Ahad, Jun 28, 2009

Gila Bola..











2 hari lepas, budak-budak aku jadi kecoh. Semua orang cari aku. Aku tanya apa hal? Usop Santorian cakap ada Egyptian World Cup players 3 orang datang buat umrah. Depa datang lepas kalah dengan Brazil 4-3 dan last game depa beat Italy 1-0 kalau tak silap aku. Depa cari aku bukan pasal apa, tapi pasal aku selalu usung kamera pergi mana-mana. Kamera mesti ada kat tangan aku. Tak kiralah apa-apa pun, aku mesti tangkap gambar. Kalau tak tangkap gambar food, aku tangkap gambar depa yang sentiasa ceria tu. Bukannya apa, ni semua nak buat modal masuk blog...heh3...

So, masa aku turun pergi restaurant, Santorian dah tangkap aku kat entrance. Dia cakap, "Mr...I need your camera badly...please Mr...." Aku tanya, kau nak buat apa dengan camera aku? Dia cakap pasal ada Egyptian players tengah breakfast! Patutlah semalam depa kecoh nak hantar fruit basket pergi bilik! Sampai 4-5 orang nak hantar!

Bila sampai part tu aku teringat masa aku waiter dulu kat PJ Hilton. Masa tu Pestabola Merdeka. Visiting team ada yang datang dari Switzerland. Team Grasshoppers pada lewat tahun 80-an dulu. Captain aku masa tu Sabarudin, Salim Khan, Wahubi dan lain-lain geng aku macam Sani Batak, Shafie Tunggal dan 2-3 kerat lagi budak-budak yang aku dah tak ingat nama. Kami pun kecoh nak serve. Manager aku masa tu Rajagopal, pun kecoh jugak nak serve. Assistant Manager aku Johari. Haru-biru jadi satu Paya Serai tu bila team Grasshoppers sampai nak breakfast. Yang tak kena mengena pun nak serve jugak! Sabarudin yang aku panggil Abang Din lah yang paling daring sekali. Kecek-kecek, jek-jek, mintak t-shirt, mintak pin, mintak sign kat bola yang baru pergi beli kat kedai, last-last sekali dapat training boots yang dah koyak-rabak...heh3...tu pun dah happy siap guling-guling! Budak-budak lain semua jealous gila kat Abang Din sebab dapat boot koyak-rabak tu..mahu setengah jam kami belek boot tu kat room service! Station kami habis kami tinggalkan. Semua berkumpul kat belakang sambil dok belek menatang tu...sampai kena sergah dengan Rajagopal baru semua lari lintang-pukang balik kat station masing-masing. Aku masa tu muda trang-tang-tang lagi, awal 20-an...lari 100m pun dalam lingkungan 12 saat...eh 12 saat tu kira terrer la tu....sekarang dah 32 saat!

Ok berbalik pada cerita footballers dari Egypt tu. Yang rendah tu main left defender manakala yang tinggi tu main kat posisi midfielder. Sorang lagi tak turun breakfast sebab tengah tidur lagi kot. Yang rendah tu main kat Egypt tapi yang tinggi tu dah main kat EPL dengan kelab Middlesbrough. Yang tinggi tulah yang score sebijik masa lawan dengan Brazil hari tu. According to aku punya penyamun tarbus semua, dah setengah team tengah main kat Europe sekarang. Sebab tu depa cepat naik. Kalau nak bandingkan dengan kita yang lengkap prasarana. Depa tu sebuah negara yang agak miskin. Tapi sikap nak menonjol tu tetap ada. Begitu jugak dengan sikap minat, berani mencuba dan nak lari daripada kemelesetan ekonomi. Rata-rata depa nak main kat EPL dengan matlamat nak mengubah masa depan ekonomi depa. Malangnya kita tak ada pulak yang bersikap macam tu, ada aku tulis dulu yang kita terlampau manja. Prasarana lengkap. Kemudahan sampingan lengkap tapi yang tak lengkapnya cuma cita-cita dan keberanian. Tengok Nicol David. That's a true sportwoman. Dia bijak, dia sanggup korbankan masa remaja semata-mata untuk mengejar cita-cita untuk menaikkan taraf sukan squash dimata dunia. Lepas ni, hidup senang-lenang lah aku rasa. Tapi memang dia deserve untuk senang-lenang. Aku respect orang yang macam ni...pergh...semangat la pulak! Mmmmm pasal apa aku tiba-tiba semangat ni? Mmmmm maybe pasal esok off day kot....

Btw, to aunty, I just finished watching the movie "ROOKIES" that you reccommended. Excellent movie. Bersemangat terus....thanks for the suggestion. Rasa macam la-la jugak nak main baseball...heh3...

To Ms. Legolas and Taj, I'm watching PRIDE now. Maybe malam ni boleh habis kot. Pun bersemangat terus. Pun rasa macam la-la jugak nak main ICE HOCKEY......huh? Kat Mekah? Biar betul!

12 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Ceria jer nampak uncle dgn depa tu...

Uncle berkata...

Dear KN.
Macam nilah kerja saya KN......"Life is like a stage...and we are all mere actors..." by Shakespeare kat dalam buku dia

taj berkata...

salam,

wah berbangga rasanya dpt bergambar dgn star EPL yek, org Islam pulak tu... alhamdulillah, taj pun bangga jugak..

betul tu uncle, org2 kita mmg terlalu manja sgt... semangat juang kecil setakat jaguh kg bolehlah... uppsss... maaf pada sapa yg terkena..:)

so uncle & aunty kena serap semangat juang dan tidak kenal putus asa pd anak2 dr sekrg... sok dah besar nanti senang mak bapak...
cam cite "PRIDE"... smgat juang tak pernah putus...
Taj sekadar tumpang semangat org, bolehlah...anyway sukran atas segala nikmat yg Allah kurniakan...
Alhamdulillah

Uncle berkata...

Dear Taj.
Memang betul kata Taj. Semangat juang tak tinggi. Itu yang sedihnya. Letaklah coach terbaik dunia pun tapi kalau diri sendiri tak nak improve, tak meningkat jugak. Tapi kalau COACH dari Nek Rock, mungkin meningkat! COACH tu original! Heh3...

ms.legolas berkata...

Hi Uncle dear...
wah tengah tgk PRIDE ye..
jgn sampai suruh aunty tunggu kat jambatan dah le.. he3.. uncle ni mmg best la, so far yg ms. legolas perasan tak pernah mis respond to us.. buat we all rasa di hargai betul.. mmg susah nk cari org cam uncle ni..opps mesti tgh senggeh smp telinga..anyway semoga terus ceria n menceriakan kami disini. haru,natsu,aki,fuyu,uncle nara douchi ga suki desuka?

Uncle berkata...

haru des.......eh PRIDE dah habis...sekarang tengah tengok Good Luck pulak. Takuya Kun jadi pilot. Quite interesting. Ala...malam-malam sebelum tidur je tengok. Dapatlah layan 2-3 episod. Jadilah...

Guest Uncle yang duduk sini pun Uncle hantar thank you note lepas check out, ini kan pulak yang dok baca blog Uncle tiap2 hari...."it's the thought that counts"

kucingorengemok berkata...

uncle, nak tumpang kamera, kalau dulu kena la syer² bayar duit filem... nasib baik skrg zaman digital, heheh

Uncle berkata...

Dear KOG?
Nak tumpang kamera? Ingat pree ke? Heh3...takde hal...tapi kamera murah, nak tumpang ke? Nanti balik KL KOG belanja nasi lemak dengan tey tarik dah lah....

tinta berkata...

uncle..

napa ms say kat sana uncle lupe bwk camera..kuang2

Uncle berkata...

Dear Yati.
Eh yea ke Uncle lupa bawak kamera? Tu yang Tun selalu marah tu...."Uncle Mudah Lupa!" maklumlah bila masuk 41 ni selalu dia terbabas sikit...kalau 21 dulu memang selalu ingat pun! Heh3....tapikan Yati, "Ikan Bilis mu tetap menjadi pujaan hati ku!" Heh3...

Damiamikhaila berkata...

salam uncle.. yg tinggi tu nama dia mohamad shawky.. import kelantan 2014.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam damia.

Ya ka? Uncle pon dah lupa dia nama apa....tapi budak2 heboh dok ambik gambaq!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...