Jumaat, Jun 05, 2009

Tokyo Trip Part 2

(ni masa game baru nak start kot....aku yang memandai cerita!)

(punyalah ramai...)

(ada pulak dapat mafler sorang satu....GAMBARRE FC TOKYO!)

(abang pakai baju YFA kat Tokyo Std tu...kelas...)

(apasal muka terkejut pulak ni?)

Semalam aku ada bagitahu yang aunty akan bawak abang dengan yuya pergi tengok bola pukul 7 malam waktu tokyo. Ishh kalaulah aku ada sama, balik mungkin suara aku dah garau. Enjoy habis depa tengok bola, nasib baik FC Tokyo menang 3-1. Tapi depa tak lah kuat mana kalau nak bandingkan dengan Urayasu ataupun Kashima Antlers...aku rasalah sebab bola ni lately aku dah kurang ikut dah..masa kat sana mula-mula sampai dulu, abang dapat boot bola 2 pasang. Yuya dapat boot bola sepasang dan glove adidas sepasang. Semuanya tak sampai RM100 sepasang. Adidas tu! Kalau kat KL dah sampai 2-3 ratus dah sebab abang dah pakai boot dewasa. Boot kanak-kanak dah tak boleh pakai setahun sudah! Jangan kaki saja besar tapi badan tak besar sudah...tu yang banyak kat Tibet Himalayan Mountain tu, depa panggil Big Foot!

Aku masa sekolah rendah dulu minat sangat main bola. Masa aku darjah 6 tahun 1980, aku main untuk Sekolah Iskandar. Coach aku masa tu Ustad Talib. Ustab Talib ni pulak duduk kat Lorong Fajar, tepi Taman Uda. Anak Ustad Talib ni nama dia Munir. Ramai peminat ni budak ni...Since Ustad Talib ni coach U12 aku, jadi Munir pun dapat main sekali jadi winger. Aku main fullback. Lepas aku menang kawasan Kota Setar, kami dapat wakil daerah pulak. Masa tu ada sorang lagi kawan aku join dari sekolah Derga, nama Rozi...kami dah wakil Kota Setar masa tu. Sorang lagi nama Said dan sorang lagi nama Syed Bakri. Syed Bakri ni lah yang jadi orang kuat kat Consulate Malaysia kat Jeddah 2 tahun lepas dan sekarang dah posting ke Bangkok. Ada aku cerita dulu..kami sempat main sampai peringkat negeri.

Dalam masa yang sama, kan aku ada cerita dulu yang aku ni gila main "chap tey", budak-budak Melaka tahulah apa benda chap tey ni...ala...yang bawah getah tayar basikal, atas ikat bulu ayam tu...pergh memang juara aku ni. Kalah Juara Tomyam! Jadi skill chap tey tu masih melekat kat kaki aku. Then masa rehat kat sekolah Iskandar tu aku main chap tey jugak lagi. Cikgu Ismail pulak dah nampak.....dia ajak aku main takraw. Eh, terpandai timbang bola la pulak...ni semua hasil dok timbang chap tey dulu la ni kat Melaka! Lepas main untuk sekolah, sama dengan Aswandi, Said etc, kami menang dan wakil daerah Kota Setar tahun 1980 lagi. Lepas tu lawan antara daerah, kami menang lagi lepas kalahkan Langkawi...pergh... juara kedah U12 tu....gung-gang, gung-gang, aku terpilih untuk latihan pasukan Kedah U12. Training kat mana? Heh3...kat Tapian Gelanggang tepi stadium Darulaman tu. Ala....yang kat tepi tokong tu...final selection dapat pulak main untuk Kedah untuk MSSM kat Kuantan...lawan Perak, menang. Lawan Pahang, menang. Final aku lawan Selangor. Pun menang jugak. Jadi Kedah U12 masa tu juara MSSM tahun 1980. Kalau tak percaya, pi lah tengok kat mana-mana yang boleh cari. Mesti ada tulis Kedah U12 juara takraw MSSM 1980!. Aku main feeder regu ke-3. Tapi lepas umur 15 tahun, aku dah tak minat main takraw lagi....sebab apa aku tak minat, nanti aku cerita bila-bila aku teringat nanti. Jadi....moral of the story is, kalau nak pandai main takraw, mesti pandai main CHAP TEY dulu...heh3...

17 ulasan:

CM berkata...

salam uncle

saya budak melaka tapi tak tau lah chap tey tu apa??mungkin zaman lain-lain,nanti nk tya abg long saya dia sebaya uncle..

susah nak tengok anak bujang uncle `abang` tu senyum yer..kalau yuya selalu senyum meleret..

Suzana Abd Manan berkata...

Mesti teruja tengok anak-anak enjoy tengok fb ye..tentu rasa nak terbang join mereka kan...anyway blog ini mungkin dapat mengubat rindu uncle.

pinatbate berkata...

abang ni mahallah senyuman dia...kebanyakan gambar dia muka serius jer..ffuuhh!macho abes..

kucingorengemok berkata...

budak skrg tau ke chap tey, eh? anyway, uncle, u got tagged (di blog saya)... suka² je, kalau ada masa lapang :)

Jamal Abd Rahman berkata...

Uncle

lepas umur 15 thn , hang minat gila main rugby kan? kalau compare thrill main rugby dgn takraw tu , apa la sgt main takraw tu kan?

masa main under 18 dulu dpt champion NS ke dak? when i was there, every year jadik champion, KGV dgn AFATS tu makanan jer semua tu...hehe

Tanpa Nama berkata...

uncle, apa makna atasinchi.... lebih kurang mcm tulah bunyiknya kat tv3 citer kartun jepun. best citernya. umie nak tau apa makna atashinchi tu....blog uncle sgttt menarik. umie enjoyyy....tq

Uncle berkata...

Dear Cikgu Mas...
selalunya budak2 lelaki je yang main chap tey ni sebab nak menimbang, nak melipat (matikan orang sebelah)...berpeluhlah jugak lepas main. Tu yang makcik Zaharah (bawak bas sekolah) asyik bising je sebab baru nak pergi sekolah semua dah busuk! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Suzana.
Memang blog dan entry tu Uncle masukkan untuk mengubat rindu. Aunty pun kelam-kabut hantar gambar takut lambat. Kesian....lagipun Uncle suka ceritakan pengalaman2 dulu dan sekarang...selang-seli. Rasanya menarik la kot..

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Entah mana lah datang penyakit tak nak senyum ni...anyway, abang pun ramai peminat jugak kat sekolah. Dia kat sekolah pun diam jugak tapi Yuya bagitahu yang ramai nak kenal dengan abang...melalui Yuya la...tu yang abang marah kat yuya selalu tu!

Uncle berkata...

Dear KOG.
Huh? Tagged? Amende tu? Tak pa nanti Uncle tengok ok...

Uncle berkata...

Dear Uncle J.
Malangnya tahun tu kami cuma sampai kat Semi Finals, kalah dengan TBS kalau tak silap. Anyhow, a few of us were called for MSSNS. Termasuklah saya ni....heh3...

Pasal tak minat takraw tu, ada cerita disebalik hilangnya minat....

Uncle berkata...

Dear Umiee.
Thanks for reading and do keep on reading.....atasinchi? La...tanyalah kuih lapis ka, kerabu mangga ka? Tapi takpa, dictionary Uncle la ni ada kat Tokyo, nanti bila dictionary reply, Uncle bagitahu, ok?

kucingorengemok berkata...

subjek hari ini: tag. kata lah org tu dah tag saya, saya pun kena la jwb 2-3 soalan dia kasi, pastu saya tag uncle pulak, uncle jwb la 2-3 soalan yg sama tu, dah tu uncle tag org lain pulak... eh, ada paham ke ni? haha.

kalau tak brp faham dan masih nak faham, tanya la balik... kalau malas nak faham, buat2 tak faham sudah la... faham is starting to sound really weird lps sebut byk2 kali, hehe :)

Uncle berkata...

Dear KOG.
Uncle bukannya paham sangat pun. Apakata kalau Uncle buat-buat tak paham. Ok tak? Bukan bermakna Uncle ni tak sporting.....tapi sampai la ni tak pandai-pandai...tu yang Mrs. Arathy Bardhan marah sangat tu!

Uncle berkata...

Dear Umiee.
Dictionary Uncle dah reply dah. Dia cakap atashinci tu maksud dia "my house" .....mmm....I hope it make sense!

siti tanjung berkata...

ottosan,

Hepi father's day!!! :D
semuga pjg umoq dan bertambah2 murah rezeki.
kena jd superhero marina tau.hait..hehe

Uncle berkata...

Happy2...eh bila father's day? dah lupa la...kalau kat kl adalah promotion. sini mana ada...tapi tak best jugak sebab aunty dengan anak-anak takdak! tsk...tsk...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...