Selalu bos-bos ni depa dok belasah saja budak-budak tapi tak tunjuk ajar depa dengan cara yang betul. Kadang-kadang level pemahaman kita jauh berbeza dengan depa. Ni semua disebabkan oleh faktor latar belakang depa. Kita kena faham...jadi aku selalu akan levelkan kepala otak aku supaya sama dengan kepala otak depa. Galileo Galilei dulu cakap "speak the same language!". Baru lah depa senang faham dan ikut apa yang kita nak....heh3....baiklah tuan-tuan dan puan-puan, sampai disini dulu training "Motorola" aku yea.....bila bila-bila senang, bila bila-bila teringat, aku cerita pasal semangat "bushido" pulak yea....tapi course tu mahal sikit....ada berani?

21 ulasan:

PINATBATE berkata...

salam uncle..
saya setuju ..saya pun kalau bg arahan pd pembantu indon kat rumah ni saya tunjuk sekali buat sama-sama..sbb level pemikikran dia tak sama dgn kita..boleh dia pusing washing machine pakai air ciput tak tenggelam semua baju..dia ingat kita nak pujilah pasal dia jimatkan air..padahal baju yg nak dibasuh tu tak bersih dan mesin jadi rosak..

Presentation salad tu memang menariklah uncle bila dibuat dalam gelas..creame brulee tu pun cantik juga rupanya bila letak dlm cawan gitu yer..saya konon beriya-riya cari mangkuk kecik sampai ke SOGO semata-mata nak buat creame brulee yg lemak menggemukkan tu..padahal sekali jer buat ,pas tu berkurun simpan mangkuk tu ..huahuahua...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Hebat betul idea uncle buat salad presentation dalam gelas tu...,menarik sekali! KN nak tiru gak...letak gulai ikan kering dalam cawan....heh3!! :)

kucingorengemok berkata...

i'd prbbly take creme brule 2 cawan, kek 3 potong, and laluuuu je kat meja sayur. sungguh tak sihat, heheh.

Yours truly berkata...

wallllaa.... lawanya salad presentation tu..err uncle nak makan mau cedok terus ka or masuk pinggan dulu??

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi rasa tak puas pakai camera ni...geram betul...macam ada yang tak kena...Uncle nak blurrkan background tu...ish....geram ni...

Uncle berkata...

Dear KN.
Memang kelas.....tapi apa kata KN letakkan lompat tikam dalam tu...mesti menarik ataupun jala mas.....tak pun gulai ikan tongkol...heh3...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Takkan 2 je? Apa kata kalau ambik 3. Ala baru 3....tak naik punya....ingredients Uncle tukarkan ke low carb semua...amacam, ok?

Uncle berkata...

Dear Yours Truly.
Nak makan senang je. Ambik sudu ataupun fork terus ceduk dari cup tu masuk mulut. Tak payah tuang kat atas pinggan dulu. Itu semua ala-ala 2-3 suap je tu...

Unknown berkata...

mak aiii kaki buli dulu rupanya yerk? hahaha :D
presentation dalam gelas macam tu memang sangat menarik!

Uncle berkata...

Dear Akmal.
Taklah....suai kenal je....tak sabar rasanya tunggu adik-adik datang buat umrah pulak.

Uncle memang suka macam tu. Sangat menarik dan cantik!

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle
wah food presentation kali ni lagi marbelles
UMPHHHH!!!!
idea yang menarek sampai tengok dari bangi ni bikin Ngences dilla ni hah
camana pulak rasanya erk, tak dek ke sapa yang leh jadi food sesnsory kat sini....(hehhehehe)

Uncle berkata...

Dear Dila.
Tak bestlah sangat pakai camera ni. Subject tak sharp, then lighting Uncle tak reti nak adjust (atau memang tak boleh adjust pakai camera ni). Rasanya memang light and refreshing especially the salmon with stuffed mint. Something interesting to try at home for a small afternoon party!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

tu dia..uncle..mmg meleleh ayaq liuq tiap2 kali mai blog uncle...kdg2 tu nk menangih pon ada...mmg meruntun jiwa betulla entry uncle...hehehe..especially the salad...mcm sedap..tu la, sy evrytime pi piza hut, mesti mau amik salad lebey punya.. :D

Uncle berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Uncle berkata...

Dear Siti.
Baguehlah makan salad banyak2. barulah sehat...tapi buat kat rumah lagi best, boleh ikut cita rasa sendiri!

Tanpa Nama berkata...

Salam Uncle
Dah 2 hari sampai baru lah ada tenaga nak bukak computer. Alhamdulilah kami selamat sampai ke tanah air pada pukul 1pm hari Khamis lepas. Di sini, kami ingin mengambil kesempatan (on behalf of my hubby, grandma, brothers and uncle)mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga for all your help and assistance throughout our stay at Al Safwah Royal Orchid. Thanks for giving us the opportunity to stay in such beautiful room 2015. Bilik yang terlalu indah dengan pemandangan yang amat menakjubkan. Masih terbayang2 Baitullah dan umat Rasulullah saw yang tak henti2 bertawaf. We had a wonderful time beribadah and it was an experince we shall not forget. Tak terbalas what you have done for us in making our stay in tanah haram so ever meaningful. Hope your friendship with IQ will remain for the longest time. Thanks again. ALLAH swt sajalah yang dapat membalas all your good deeds.

Anyway, today is IQ's birthday!

Salam,
Dada

Uncle berkata...

Dear Dada.
Thanks for visiting...it was my honor to have you and your family staying with us at Al Safwah Royale Orchid. Seronok rasanya bila jumpa kawan-kawan....my contribution was just tiny! Did I contribute anything? Btw, to my good friend IQ, OTANJYOBI OMEDETOE...... Dah TUA engkau yea!

Nek Rock berkata...

alamakkkkkkkkkkkkkk ada kelas motorola terlepas lakkkkkkk, pheww

tak per nek masok kelas yg mahal sket:))

eee ni uncle off day mana lah dia remfit ek, lalalalala

happy weekend uncle

Uncle berkata...

Dear NR.
Off day ni manalah nak pergi....selain daripada Haram....selalunya off day Uncle suka bermalas-malasan dan makan besar...but only lunch. No dinner for me. Takut buncit dan gemuk....ngeri....eh, bonne weekend pour vous!

CATZ berkata...

diet salad tuh sgtttt menarik...dan nampak sedapp...

Uncle berkata...

Dear Catz.
Memang menarik dan sedap. Simple nak prepare..dan cepat!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...